Monday, March 17, 2008
Dunia di tangan Akhirat di hati
Petang semalam, saya berjalan-jalan dengan adik saya yang baru pulang dari Mesir. Beliau adalah seorang hafiz qur'an yang sedang menuntut di Tahun 1 Kulliyyah of Syari'ah, Al-Azhar University.
Kami keluar untuk menguruskan akaun bank saya yang baru dibuka. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan sebuah Mercedes CL 600 hitam .
Adik: Wah..kaya-kaya betul orang di Taman M sekarang ni ye
Saya: Betulla..tapi tak semua orang dapat naik kereta macam ni
Adik: Allahummaj'al Dunia fi aidina, wala taj'alha fi qulubina (Ya Allah, letakkanlah dunia itu di tangan kami dan janganlah Engkau letakkan ia di hati kami)
Saya: Doa siapa tu?
Adik: Itulah do'a saidina Abu Bakar r.a
Itulah respon dari seorang hafiz yang mendalami ilmu-ilmu Islam. Bagaimana pula respon dari orang-orang biasa? Saya biasa mendengar respon-respon sebegini:
- Bilalah aku nak dapat naik kereta macam tu
- Kerja teruk-teruk pun tak dapat naik kereta macam ni lagi
- Bilalah aku nak kaya ni
Bagaimana pula respon dari diri kita?
Pengajaran dari cerita ini:
1. Jangan mudah terpedaya dengan perhiasan duniawi
2. Sentiasalah mendapatkan peringatan & tazkirah dari orang-orang soleh
3. Bersahabatlah dengan orang-orang yang baik & soleh, agar kita turut mendapat tempias dari kebaikan mereka
4. Letakkanlah dunia di tangan dan akhirat di hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bersesuaian dengan hukum gratitude... sebenarnya kita sendiri telah diajar sejak dari kecik supaya sentiasa bersyukur... dan bile kita bersyukur kita kembali kepada Yang Maha Esa...
Segalanya cukup kerana kita juga percaya Tuhan itu maha Kuasa dan Maha Adil...
Hidup ini satu kenikmatan! ;)
Firman Allah:
Wa Qalilun min 'ibadiyasy syakur
(As-Saba':13) = sangat sedikit di kalangan hambaKu yg bersyukur
Post a Comment