Wednesday, March 26, 2008

Welcome to Delft, Netherland

Assalamualaikum

To all my beloved family & blog readers
Alhamdulillah, finally we've arrived safely in Holland a.k.a Netherland

Maaflah kerana kelewatan meng'update' blog ini. 3 Hari pertama di Delft, saya tidak dapat meng'access' internet kerana husband tidak ingat password dan username internet connection di sini, maklumlah sudah 5 bulan meninggalkan rumah di Holland ini. Boleh tak begitu:)

Akhirnya, setelah husband berjaya mengingati password & username, dan saya selesai menyiapkan semua tugasan-tugasan rumahtangga, maka barulah boleh duduk menghadap computer ini

Setelah meredah sejauh 10,479km perjalanan merentasi benua asia dan eropah, kami selamat tiba di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam pada 5.45am waktu Holland, bersamaan dengan 12.45pm waktu Malaysia. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 12 jam ini amat memenatkan. Suhu diluar ketika itu adalah -4 degree Celcius.

Sepanjang perjalanan, Iqbal dan Luqman tidur berganti-ganti di atas baby cot yang disediakan. Setelah bangun dari tidur, Luqman menonton pula kartun 'Bee story' dari TV di bahagian kaki kerusinya. Akhirnya, ketika kapal terbang bersedia untuk 'landing', Iqbal menangis dengan nyaringnya. Mungkin tidak biasa dengan perubahan tekanan udara yang berlaku secara mendadak. Puas saya bermain-main dengan telinganya, tetapi dia tidak juga mahu diam. Semua penumpang memandang kami dengan pandangan tajam.

Sesampainya di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam, ketika kami menunggu bagasi, seorang lelaki eropah (Mr E) menegur saya:

Mr E: Good day! are you Miss Nebraski?
Saya: No
Mr E: OK. Thank you

Berbagai perasaan bercampur di dalam hati. Sedih, gembira, keliru dan terasing. Sedih kerana terpaksa meninggalkan ahli keluarga tersayang di malaysia. Gembira kerana berjaya menjejakkan kaki di negara Holland. Keliru kerana tidak faham sepatah pun perkataan dan tutur kata orang-orang di Holland ini. Terasing kerana berada di tengah-tengah masyarakat yang asing, tidak mengenali dan tidak dikenali oleh mereka.

Masyarakat di Holland adalah masyarakat yang bersistem dan perperaturan ketat. Sekiranya sebuah keluarga itu mempunyai 2 orang anak, maka, mereka perlu memiliki rumah yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 bilik. 1 bilik untuk ibu bapa dan sebuah bilik bagi setiap orang anak.

Terdapat juga satu lorong khas untuk penunggang basikal di jalan raya. Sekiranya kereta mealui lorong tersebut, maka kereta itu akan didenda.

Kami tinggal di sebuah apartment yang mempunyai 4 bilik, 1 tandas dan 1 bilik mandi. Itu adalah apartmen tinggalan seorang sahabat dari Indonesia yang sudah pun pulang ke negara asalnya. Ia adalah sebuah apartment yang 'fully furnished' dan 'fully equipped'. Semuanya telah lengkap. Set sofa, set bilik tidur dan peralatan dapur yang 'tip top'. Saya pun tidak tahu apakah barang-barang rumah yang tidak ada di rumah ini. Sebut sahaja apa barangnya, semuanya ada. Dari 'Cotton bud' hinggalah 'microwave'. Malah peti sejuk pun ada 2 buah. Alhamdulillah di atas segala nikmat dan kemudahan yang telah diberiNya.

Ketika kami tiba di bandar Delft, salji turun dengan lebatnya. Ia ibarat butiran-butiran polystyrene yang kecil, bertaburan di atas muka bumi. Turunnya seperti hujan yang lebat. Sepatutnya sekarang ini adalah musim bunga ('spring'), tetapi anehnya, ia masih lagi seperti musim sejuk ('winter'). Mungkin ini adalah musim peralihan, 'sprinter' (spring + winter), bak kata suami saya.

Sekarang, musim salji telah pun tamat. Kini kami sedang menantikan ketibaan musim bunga, di mana waktu bunga Tulip akan berkembang mekar

Sehingga ketemu lagi. Salam sayang dan rindu buat semua.
Wassalam



Pemandangan di luar rumah ketika salji turun

Pemandangan di malam hari di Delft, ketika musim salji

Luqman & Iqbal kepenatan setelah puas bermain. Di sisi mereka adalah permainan building blocks yang baru dibeli. Iqbal tidur diulit musical toys.

