Monday, April 28, 2008

Percutianku di Wunderland, Germany

Assalamualaikum

Pada hari sabtu yang lepas, saya telah berpeluang mengikuti suatu seminar kefahaman Islam (Daurah), anjuran PKS (Partai Keadilan Sejahtera) cawangan Netherland. Program ini bertempat di Nijmegen (sebut 'Neymekhen'), yang terletak sejauh 2 jam perjalanan dari Delft. Nijmegen juga terletak bersempadan dengan negara Jerman.

Keesokan harinya, Ahad, saya berpeluang pula mengikuti aktiviti rehlah (outdoor program) yang dianjurkan oleh grup usrah baru saya. Rehlah ini diadakan di Wunderland yang terletak di bandar Kalkar, Jerman. Pada mulanya saya agak risau kerana tidak membawa 'Residen Permit' bersama saya. Tetapi alhamdulillah, saya melepasi sempadan Netherland-Germany dengan mudah tanpa melalui sebarang pemeriksaan sekalipun. Melepasi sempadan itu seakan-akan melepasi sempadan antara Selangor dan Pahang.

Ini kerana, Germany juga termasuk dalam negara eropah yang telah membuat persetujuan - European Union (EU). Oleh itu, mereka yang telah mendapatkan visa memasuki Netherland, dianggap sudah mempunyai visa untuk memasuki negara-negara yang dikategorikan termasuk dalam negara EU. 27 anggota EU adalah Austria, Belgium, Bulgaria, Cyprus, the Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, the Netherlands, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden, and the United Kingdom. Ianya diasaskan pada tahun 1993 melalui Perjanjian Maastricht - Treaty of Maastricht

Ini bermakna, mudahlah untuk saya mengunjungi 27 negara-negara di atas tanpa membuat sebarang visa lain..insyaAllah

Wunderland adalah sebuah taman rekreasi untuk keluarga yang mengandungi 40 jenis permainan. Yuran masuk ialah sebanyak 19.50 Euro seorang termasuk makan dan minum percuma untuk sepanjang hari di sana. Makananya adalah potato chips, air coklat/coke/air suam dan aiskrim yang boleh diambil sebanyak mana yang di mahukan. Saya mendapat diskaun untuk masuk dengan hanya membayar 5 Euro, kerana rakan usrah telah membeli kupon diskaunnya melalui internet.

Iqbal bertemu seorang sahabat baru semasa daurah
Iqbal: Assalamualaikum. Saya Iqbal, Syed Iqbal (ala-ala "I'm Bond, James Bond", sambil control hensem)
Nazifah: Saya Nazifah. Bestnya berkenalan dengan awak yang macho ni..huhu


Iqbal: Nazifah, maaf ye, saya ada mission yang perlu diselesaikan
Nazifah: Huh, awak nak pergi dah ke?


Iqbal: Taklah..sebenarnya saya ni pemalu
Nazifah: Ala, buatpe nak malu, kita kan baby lagi


Iqbal: OKlah kalau macam tu, jom kita main sama-sama. Awak nak main ape?

Nazifah: Saya nak makan jari awakla..nampak macam sedap
Iqbal:Ha..makanla..memang sedap pun jari saya ni..saya dah rasa banyak kali dah

Iqbal: Bestnye nak ikut ummi pergi rehlah ke Wunderland!

Akhirnya, Iqbal tertidur kepenatan di atas car seat

Selamat datang ke Wunderland!

Di bahagian taman dalam Wunderland

Di bahagian pintu masuk Wunderland

Permainan kuda pusing

Saya dan Iqbal di atas kereta kuda di belakang kuda pusing, dan kami turut berpusing

Iqbal kesunyian tanpa abangnya. Luqman ditinggalkan bersama walidnya di rumah di Delft

Iqbal di depan lift untuk masuk ke dalam belon panas tiruan bergerak

Belon panas tiruan


Iqbal bersama Ibu Diah, salah seorang rakan usrah saya

Kami di atas belon panas tiruan

Bersama para ibu dan anak-anak

Saya turut menaiki keretapi yang laju banget!

Ketika menaiki kapal luncur di atas air yang sangat curam. Gayatnya!
Splash! kapal luncur menjunam ke dasarnya

Kapal luncur yang tidak kelihatan, kerana dilimpahi air

Alhamdulillah, akhirnya selamat tiba di daratan..

Adik Ima, anak Ibu Mira, menaiki jambatan gantung

Saya di pintu gerbang taman kanak-kanak

Di atas kapal 'pirate' yang berayun laju dan tinggi. Gayat...

