Ahad lepas, saya telah berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat lama yang telah 8 tahun tidak bertemu. Mohd Nazim Mokhtar (ex-IIUM Medic 2nd batch) dan keluarganya telah melawat kami ketika mereka dalam perjalanan melancong ke Keukenhof untuk melihat bunga-bunga Tulip yang berkembang. Anaknya, Harith Athazaz berusia sebaya dengan Syed Luqman, iaitu 2 tahun setengah. Sungguh unik namanya. Athazaz bermaksud misteri. Its good to see old friend, to reminisce old memories and to trace down the memory lane. A memorable rendezvous indeed.
Gambar dari kiri: Nazim, Harith Athazaz, Amal Hayati (isteri Nazim), Saya memangku Syed Iqbal, Syed Luqman dan Syed Noh (Suami saya)
Keukenhof adalah tempat yang memang terkenal sebagai ladang tulip di Holland. Seperti mana Cameron Highland terkenal dengan ladang 'Strawberry'nya di Malaysia, seperti itulah Keukenhof terkenal dengan ladang Tulipnya di Holland.
Keukenhof mendapat julukan 'Ladang musim bunga terindah di dunia', atau 'The most beautiful spring garden in the world'. Boleh lihat di sini--> http://www.keukenhof.nl/nm/english.html
Nowhere else in the world are the flowers and colours of the spring as glorious as at Keukenhof. Here you can find endless inspiration while you relax in the beautiful surroundings of the park. Keukenhof offers you the opportunity to see millions of bulbs in flower, fantastic flower shows and the largest sculpture park in the Netherlands and is the most photographed place in the world. Enjoy the spring!
Saya akan cuba meletakkan gambar-gambarnya dengan lebih banyak, setelah kami melawat tempat tersebut, insyaAllah. (Buat alak & imang, sila control kejealousan anda:)
Selasa dan Khamis lepas, kami sekeluarga menguruskan perihal 'Health check-ups' di Pejabat Kesihatan Delft. Saya dan Syed Luqman telah menjalani X-Ray dada, tetapi syed iqbal terlalu kecil untuk di X-ray kan. Di sana, kami telah berkesempatan bertemu dengan sebuah lagi keluarga yang juga baru sahaja tiba di Holland, kerana bekerja dengan Shell.
Sepanjang minggu lepas, kami cuba mengurangkan kekerapan kami untuk keluar rumah, kerana suami saya telah dilanda demam yang sangat teruk. 2 minggu lepas, anak kedua saya, Syed Iqbal dijangkiti demam panas, dan minggu sebelumnya, anak sulong saya, Syed Luqman dilanda demam panas, batuk dan selsema. Mungkin demam untuk menyesuaikan diri di tempat baru.
Doktor di Holland, tidak seperti doktor di Malaysia. Apabila saya melihat keadaan anak sulong saya, Syed Luqman yang dijangkiti demam batuk selsema berterusan selama 5 hari, ditambah dengan keadaannya yang sering muntah-muntah, membuatkan saya mula risau. Keadaannya yang tidak lalu makan dan minum, serta dirinya yang tidak aktif seperti biasa, membuatkan saya mengambil keputusan untuk memberinya antibiotik. Di sini, untuk mendapatkan antibiotik, ianya memerlukan preskripsi dari doktor.
Kami lalu membawa Syed Luqman ke sebuah klinik swasta. Sesampainya di sana, lebih kurang pukul 11 pagi, kami diberi waktu temujanji untuk datang semula pada pukul 4 petang. "Wah, sungguh leceh. Nak jumpa doktor pun susah. Kalau di Malaysia, pergi saja ke klinik swasta, terus boleh berjumpa dengan doktor, tak payah buat appointment", bisik hati saya.