Luqman & Iqbal ber'posing' di atas couch

Kot baru Iqbal yang sangat cantik dan lebih lawa dari kot lamanya di Malaysia

Suasana trafik di depan rumah setelah musim salji tamat. Perhatikan kewujudan laluan khusus untuk penunggang basikal di jalan raya ini

Suasana di sepanjang jalan di Delft ketika musim salji

Lagi gambar keadaan jalan raya dalam salji
Pemandangan ketika salji sedang turun dengan lebatnya. Gambar diambil dari balkoni rumah

Walid dan Luqman bersedia untuk keluar rumah

Luqman tak sabar untuk keluar berjalan-jalan

Tempat bermain - Luqman & Iqbal

Suasana di dapur

Bilik studi walid

Ruang tamu rumah kami

Terusan/canal yang merupakan aspek terpenting untuk menjamin kestabilan tanah di Holland, kerana kedudukan negaranya yang lebih rendah dari lautan. Kelihatan 2 ekor itik sedang berenang di terusan itu. Gambar diambil dari balkoni rumah


Taman yang diperbuat dari batu buatan berbentuk seakan-akan kerusi
Bangunan apartment kami. Rumah kami di tingkat 5


Ketika di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam


Luqman bersantai sambil menonton kartun di kerusinya


Iqbal nyenyak tidur di cotnya di atas kapal terbang

Friday, March 21, 2008

Proses berkemas


Kemas, kemas..barang..
Proses berkemas yang tidak akan tamat, sehinggalah tiba waktu untuk berangkat

Yeap. Another few hours to go, then, sayonara Malaysia, and nice to meet you, Holland.
Huhu
Bon Voyage also

Perjalanan akan mengambil masa selama 12 jam. Kami akan bertolak pada pukul 11.45 pm malaysia, dan dijangka tiba di Holland, sekitar pukul 6 am Holland, kerana waktu Holland adalah 6 jam lebih lewat dari waktu Malaysia.

Had untuk membawa barang ialah 20kg/person
So, kami = 3 orang + 1 baby. Total limit adalah 70kg. Tetapi sekarang telah menjangkau 75 kg..
Bolehkah kami melepasi KLIA nanti? sama-samalah kita berdoa ya!

Buat masa ini, perasaan sedih itu belum ada lagi. Di KLIA nanti, mungkin saya tidak akan mampu mengawal rasa

Malam tadi, ramai ahli keluarga kami berkumpul di rumah. Kami sekeluarga mengadakan jamuan 'Barbeque' ayam dan daging. Kami berbual sehingga ke tengah malam, menikmati saat-saat malam terakhir kami bersama.

Pagi tadi, saya telah menerima panggilan dari adik-adik tersayang saya dari UPMKL. Sedih rasanya, meninggalkan mereka. Tetapi, hidup ini akan terus berjalan, dan hidup perlu diteruskan. Life goes on. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya, mereka dan semua pembaca blog ini untuk meneruskan kehidupan harian kami dengan lebih baik & teratur, insyaAllah

Dalam kesibukan mengemas buku-buku, saya terjumpa sebuah buku yang baru dibeli, tetapi masih belum sempat dibaca. Novel sejarah Islam : Tariq-Menang ataupun Syahid, karya Abdul Latip Talib. Antara kata-kata yang ingin saya kongsi bersama bersama ialah:

"Wahai saudara-saudaraku,lautan ada di blakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian mahu lari? Demi Allah, apa yang kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran.."
- Tariq bin Ziyad

"Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu, pertahankan jiwa kalian"
- Tariq bin Ziyad

"Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan) dan lidah (berdakwah)"
- Sayyid Abul 'Ala al-Maududi

"Penaklukan Sepanyol adalah perjuangan pertama dan terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab. Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas kepada kekuasaan Islam"
-Philip K. Hitti, Sejarawan Eropah

Semoga semua mendapat manfaat dari kata-kata hikmat di atas. Tujuan saya menuliskannya di dalam blog ini, adalah kerana saya terpaksa meninggalkan buku tersebut di Malaysia, kerana had kami sudah melebihi yang sepatutnya.

Mungkin inilah entri terakhir saya ketika di Malaysia. Selepas ini, entri yang akan datang beralamatkan Delft, Netherland, InsyaAllah

Doakan pemergian kami sekeluarga selamat pergi dan pulang, insyaAllah. Semoga lebih banyak pengalaman baru yang akan ditimba bagi mematangkan lagi diri ini. Semoga pengalaman-pengalaman yang dikongsi nanti dapat menjadi amal yang dapat membantu diri saya di akhirat kelak.

Doa ketika hendak bermusafir:
Bismillahillazi sakharalana haza wa ma kunna lahu muqrinin. Wa inna ila Rabbina lamunqalibun.
Amin

Till then,
Wassalam

Monday, March 17, 2008

Dunia di tangan Akhirat di hati



Petang semalam, saya berjalan-jalan dengan adik saya yang baru pulang dari Mesir. Beliau adalah seorang hafiz qur'an yang sedang menuntut di Tahun 1 Kulliyyah of Syari'ah, Al-Azhar University.

Kami keluar untuk menguruskan akaun bank saya yang baru dibuka. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan sebuah Mercedes CL 600 hitam .

Adik: Wah..kaya-kaya betul orang di Taman M sekarang ni ye

Saya: Betulla..tapi tak semua orang dapat naik kereta macam ni

Adik: Allahummaj'al Dunia fi aidina, wala taj'alha fi qulubina (Ya Allah, letakkanlah dunia itu di tangan kami dan janganlah Engkau letakkan ia di hati kami)

Saya: Doa siapa tu?

Adik: Itulah do'a saidina Abu Bakar r.a

Itulah respon dari seorang hafiz yang mendalami ilmu-ilmu Islam. Bagaimana pula respon dari orang-orang biasa? Saya biasa mendengar respon-respon sebegini:

- Bilalah aku nak dapat naik kereta macam tu
- Kerja teruk-teruk pun tak dapat naik kereta macam ni lagi
- Bilalah aku nak kaya ni

Bagaimana pula respon dari diri kita?


Pengajaran dari cerita ini:

1. Jangan mudah terpedaya dengan perhiasan duniawi
2. Sentiasalah mendapatkan peringatan & tazkirah dari orang-orang soleh
3. Bersahabatlah dengan orang-orang yang baik & soleh, agar kita turut mendapat tempias dari kebaikan mereka
4. Letakkanlah dunia di tangan dan akhirat di hati

Sunday, March 16, 2008

Bertemu & Berpisah keranaNya



Assalamualaikum

Posting ini adalah a 'special tribute' to my beloved usrah group of UPM KL Medical Faculty. I really want to upload our pictures taken during the memorable event, but this computer is making some problem

Semoga para pembaca lain turut mendapat manfaat

Menemui adik-adik usrah UPMKL yang dirahmati Allah

Terima kasih yang tidak terhingga akak ucapkan di atas jamuan perpisahan yang sungguh hebat petang tadi . Makanan yang lazat, hadiah yang sangat cantik, unique and very memorable.

Akak memohon berbanyak kemaafan kerana tergesa-gesa meninggalkan majlis dan semua agenda terpaksa dilaksanakan dengan express. Tiba-tiba husband akak ada hal yang perlu diselesaikan segera. Tak sempat nak meluahkan segala rasa yang terpendam, segala kerinduan yang membuku dan segala hasrat yang tersimpan. Tak sempat nak buat games seperti yang telah akak janjikan

Hadiah yg diberi adalah yang paling bermakna yang pernah akak terima seumur 29 thn hidup akak di atas muka bumi ini. Akan akak bawa album itu ke Holland nanti, dan juga kemana-mana sahaja akak pergi. Kerana album itu menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk akak meneruskan aktivisme dakwah ini. Album itu juga menjadi bukti akan indahnya ukhuwwah kerana Allah. Album itu juga menjadi saksi bahawa telah berjayanya usrah kita menyentuh hati-hati kita, dalam pengembaraan kita menuju redha Ilahi.

Simbolik cenderahati dari akak: Button Badge - 'Goodgirl:prays to Allah' (Keluaran Brotherhood Arts)

'Goodgirl'= a du'a for all of you, may you'll be a good muslimah & a mukminah solehah

'Prays to Allah'= a reminder, so that you'll always pray (solat,du'a, Qur'an, zikr & munajat), no matter in what situation you're in. During hardship,during your moment of sorrow, during your moment of happiness, during your moment of success and especially when you're down, and you don't know where to turn to and to whom to ask for help.

Lekatkanlah 'Button badge' itu di tempat yang mudah dilihat, agar ia menjadi doa, peringatan dan inspirasi kepada kalian. Cadangan tempat, maybe di white coat (bhg sisi) atau bag/handbag/cermin, etc

Maafkan segala kekhilafan dan kelemahan akak, selama menjadi naqibah kalian. Thank you for giving me chances and opportunities to be your naqibah, eventhough sometimes and many times, I'm not up to the standard

Hampir setahun setengah bersama kalian, banyak mengajar akak tentang erti kehidupan, erti sebenar kita hidup sebagai seorang muslim, seorang hamba Allah, seorang khalifah Allah dan seorang da'iyah ilallah. Menyedarkan akak tentang indahnya ukhuwwah dan pentingnya da'wah & tarbiyyah dalam hidup kita

Semoga Allah memberi kekuatan kepada akak dan kepada kita semua untuk menghadapi perpisahan ini, dan seterusnya meneruskan perjuangan hidup kita dengan penuh kesungguhan, kesabaran dan keazaman

Semoga Allah membantu kita untuk terus istiqamah di atas jalan dakwahNya ini

Semoga Allah meluluskan kalian dalam peperiksaan Profesional exam yang semakin menghampiri, dalam usaha mencapai cita-cita menjadi doktor muslimah solehah dan da'iyah ilallah insyaAllah.

Ingatlah bahawa : "Nahnu du'at qabla kulli syay'in"= Kita adalah dua'at sebelum segala yang lain-Mustafa Masyhur.

Kita adalah Du'at walaupun kita seorang doktor. Kita adalah du'at walaupun kita adalah seorang anak. Kita adalah du'at walaupun kita adalah seorang isteri. Tugas kita adalah sentiasa berterusan 'memperbaiki diri dan mengajak orang lain kepada Allah'(Islah nafsak wad'u ghairak)

Harapan akak agar tulisan akak ini dapat meluahkan segala isi hati yang ingin akak luahkan kepada adik-adik semua. Akak bukanlah seorang seniman yang pandai mengarang syair. Tidak lebih dari sekadar penconteng picisan..

To my beloved sisters in Iman,

Each of you
Have touched my heart and my life in a very special way

Each of you
Are never a burden, but always a blessing

Each of you
Will always be in my heart in a very special place

Each of you,
Always made up my day

Each of you
Always made me ponder, think and admire the greatness of Allah and His
creations

Each of you
Taught me
the true meaning of life,
the exact definition of Islam, Iman,Ihsan

Each of you
Help me to understand more
on Tauhid Rububiyyah & Uluhiyyah

Each of you
Made me realise about
The Importance of Da'wah & Tarbiyyah

Each of you,
Will never be forgotten from this memory

Each of you,
Is always special to me

Whenever you feel that the whole country is against you, just remember
that there is always this someone who live in the other country, who
will love you, cherish you and remember you

Just YM/email me, whenever you feel like it

Do keep in touch

Do not let our yahoogroup be left to die away
Do post any news, jokes, experience, info, tazkirah or anything that
you feel like to share about

Let us create another new great usrah in our next journey

Let us be successful in everything that we do

Let us cherished our moment together and relive it in every moment of
our life

Each time I read the Qur'an with tafsir, i'll remember our tadabbur
session with our usrah group

Each time I read the 40 Hadith of Nawawi, i'll remember our discussion
and their correlation with our daily life

Each time I read Islamic books, i'll remember our lively & interactive
usrah session

Without all of you,
I'm not sure how to finish reading all those hadeeth, tafseer, seerah
and Islamic books alone

With all of u,
I don't know whether i'll be the person who I am today

How am I gonna fill up those empty time that i've reserved only for all of you
How am I gonna miss all those precious moments
How am I gonna miss all those memorable nights
How am I gonna miss your voices, reciting the Qur'an, so beautiful, so meaningful
How am I gonna miss your laughter, your jokes, and those funny momments
How am I gonna miss our hilarious iftar session last Ramadhan
How am I gonna miss our joyous rehlah at Tmn KLCC
How am I gonna miss our educational visit to Pameran Sains Islam last year

How am I gonna do the next usrah without all of you, my 'hawariyyuun'
{maka ketika Isa merasakan keingkaran mereka (Bani Israel), dia berkata, "Siapakah yang akan menjadi penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?. Para Hawariyyun (sahabat setianya) menjawab, "Kamilah penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah, dan saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang muslim} Ali Imran:52


How am I gonna do all that alone

When the next friday night come, i will remember the last friday night
that i cooked for all of you.

When the next friday night come,i will remember the last friday night
that i've to prepare for the tafsir & presentation of the Risalah Usrah books

When the next friday night come, I will remember the last friday night
that I waited for all of you, coming from Jelatek LRT station

When the next friday night come,i will be worried that i don't know
what to do during that specific time which will usually be reserved for our usrah session

When the next friday night come, I don't know whether i can stop this tear from running down my cheek

O Allah, Al-Qawiyy, The Most Powerful, give us strength to face our life, our exams & our coming obstacles

O Allah, Ar-Rahman, The Most Gracious, May this ukhuwwah bond, lasts forever, and become the 'strength' for us to continue our journey of life

O Allah, Ar-Rahim, The Most Merciful, May Allah allow us to meet again, if not in this world, perhaps in the hereafter, hopefully in jannah

Sisters dearie,
I am truly, deeply in love with all of you, for the sake of Allah

"Aku menyintai kalian kerana Allah..."

(Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu
bahawa ia mencintainya)
---HR Abu Daud dan At-Tirmidzi

Always remember that we meet, and then separated are for the sake of Allah

May Allah put us under his cooling 'arasy during the judgement day, and make us among the 7 'golongan' that he promised, whom will be protected from the extreme sun heat during that day

Till we meet again..

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui
Bahawa hati-hati ini telah berkumpul
Untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu

Bertemu untuk taat kepadaMu
Bersatu dalam rangka menyeru di jalanMu
Berjanji setia untuk membela syariatMu

Maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, Ya Allah
Abadikanlah kasih sayangNya
Tunjukkanlah jalanNya
dan penuhilah dengan cahayaMu yang tidak pernah kunjung malap

Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu
Hidupkanlah hati-hati ini dengan ma'rifatMu
Matikanlah hati-hati ini dalam keadaan syahid di jalanMu

Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong

Amin Ya Rabbal 'Alamin
{Doa Rabithah dari al-Ma'thurat)

Ukhtukunna fillah,
Kak Yaqeen

Tuesday, March 11, 2008

Merawat, mendengar & mentafsir



Saya masih ingat detik-detik ketika saya sedang bertugas di Jabatan Nephro (Buah Pinggang), Hospital Kuala Lumpur (HKL), sekitar pertengahan tahun 2006. Jabatan ini merupakan antara jabatan yang paling sibuk dan ’stressfull’ bagi seseorang doktor. Ini kerana, pesakit buah pinggang amat ramai, manakala doktor yang ditugaskan di situ amat sedikit. Ditambah dengan tekanan daripada pihak atasan yang berbagai ragam, kehidupan ketika itu amatlah melemaskan dari segi fizikal mahupun emosi.

Terdapat Wad Kelas Pertama (1A), Wad Wanita(2A), Wad Lelaki (2B), Wad Unit Rawatan Rapi (HDU), 3 Wad khusus untuk ’Hemodialysis’ (HD) pesakit luar, 1 Wad khusus untuk hemodialisis pesakit hospital, 1 Wad khusus untuk ’Peritoneal Dialysis’ (PD) untuk pesakit luar. Satu wad memuatkan antara 20-40 pesakit. Hanya terdapat 5 orang doktor yang ditugaskan untuk menjaga kesemua wad-wad tersebut, dengan diawasi oleh 4 doktor pakar, dan 3 doktor pakar perunding.

Suatu hari, ketika sedang membuat prosedur PD, saya sempat berbual-bual dengan seorang pesakit bernama Pakcik A.

Pakcik A: Kasihan saya tengok doktor. Banyak kerja nak kena buat. Ramai pesakit nak dilihat dan dirawat.

Saya: Biasalah pakcik. Inilah tanggungjawab seorang doktor. Memang kena banyak bersabar

Pakcik A: Doktor janganlah bersedih. Ingatlah, setiap peluh yang jatuh menitis, setiap langkah yang diatur, setiap detik doktor berjaga malam, setiap perkataan yang ditulis dan setiap kata-kata nasihat yang doktor tuturkan, akan diganjari oleh Allah dengan pahala yang sangat besar di akhirat nanti. Ikhlaskanlah niat dan amal yang doktor lakukan itu keranaNya.

Air mata saya jatuh menitis di saat itu juga...

Kata-kata pakcik itu sungguh benar sekali. Hanya terkadang, apabila kita terlalu disibukkan dengan sesuatu, segala nasihat-nasihat seperti itu sukar untuk didapati. Maka mudahlah hati menjadi keras dan diri kian menjauh dari hidayahNya

Saya teringat kisah seorang pelacur yang dimasukkan ke syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan. Dia mengambilkan air untuk anjing tersebut dengan menggunakan kasutnya, dengan penuh susah payah. Juga terdapat kisah bagaimana seorang perempuan yang dimasukkan ke neraka kerana mengurung dan menyiksa kucingnya. Kedua-dua kisah ini menunjukkan betapa pentingnya kita melayan semua makhluk Allah dengan layanan yang baik. Itu adalah contoh ganjaran dan balasan Allah sekiranya kita berbuat baik ataupun berbuat aniaya kepada haiwan. Cuba fikirkan, bagaimanakah pula ganjarannya, jika kita berbuat baik sesama manusia, malahan merawat dan menyelamatkan nyawanya!

Info medik:

Umumnya, seseorang dapat hidup normal dengan hanya satu ginjal. Apabila kedua-dua ginjal tidak berfungsi secara normal, maka seseorang perlu mendapatkan suatu Terapi Pengganti Ginjal (TPG). TPG ini dapat dilakukan baik bersifat sementara waktu maupun terus-menerus. TPG terdiri atas tiga, yaitu:

  1. Hemodialisis (Cuci Darah)
  2. Peritoneal Dialisis (Cuci Rongga Perut)
  3. Transplantasi Ginjal

Prinsip dasar dari Hemodialisis adalah dengan membersihkan darah dengan menggunakan Ginjal Buatan. Sedangkan Peritoneal dialisis menggunakan Selaput rongga perut (peritoneum) sebagai saringan antara darah dan cairan

Info Islami: Hadith 1 daripada Hadith 40 Imam Nawawi

Hadith 1 Arabic text

It is narrated on the authority of Amirul Mu'minin, Abu Hafs 'Umar bin al-Khattab, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:

"Actions are (judged) by motives (niyyah), so each man will have what he intended. Thus, he whose migration (hijrah) was to Allah and His Messenger, his migration is to Allah and His Messenger; but he whose migration was for some worldly thing he might gain, or for a wife he might marry, his migration is to that for which he migrated."

[Al-Bukhari & Muslim]

Sunday, March 9, 2008

Malam Menunggu Keputusan PRU12


Assalamualaikum

Malam tadi, setelah kami sekeluarga 'makan besar' (kerana semua adik beradik pulang untuk mengundi), kami sekeluarga berkumpul di hadapan TV rumah. Masing-masing berdebar menanti keputusan PRU 12 yang bakal diumumkan.

Kami menonton siaran langsung dari RTM 1, bersama Dr Agus dan Johan Ja'afar sebagai Penganalisis Politik jemputan. Oleh kerana tidak sabar menunggu laporan yang agak 'slow' dari RTM, adik ke3 saya melayari laman web 'Malaysiakini' (www.Malaysiakini.com). Walaupun laman tersebut seringkali 'unable to connect', tapi kami masih berpeluang melayarinya melalui 'mirror' laman web tersebut, iaitu di: http://122.0.17.30/index.php

Berikut adalah antara laporan daripada adik saya yang diperolehi melalui Malaysiakini.com dan juga SMS dari kawannya:

Laporan 1
11.15pm: Undi KJ dengan calon PKR = 'close' di Parlimen Rembau
12.15am: Undi KJ = 'recount'
1 am: KJ menang dengan majoriti 2+++undi

ps: Undi DHL dan SKYnet lambat sampai sket ..nasib baik sempat sampai

Laporan 2
11.50pm: Nurul Izzah mengalahkan Sharizat di Parlimen Lembah Pantai
12.30am: Tempat mengira undi di Lembah Pantai 'Black out' . Apabila bekalan elektrik disambungkan kembali, tiba-tiba muncul 14 kotak undi (yang tidak tahu datang dari mana) yang masih belum dikira
1 am: Pengerusi SPR membuat kenyataan bahawa, 14 kotak undi tersebut tidak perlu dikira, kerana ia adalah masalah teknikal.

ps: Undi DHL dan SKYnet lambat sangat sampai, kerana singgah di Rembau dulu ...