Pemandangan di bahagian tempat duduk kapal 'pirate'


Di atas belon pusing


Gajah yang boleh berlari laju




Iqbal yang tiudur selesa di atas stroller, selama 5 jam, dari pukul 12tgh hingga 5 petang, membolehkan umminya bermain sepuas hati

Pemandangan di taman berhampiran parking lot

Bersama Ibu Mira dan Farhan (anak kepada Ibu Nona) di taman bunga bersebelahan Wunderland

Para ibu dan anak masing-masing. Iqbal dikelilingi 2 puteri.
Dari kiri, amira, Iqbal dan Layyina



Grup usrah saya, dari kiri, Ibu Mira, Ibu Diah, Ibu Nona, Ibu Nurul (Saya).
Depan dari kiri: Ibu Evi dan Ibu Fadhilah

Rumput bercorak

Kado=hadiah

Selamat tinggal, Jerman!

********

Happy Belated Birthday Mama!
Selamat menyambut hari ulang tahun ke 52
Semoga panjang umur, murah rezeki
Semoga lebih bahagia, lebih ceria di samping papa tersayang
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya

Terima kasih
kerana telah mengandungkanku
kemudiannya melahirkanku
dan telah bertahan dengan karenahku selama 29 tahun ini

Terima kasih
kerana telah menasihatkanku
di sepanjang kehidupanku ini
kemudiannya mendidikku tanpa mengenal erti jemu

Masih kuingat saat-saat ketika mama mengajarkanku mengaji al-qur'an,
aku menangis kerana tidak mampu membaca Qur'an dengan lancar
tapi alhamdulillah, berkat kesabarannya, aku telah berjaya menghafaz 5 juz dari al-Qur'an

Masih kuingat saat-saat ketika mama menyuapkanku bubur nasi ketika aku demam panas hari sebelum exam PMR. Alhamdulillah, berkat doanya, aku berjaya memperolehi 8A dalam exam PMR tsersebut

Mamaku,
Seorang yang sangat tegas ketika zaman kanak-kanakku
Seorang yang sangat penyayang di zaman remajaku
Seorang yang sangat memahami di zaman dewasaku

Terima kasih mama, atas segalanya
Hanya Allah yang mampu membalas budi dan kasihmu

Buat mama tersayang, terimalah..



There are times only when a Mother's love
Can understand our tears,
Can soothe our disappointments
And calm all our fears.

There are times when only a Mother's Love
Can share the joy we feel
When something we've dreamed about
Quite suddenly is real.

There are times when only a Mother's faith
Can help on life's way
And inspire in us the confidence
We need from day to day.

For a Mother's heart and a Mother's faith
And a Mother's steadfast love
Were fashioned by the Angels
And sent from God above...


6 comments:

a passerby said...

cis..berani ky nye bday wish utk mama bjaye berairkan mate alak! huhuhu. T__T

alah comelnye iqbal hahaha jual2 mahal lak kat baby mule2 tuh..haha comelnye iqbal suke makan mulut bawah die, mcm luqman dulu2. huhu kakyong..raye balik la kl..plisss T__T

Anonymous said...

salam kak yaqeen.
sy kawan baik imang, rawaidah. akak ingat lg x? :P kalau akak dtg jemen area dekat2 dgn frankfurt, jemputla dtg rumah sy :)

Anonymous said...

sy tinggal di Bingen am Rhein, abt 20 mnts from frankfurt by car. :)

Dr Nurul Yaqeen said...

alak:ye ke..owh..
maybe youtube tu kot yg sedih
eh..ke yg ky nangis sbb x pandai ngaji..huhu

rawai:aha..akak ingat lagi..
kat jerman lagi baper lama lagi ek?
insyaAllah..akak singgah umah rawai kalo gi jerman lagi

kalo gi holland..singgah le umah akak di delft..
around 20 minit jugak..dari armsterdam

Zackyun said...

waaaaaaaaaaaaaaaa

jiwa muda main fun fairrrrrrrrrrrrrr

mesti luqman tau mesti dia mberontak nape tak bawak diaaaaaaaaaaa.

hehehe

=p

Dr Nurul Yaqeen said...

zack, akak terpaksa naik sebab nak temankan adik ima tu..
huhu..luqman nangis jugak mase akak tinggalkan..
tapi nak buat camana..kalo ikut nanti..tak jadi daurah maa..jadi pesta mainan kanak2 taska..:)