Kemudian, ketika berjumpa doktor..,
Doktor: Keadaan anak encik ni OK lagi. Nampaknya macam demam virus biasa je. Walaupun tak lalu makan, selagi dia boleh minum susu, tidak perlu risau. Manusia boleh hidup tanpa makan dan minum selama 14 hari. Demam dia ni pun tidak tinggi sangat. Sekiranya suhu badannya belum mencapai 41 darjah Celcius, tidak perlu risau lagi. Demamnya ni baru 4 hari sahaja. Hari pertama demam, dikira sebagai hari 0. Sekiranya pada hari ke5, iaitu esok, dia masih demam, sila datang semula untuk membuat ujian air kencing
Suami: Jadi, tak perlu bagi apa-apa ubat?
Doktor: Ya. Hanya galakkan dia minum susu dengan banyak. Jika suhu badannya mencapai 41 darjah celcius, dan dia tidak mampu untuk menggerakkan tangannya, maka datanglah lagi ke mari.
Saya (Dalam hati) : Mak ai..kalau tangan pun dah tak boleh nak gerak, memang aku terus bawa dia ke jabatan kecemasan di hospital..ok..
Di bandar Delft ini, suasana pada waktu malam, seawal 9 malam, keadaan sudah menjadi senyap sunyi. Pada hujung minggu pula, bandar ini bertukar seperti sebuah bandar mati, kerana ramai orang lebih gemar duduk di rumah.
Masuknya kami ke bulan April, menandakan kedatangan waktu siang yang akan menjadi semakin panjang. Matahari akan terbit seawal 5 pagi, tetapi akan hanya terbenam pada pukul 9 malam. Pukul 9 malam kelihatan seperti pukul 7 mlm. Waktu di jam juga terpaksa diawalkan sebanyak sejam. Syed Luqman pula semakin lewat tidurnya kerana keadaan yang masih 'terang'. Subuh menjadi seawal 5.15 pagi, Zuhur menjadi 1.45petang, Asar menjadi selewat 5.30 petang, Maghrib selewat 8.20 malam, dan Isya' selewat 10.15 malam.
"Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian pendengaran, penglihatan, dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur. Dan Dialah yang menciptakan dan mengembang biakkan kamu di bumi ini dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang mengatur pertukaran malam dan siang. Maka apakah kamu tidak memahaminya?" (Al-Mukminun: 78-80)
Iqbal tersenyum riang di atas 'bouncer' barunya. Bouncer ini boleh 'vibrate' dan mengeluarkan bunyi muzik menggunakan kuasa bateri, sekaligus memudahkan Iqbal untuk tidur, tanpa perlu menggoyang bouncer ini dengan tangan secara manually
Luqman yang tidur kekenyangan setelah puas memakan segala jenis makanan di rumah, seperti wafer coklat, roti, kacang, jemput-jemput dan menghabiskan 3 botol susu dalam masa kurang dari 5 jam. Perhatikan pipinya yang semakin 'chubby'. Mungkin cuaca sejuk menyebabkannya selalu lapar dan berselera untuk makan
Bergambar bersama Mdm Dorina. Setelah puas memperkenalkan diri dan asal dari mana, barulah Mdm Dorina ini mengatakan: "I'm no english"...boleh tak begitu..tak faham english rupanya, makcik ni
4 comments:
haha ok perlu la nak menayangkan stroller baru iqbal yg cantik! sedangkan stroller lame die masih dlm bonet kete wira! hahaha.
ala nape iqbal cm bahgie sgt kat sane. oh yela, sbenanye die baru belajar gelak. kat mesia die tak reti lg, tu tak gelak sgt (ceh kaver2). hehe comelnye luqman berani abeskan makanan yg sedap2 & junk food je!
cis ape control kejelesan?!
huu mmg jeles pon.
praktikelnye vibrating bouncer iqbal tu padanla gelak tak berenti. haha abis tu stroller iqbal kat dalam boot wira tu ape cite? bleh jual kat garage sale tak. hehe..
ky jgn kasi luqman mkn junk food selalu nanti gigi die makin jarang n byk hitam2. haha
hai..secare tak pasal2 saye merasa bahagia membaca post2 anda. hahha!
(haih iman sile la malu ini blog kakak alak bkn blog alak..haih)
hai..secare tak pasal2 saye merasa bahagia membaca post2 anda. hahha!
(haih iman sile la malu ini blog kakak alak bkn blog alak..haih)
Post a Comment