Tuesday, April 8, 2008

Tentang FITNA di Holland


Salam

Posting ini ditulis bagi memenuhi permintaan ramai. Ramai yang ingin mengetahui tentang kesan filem FITNA ini di Holland, kerana salah seorang ahli parlimennya, Geert Wilders (sila lihat gambarnya di atas) yang menjadi dalang utama kepada penayangan filem pendek ini. Filem ini telah diedarkan di internet pada March 27, 2008 melalui Youtube.

Secara ringkasnya, Perdana Menteri Holland dan kebanyakan masyarakat di sini tidak bersetuju & menentang penayangan filem tersebut. Malah, ada demonstrasi yang dilakukan oleh orang bukan Islam kerana menentang penayangan filem tersebut. Mereka berdemo kerana tidak mahu melihat perpecahan/rusushan/kekacauan yang bakal timbul natijah dari filem ini.

Geert Wilders adalah salah seorang ahli parlimen Holland yang tidak begitu menonjol dari segi bakat dan ketrampilannya. Maka ramai yang membuat spekulasi bahawa tindakannya meluluskan penayangan filem ini adalah sekadar untuk meraih populariti. Seperti mana yang biasa dilakukan oleh orang-orang bermotifkan anti-Islam seperti Salman Rushdie, Amina wadud, dan lain-lain.

Setakat ini, ketika saya berjalan-jalan di sekitar bandar Delft, saya tidak pernah pula terserempak dengan apa-apa demonstrasi atau rusuhan kaum. Masyarakat di sini pun tidaklah menunjukkan aura-aura anti-Islam. Akhbar di Holland pula, saya masih belum mampu untuk membacanya lagi, kerana masih belum menguasai bahasa Dutch.

Pada saya, tidak usahlah kita membuang masa menonton filem FITNA itu, kerana kita sudahpun tahu bahawa motifnya adalah untuk mempersenda-sendakan dan memburuk-burukkan Islam. Tumpukanlah usaha dan pemikiran kita kepada tugas dan tanggungjawab yang lebih besar dan lebih utama, iaitu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Islam.

Menurut seorang sahabat saya yang telahpun menonton separuh daripada filem tersebut, kandungannya adalah ayat-ayat Qur'an yang diputarbelit, dan kebanyakannya adalah mengenai JIHAD yang disalah anggapkan sebagai 'terrorism'.

Daripada menonton filem FITNA tu, baiklah tengok filem ni: http://www.youtube.com/watch?v=hSvyOpk-bIw

dan baca ni:
http://saifulislam.com/?p=1684#more-1684

Sekian. Wassalam

No comments: