Thursday, April 3, 2008

Hari pertama menjejakkan kaki di Rotterdam



Hari sabtu lepas, kami sekeluarga telah pergi ke bandar Rotterdam. Ia terletak bersebelahan dengan bandar Delft. Di situ terdapat banyak pusat membeli-belah yang menawarkan barangan dengan harga yang murah.

Negara Holland adalah sebuah negara bebas yang membenarkan rakyatnya menagih dadah. Pelik bukan? Terdapat 'starter kit' untuk menjadi seorang penagih dadah yang terancang. Ianya mudah didapati dan dijual dengan harga yang murah.

Kebanyakan penduduk di Holland ini bersifat terbuka tentang Islam. Terdapat seorang rakan saya, melayu muslim dari Malaysia yang sedang menghabiskan pengajian 'master'nya di Holland. Menurut rakan-rakan sekelasnya, inilah kali pertama mereka bertemu dengan seorang muslim. Agak sukar dipercayai, bukan? Namun mereka amat menghormati rakan saya tadi. Ketika mereka ingin mengadakan jamuan, mereka akan bertanyakan pendapat rakan saya tadi dahulu tentang makanan yang ingin mereka hidangkan.

Anak sulong saya, Syed Luqman, semakin petah berkata-kata. Ada suatu ketika, saya amat geram dengan karenah anak kedua saya, Syed Iqbal, lalu memarahinya. Tiba-tiba S.Luqman menegur saya:

S. Luqman: Ummi, jangan marah tau. Ummi baik kan. Ummi jangan marah tau. Nanti walid rotan nanti.

Pada suatu ketika yang lain, ketika memandikannya, S. Luqman menegur walidnya: "walid, mandikanlah elok-elok". Terkedu sebentar suami saya dibuatnya. Agak sukar untuk dipercayai bahawa usianya baru sahaja menginjak 2 tahun setengah.

Syed Iqbal pula sudah mula memakan makanan bayi. Alhamdulillah, seleranya amat baik.

Alhamdulillah, malam tadi kami telah mengadakan majlis 'Housewarming' & baca yasin di rumah baru kami dengan jayanya. Pertama kali saya memasak lauk ayam masak kurma untuk 20 orang. Syukurlah kerana saya turut mendapat bantuan daripada kakak-kakak yang lebih senior. Terima kasih buat kak zura & kak Ju, serta para tetamu yang telah menghadirkan diri ke majlis kami.



Gambar comel Syed Iqbal senyum





Syed Luqman & Syed Iqbal naik motor bersama


S.Luqman & S.Iqbal naik kereta pula


Bergambar di depan sebuah gereja baru


Di depan kedai aiskrim


Di depan gereja lama yang turut merupakan makan William of Orange. Kelihatan gereja lama yang seakan-akan menara yang mempunyai jam di bahagian belakang gambar. Menara yang sudah agak condong itu, tidak lagi digunakan sebagai gereja kerana keadaannya yang sudah semakin condong.


Sedang menunggu giliran di 'gemente'=pejabat imigresen di delft, Holland


Luqman terpegun dengan permainan yang disediakan di tempat menunggu

Gambar terusan di sekitar delft. Kelihatan banyak bot-bot peribadi milik penduduk tempatan. Perhatikan gambar kincir angin di bahagian belakang gambar


Di hadapan World Trade Centre Beurs di Rotterdam



Sedang menunggu makanan untuk lunch di kedai Kebab Turki


Luqman ceria di atas helikopter


di atas tren dalam perjalanan ke Rotterdam


gambar graffitti di stesen tren Rotterdam. Setiap minggu gambar-gambar ini akan bertukar wajah


Luqman di stesen tren Rotterdam



Tram = bas yang bergerak menggunakan tenaga elektrik. Merupakan medium pengangkutan utama di Delft selain basikal


Di stesen tram


Lapisan baju yang pertama sebelum keluar rumah. Pakaian ini dipanggil 'long john'. Memerlukan sekurang-kurangnya 3 lapis baju, untuk Luqman keluar rumah dengan selesa dan selamat


7 comments:

Anonymous said...

hahah cis iqbal kat sane sgt bahagie je nampaknye.. luqman pn dah bertambah selere mkn. bagus la..
eh muat2 je baju luqman tuh yg kitorg belikan. eheh.

aghh rindunye pade 2 org budak tuh!

ky, doakan imang utk imangnye final year project ni..tau tau

Anonymous said...

nak ckp lagi skali. comelnye iqbal gelak!! ok dah. sekian

oh nampaknye luqman masih pakai seluar senget hehehe..

Anonymous said...

salam.pertama kali masuk blog dr yaqeen.pernah baca komen2 kat blog lain, hari ni kebetulan layari blog luthfikir, terjumpa blog ni.Best sangat sebab baru semalam saya berangan nak 'menjelajah' dunia melalui web dan blog..almaklumlah nak jelajah betul-betul tak mampu lagi.Seronok tengok gambar2 pemandangan negara orang dan juga anak2 dr yang cute.Salam ceria tanda hulur persahabatan.

Dr Nurul Yaqeen said...

imang, semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu,

bibi, terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya. salam perkenalan dari saya juga:)

Zackyun said...

hoho.(ketawa dengki)

(Sabar2...nnt siaplaa time pegang duit dan p melancong....-eh,bila tue?)

luqman comel..dia dah pandai cakap omputih?

Dr Nurul Yaqeen said...

zack,cuti nak abes ho nnt, dtgle..kan tgh loaded time tu..huhu

Anonymous said...

ahh cis comelnye luqman dh makin petah! dan iqbal mcm sgt bahgie di sane...adekah ekrane cuace sejuk lalu menggeletek hatinye? hahaha adui rindunye kat budak 2 ekor tuh. ok kat umah intenet kne potong. so....