Sama-sama kita fikirkan dan ambil pengajaran

Friday, March 7, 2008

Pengalaman Pilihanraya Kali Ke2





Assalamualaikum

Saat ini, saya baru sahaja pulang dari melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pengundi. Ini adalah kali kedua saya mengundi seumur hidup saya. Suasana agak meriah di tempat saya mengundi, iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Yang bongkok datang bertongkat, yang buta datang berpimpin dan yang lumpuh datang berkerusi roda. Yang jauh datang berkereta, yang dekat datang berjalan kaki.

Di dalam perjalanan, kami terserempak dengan sebuah Porche Chayanne hitam yang dipenuhi dengan sticker PKR. Di belakangnya, kelihatan sebuah Harrier bersama bendera PAS megah berkibar dari side mirrornya. Tidak lama kemudian, kami terserempak pula dengan sebuah kereta Proton Saga usang berwarna biru, penuh dengan sticker BN. Di hadapannya, kelihatan sebuah van Ford lama yang padat ditampal dengan poster BN. Petanda apakah ini?

Selepas bersarapan pagi tadi, saya sempat berbual dengan adik saya yang sedang menuntut di kampus Kejuruteraan USM, PulauPinang. Dia cuba untuk mendapatkan duit tambang pulang ke KL daripada petugas pondok panas BN, kerana ingin pulang mengundi. Kawannya yang mengundi di Johor Baharu mendapat RM 300 sebagai bayaran tambang.

Adik: Tumpang tanya, bagaimana saya nak dapatkan duit tambang untuk balik mengundi ye?

Petugas: Duit tambang ni kami bagi untuk orang-orang tertentu sahaja. Tak semua orang dapat. Kita boleh check siapa akan undi apa, lepas tu baru diberi duit tambang tu. Macam adik ni, selepas kami check IC adik dan detect status mengundi ayah adik, adik tak layak untuk dapat duit tambang pulang mengundi.

Adik: Tapi kawan saya yang mengundi di JB dapat RM300 sebagai duit tambang?

Petugas: Macam yang kami cakap tadilah. Duit ni tak semua orang dapat..

Fikir-fikirkanlah!


Di bawah ini adalah sebuah munajat perjuangan yang diemailkan kepada saya. Moga dapat dikongsikan dan diamalkan bersama, insyaAllah.

Allahumma Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim…

Redhailah kami

Yang berada dalam naungan perjuangan-Mu ini

Terimalah amal ibadah kami

Jadikan langkah-langkah yang kami lakukan

Dalam PARTI ISLAM SEMALAYSIA & PARTI KEADILAN RAKYAT
ini Kau redhai

Jadikan usaha-usaha kami Kau redhai

Allahumma Ya Allah Ya Salam...

Berikan berkah pada perjuangan ini

Agar sentiasa mendapatkan hidayah dan inayah-Mu

Sentiasa hidup di dalam iman

Sentiasa hidup di dalam Iislam

Sentiasa hidup di dalam ihsan

Ya Allah Ya Hadi...

Bimbinglah kami

Agar mampu menjaga amanah-Mu yang mulia ini

Hindarkan kami dari fitnah

HIndarkan kami dari cobaan-cobaan

Yang tak mampu kami tanggung

Hindarkan kami dari beban

Yang kami tak mampu pikul

Ya Allah Ya Barr...

Nami Muhammad-Mu berkata :Ikuti jejakku

13 tahun ia berjuangan di Kota Mekah

Menghadapi kaum Quraisy

10 tahun ia berjuangan di Madinah

Melewati masa-masa yang berat dan penuh tantangan

Ya Allah... Ya Qayyum...

Beri kami kekuatan mengikuti ajakannya

Beri kami kemampuan mengikuti jejaknya

Baru sedikit waktu kami dalam berjuang

Namun terasa berat perjuangan ini

Ya Allah ...Ya Muhaimin...

Baru sedikit langkah kami

Namun terasa panjang perjalanan ini

Air mata bercucuran mengingat semua ini

Kami memohon perlindungan dan kekuatan ya Rahim

Salawat dan salam

Untuk nabi Muhammad SAW

Ya Allah...Ya Sami’...Ya Mujib...

Kabulkan doa kami

Ajarkan kami ridha dan ikhlas

Jadikan hati kami hanya dipenuhi cintu kepada-Mu

Mencari kurnia-Mu mencari rahmat-Mu

Allahumma Ya Allah

Esok hari kami akan berjuang kembali

Menang dan Kalah bukan urusan kami

Kami akan melangkah Ya Allah

Jangan Engkau goyahkan hati ini

Jangan Engkau cabut iman ini

Jangan Engkau cabut keyakinan ini

Ya Allah...Ya Mukmin...

