Wednesday, March 26, 2008

Welcome to Delft, Netherland

Assalamualaikum

To all my beloved family & blog readers
Alhamdulillah, finally we've arrived safely in Holland a.k.a Netherland

Maaflah kerana kelewatan meng'update' blog ini. 3 Hari pertama di Delft, saya tidak dapat meng'access' internet kerana husband tidak ingat password dan username internet connection di sini, maklumlah sudah 5 bulan meninggalkan rumah di Holland ini. Boleh tak begitu:)

Akhirnya, setelah husband berjaya mengingati password & username, dan saya selesai menyiapkan semua tugasan-tugasan rumahtangga, maka barulah boleh duduk menghadap computer ini

Setelah meredah sejauh 10,479km perjalanan merentasi benua asia dan eropah, kami selamat tiba di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam pada 5.45am waktu Holland, bersamaan dengan 12.45pm waktu Malaysia. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 12 jam ini amat memenatkan. Suhu diluar ketika itu adalah -4 degree Celcius.

Sepanjang perjalanan, Iqbal dan Luqman tidur berganti-ganti di atas baby cot yang disediakan. Setelah bangun dari tidur, Luqman menonton pula kartun 'Bee story' dari TV di bahagian kaki kerusinya. Akhirnya, ketika kapal terbang bersedia untuk 'landing', Iqbal menangis dengan nyaringnya. Mungkin tidak biasa dengan perubahan tekanan udara yang berlaku secara mendadak. Puas saya bermain-main dengan telinganya, tetapi dia tidak juga mahu diam. Semua penumpang memandang kami dengan pandangan tajam.

Sesampainya di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam, ketika kami menunggu bagasi, seorang lelaki eropah (Mr E) menegur saya:

Mr E: Good day! are you Miss Nebraski?
Saya: No
Mr E: OK. Thank you

Berbagai perasaan bercampur di dalam hati. Sedih, gembira, keliru dan terasing. Sedih kerana terpaksa meninggalkan ahli keluarga tersayang di malaysia. Gembira kerana berjaya menjejakkan kaki di negara Holland. Keliru kerana tidak faham sepatah pun perkataan dan tutur kata orang-orang di Holland ini. Terasing kerana berada di tengah-tengah masyarakat yang asing, tidak mengenali dan tidak dikenali oleh mereka.

Masyarakat di Holland adalah masyarakat yang bersistem dan perperaturan ketat. Sekiranya sebuah keluarga itu mempunyai 2 orang anak, maka, mereka perlu memiliki rumah yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 bilik. 1 bilik untuk ibu bapa dan sebuah bilik bagi setiap orang anak.

Terdapat juga satu lorong khas untuk penunggang basikal di jalan raya. Sekiranya kereta mealui lorong tersebut, maka kereta itu akan didenda.

Kami tinggal di sebuah apartment yang mempunyai 4 bilik, 1 tandas dan 1 bilik mandi. Itu adalah apartmen tinggalan seorang sahabat dari Indonesia yang sudah pun pulang ke negara asalnya. Ia adalah sebuah apartment yang 'fully furnished' dan 'fully equipped'. Semuanya telah lengkap. Set sofa, set bilik tidur dan peralatan dapur yang 'tip top'. Saya pun tidak tahu apakah barang-barang rumah yang tidak ada di rumah ini. Sebut sahaja apa barangnya, semuanya ada. Dari 'Cotton bud' hinggalah 'microwave'. Malah peti sejuk pun ada 2 buah. Alhamdulillah di atas segala nikmat dan kemudahan yang telah diberiNya.

Ketika kami tiba di bandar Delft, salji turun dengan lebatnya. Ia ibarat butiran-butiran polystyrene yang kecil, bertaburan di atas muka bumi. Turunnya seperti hujan yang lebat. Sepatutnya sekarang ini adalah musim bunga ('spring'), tetapi anehnya, ia masih lagi seperti musim sejuk ('winter'). Mungkin ini adalah musim peralihan, 'sprinter' (spring + winter), bak kata suami saya.

Sekarang, musim salji telah pun tamat. Kini kami sedang menantikan ketibaan musim bunga, di mana waktu bunga Tulip akan berkembang mekar

Sehingga ketemu lagi. Salam sayang dan rindu buat semua.
Wassalam



Pemandangan di luar rumah ketika salji turun

Pemandangan di malam hari di Delft, ketika musim salji

Luqman & Iqbal kepenatan setelah puas bermain. Di sisi mereka adalah permainan building blocks yang baru dibeli. Iqbal tidur diulit musical toys.