Tambahkan keimanan di hati kami

Tambahkan keyakinan di hati kami Ya Allah

Teguhkan hati kami

Kukuhkan diri kami

Agar kami mampu tegak berdiri dengan gagah

Membawa panji-panji-Mu

Ya Allah..Ya Samad...

Lindungi kami dengan Nur-Mu

Di depan dan belakang kami

Di atas dan bawah kami

Di kiri dan kanan kami

Berikan kami cahaya Ya Allah

Ya Allah..Ya Muakhir…

Kami tidak tahu akan berapa lama lagi kami berjuang

Kerana Engkau akan mematikan kami dengan tiba-tiba

Tanpa kami ketahui

Ya Allah....Ya Muhyi...Ya Mumit...

Apabila Engkau matikan kami esok

Matikan kami dalam husnul khatimah

Apabila Englau matikan kami tahun depan

Maka matikan kami dengan rasa rindu pada-Mu

Ya Allah…Ya Sabur…

Datangkanlah

Orang-orang yang akan melanjutkan perjuangan ini

Orang yang tawadhu

Orang-orang yang ikhlas

Orang-orang yang telah diberi ilmu oleh-Mu

Ya Allah...Ya Baqi...

Kami hanya mempunyai waktu yang sedikit lagi

Di muka bumi ini

Mungkin tidak sepuluh tahun

Atau bahkan kurang dari satu tahun

Tapi kami minta ya Rahman

Agar sisa hidup yang Engkau berikan pada kami

Menjadi amal ibadah

Untuk memuliakan Engkau Ya Allah

Untuk mengabdikan diri pada Engkau

Untuk mengagungkan Nabi Muhammad-Mu

Untuk mengagungkan para rasul-Mu

Ya Allah berikan kami

Iman yang teguh

Islam yang kaffah

Ihsan yang Kaffah

Duhai Allah...Ya Malik... Wajid...

Kabulkan doa dan permintaan kami

Sesungguhnya kami hanya boleh berdoa

Kerana kami tak memiliki apa-apa

Ya Allah.. Ya al-Warith...

Jadikan kami

Generasi membanggakan Nabi Muhammad kekasihMu

Siramilah seluruh persada negara kami yang tercinta
ini

Dengan kalimah La Ilah IllalLah

Tanamlah bibit-bibit cinta kepada nabi Mu

Tanamkan lah kalimah tauhid

di seluruh pelusuk Malaysia ini

Di setiap titik

Di setiap penjuru

Tidak ada satu tempat pun kecuali La Ilah IllalLah

Penuhi dada kami dengan keyakinan

Kami ingin memiliki satu keyakinan

Seperti keyakinan nabi Musa

Yang tersungkur di bukit Thursina

Seperti keyakinan Nabi Ibrahim

Ketika melihat burung yang telah tercincang

Bersatu dan terbang kembali

Seperti keyakinan nabi Muhammad

Yang tersungkur di gua Hira

Ketika malaikat Jibril berkata : Iqra’!

Ya Allah...Ya Hafiz...

Tanamkan keyakinan bulat di dada kami

Keyakinan yang lebih kukuh

Hingga bila kaki kami patah

Kepala Kami pecah

Mata kami hancur

Tulang-tulang kami remuk

Semuanya lebur

Jangan Kau hapuskan keyakinan di dalam diri kami

Keyakinan untuk mengagungkan Engkau...Rabbal ’Alamin

Raja langit dan bumi...

Perjuangan ini bukan perjuangan peribadi

Karena kami tidak punya kepentingan peribadi

Perjuangan ini bukan kehendak kami

Kerana kami tak punya kehendak apa-apa di muka bumi
ini

Perjuangan ini adalah kehendak-Mu

Kerana semua kehendak kemuliaan adalah milik-Mu

Ya Nur ...Ya Matin...

Oleh kerana itu kami mohon

Warisi cahaya keyakinan di dalam hati kami

Cahaya yang gemerlap

Cahaya yang kemilau

Cahaya yang datang

Kemudian masuk ke dalam rongga dada

Cahaya yang akan bersinar di hati kami

Cahaya yang akan hidup di dalam diri kami

Cahaya yang akan membimbing kami

Dalam perjuangan ini

Akan kami ambil tongkat

Yang apabila dipukulkan akan memancarkan 12 mata air

Itulah tongkat Musa

Ya Qawiyyu...

Jangan biarkan rasa sakit melemahkan kami

Jangan biarkan kepedihan menghalang kami

Jangan biarkan apapun menghentikan langkah kami

Ya Ghafur...Ya ’Affuw...

Ampuni kami

Kami tak mampu menjaga

Anak-anak dan keluarga kami daripada segala hambatan
keduniaan ini

Apabila kami pergi mengadap-Mu

Namun...apabila kami mati

Kami tidak akan pernah menyesal

Bahawa kami pernah hidup

Dengan waktu-waktu yang telah kami lalui...

Kami yakin kami akan beristirihat selamanya...

Kerana sudah menyahut seruan jihad-Mu

Ya Awwal ...Ya Akhir...Ya Muqaddim...

Kami ingin berjumpa dengan para nabi dan rasul

Para malaikat dan bidadari

Dan berjumpa dengan Engkau Ya Allah

Inilah cita-cita kami

Inilah keinginan kami yang membara....