Luqman & Iqbal ber'posing' di atas couch

Kot baru Iqbal yang sangat cantik dan lebih lawa dari kot lamanya di Malaysia

Suasana trafik di depan rumah setelah musim salji tamat. Perhatikan kewujudan laluan khusus untuk penunggang basikal di jalan raya ini

Suasana di sepanjang jalan di Delft ketika musim salji

Lagi gambar keadaan jalan raya dalam salji
Pemandangan ketika salji sedang turun dengan lebatnya. Gambar diambil dari balkoni rumah

Walid dan Luqman bersedia untuk keluar rumah

Luqman tak sabar untuk keluar berjalan-jalan

Tempat bermain - Luqman & Iqbal

Suasana di dapur

Bilik studi walid

Ruang tamu rumah kami

Terusan/canal yang merupakan aspek terpenting untuk menjamin kestabilan tanah di Holland, kerana kedudukan negaranya yang lebih rendah dari lautan. Kelihatan 2 ekor itik sedang berenang di terusan itu. Gambar diambil dari balkoni rumah


Taman yang diperbuat dari batu buatan berbentuk seakan-akan kerusi
Bangunan apartment kami. Rumah kami di tingkat 5


Ketika di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam


Luqman bersantai sambil menonton kartun di kerusinya


Iqbal nyenyak tidur di cotnya di atas kapal terbang

6 comments:

a passerby said...

okeyy luqman comelnye dan sgt cis lah kan muke nye sangat la menyombongkan diri,, alaa mesti dah tak ingat kitorang dah lepasni..

hahah comelnye baju iqbal!!! ade huruf A.! comelnyee muke diiee! hahha sgt la si budak baik itu..


kesimpulannye, sgt la rindu. sekian terima kasih
..

Anonymous said...

tuhlaa.. comel sangat iqball!! banggenye die pakai baju ijau yg imang n alak belikan. nape baju diorg sume lawa2 je kat sane. hahahah takpela.. kat msia pn nak pakai baju lawa2 tak berbaloi takat nak gi "dhayen" ngan "kadak" takpun duduk umah je hehehe..

luqman sgt comel..! tp ky, nape gamba cm tak berkuality? imang rase ky gi kat auto je utk shoot gamba kat kamera tu. takyah gi kat digital image stabilization, nampak gamba cm berbiji2.. maka gamba tak bape cantik. huhu..

okla..slamat menjadi superb housewife and cameralady!!

miss u oredi. ky luqman iqbal

Dr Nurul Yaqeen said...

alak,i-mang, tq 4 dropping by.ky baru je lepas tidokan luqman.skrg ni tgh nak tidokan iqbal pulak..hai..sabar jelah melayan karenah budak 2 org ni..da semakin mcm2..luqman asyik mengunyah 24 jam.kejap nak biskut,pastu nak kacang, pastu roti,and the list goes on..iqbal pulak asyik nak dukung 24 jam..org kate maybe die tgh nak adapt dgn new environment..tapi dah 5 hari..

i'm missing all of u too..

Anonymous said...

haha comelnye luqman makin makan byk .. bagus2 bia gemuk sket. tp jgn sampai obes! kang die balik mesia aku buat2 tak kenal dah la. hahaha
(yela memain je. kalo gemuk sgt pun mesti la lg comell haha)

eh mang, manade iqbal pakai baju yg kite kasi? kan baju A je lam gamba tuh.

huhu ky dh jadi suri rumah, leh la update blog selalu2.. (bile dh penat stadi & tidokan bebudak of kos :) ) setiap ari mama balik ofis tanye, ky update blog? pdhal smalam baru same2 tgk ur new update ni. haha..sile la update slalu okeh

Dr Nurul Yaqeen said...

alak,cube tgk gambar iqbal mase baru smp airport.tu kan baju yg u all belikan utk luqman dulu. skrg da tak se'free' mase mcm kat m'sia dulu.da takde bibik nak buat sume keje2 rumah.so,ky le yg kene jadi bibiknye.setakat ni x sempat nak stadi langsung.baru ky lipat baju,luqman da sepahkan baju balik..sabar jele.arini nak ke town,rotterdam.nnt ky updet blog lagi..huhu.kim salam kat pa,ma dan sume ahli kuarge.tame dan hikmat ade kat umah lg ke tu?

Anonymous said...

hehe.. skang hikmat je ade kat umah.. tame pegi alang sendayu ade prog. hikmat will be going to hira' esok.. tame., undecided lagi. hehe
ohh yg iqbal pakai baju luqman tuh! haha comel2.. kakyong, luqman tade sebut2 name kitorang ke..huhu