Amin Ya Rabbal Alamin

Bagaimana menidurkan anak?


Jam sudah pun menunjukkan ke angka 12 tengah malam. Luqman masih lagi tidak mahu tidur. Meragam, meminta berbagai-bagai perkara pelik. Akhirnya, berjaya juga mendiamkannya dengan membuka televisyen, rangkaian Playhouse Disney (PHDC:613), rangkaian yang khusus utk kanak-kanak 3-5 tahun.

Saya memang sedar dan tahu bahawa, televisyen sangat tidak baik untuk perkembangan kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hyperactive dan sukar untuk menumpukan perhatian mereka di dalam pelajaran. Namun, saya tidak larat melayan karenah dan perangainya yang sangat menyebalkan terutamanya ketika dirinya dalam keadaan mengantuk. Lalu saya menurutkan sahaja kehendaknya, dengan harapan dia akan tertidur tidak lama kemudian

Jari-jemari saya pantas menekan punat carian search di enjin carian Google. Lalu dalam masa 2 saat, terteralah maklumat-maklumat yang saya inginkan:

Bagaimana agar anak anda merayu untuk tidur (1)

1. Anggaplah seperti malam ini merupakan malam terakhir anda bersama anak anda.
2. Sediakanlah aktiviti-aktiviti yang menarik sebelum tidur, seperti menceritakan lawak jenaka, kisah-kisah lucu, aktiviti 'menaiki kuda' ataupun sesuatu yang tidak pernah dilakukan di atas katil mereka.
3. Jika anak anda sering tidur lewat, mulakanlah rutin menidurkan anak setengah jam lebih awal secara berperingkat-peringkat (minggu demi minggu), sehinggalah dia boleh ditidurkan pada waktu yang kita inginkan, contohnya 7.30 malam.
4. Ciptalah nyanyian dalam bahasa atau rekaan anda sendiri, dan nyanyikanlah kepada anak anda dengan nada yang benar-benar akan embuatkannya mengantuk.

Menurut Adi Putera Widjaya(2)(Pakar NLP & Hypnotherapy dari Indonesia), anak-anak selalu dalam keadaan Knowing Nothing State. Ini bererti, anak-anak sangat peka dalam membaca komunikasi non verbal anda. Mereka dapat segera mengetahui maksud-maksud anda walaupun tidak diucapkan.

Jadi niatkan dahulu bahwa anda sungguh-sungguh ingin memenuhi keinginan anak sebelum anda meyampaikan keinginan anda. Jika anak ingin mengajak anda bermain, bermainlah dengan bersungguh-sungguh. Setelah rapport terbentuk, anak anda akan mudah diarahkan kepada keinginan anda.

Sebelum beliau dan isteri menyedari pentingnya rapport, beberapa kali mereka saling bergilir membuai sambil mendukung anak mereka. Sekurang-kurangnya lebih dari satu jam masa yang diperlukan untuk menidurkan anak mereka . Setelah mereka berlatih membangunkan rapport dengan anak, masa yang diperlukan adalah kurang dari 5 minit untuk hal yang sama


Lagu : Tidurlah intan

Tidurlah intan, tidurlah tambatan jiwa
Hari sudah larut pejamkanlah mata

Tidurlah intan, tidurlah pualam bunda
Jangan bermain juga bergurau tertawa

Ibu telah penat asyik bernyanyi nyanyi
Menidurkanmu anakku jauhari

Tidurlah intan, tidurlah kekasih hati
Esok hari kita bergurau kembali.


Lagu: Sleep my little prince

Sleep, my little prince, fall asleep.
The lambs and birdies are resting,
the garden and meadow are silent,
and even the little bee hums no more.

Moon with a silver gleamis pouring her light into the window.
Sleep by the silvery light,sleep, my little prince, fall asleep.
Fall asleep, fall asleep!
Who is happier than you?
Nothing but amusement and rest!
Toys and sugar are enough,
and even a stately coach to convey you;
everyone is careful and ready
so that my little prince will not shriek.

But what will the future bring?
Sleep, my little prince, fall asleep.
Fall asleep, fall asleep.

_____________________________________________________________
Rujukan:
(1)Margaret Saunders:http://www.pregnancy.com.au
(2)Adi Putera Widjaya:http://mindset.blog.dada.net

Wednesday, March 5, 2008

Hari Sukaneka di tadika






























Hari ini adalah hari sukaneka Tadika Nurul Iman, iaitu tadika di mana anak sulong saya, Syed Luqman bersekolah. Kami tiba agak lewat pagi tadi, namun Luqman masih sempat menyertai acara yang dirancangkan untuknya. Luqman mengambil bahagian di dalam acara 'lompat dalam gelung'. walaupun dia tidak berapa mahir dalam acara tersebut, namun dengan bantuan guru kelasnya, dapat juga dia menyudahkan permainan tersebut.

Selaian itu, dia turut mengambil bahagian di dalam acara lumba lari. Pada awalnya, dia agak keberatan untuk menyertai semua acara-acara tersebut, kerana mahu duduk bersama saya. Namun, setelah saya berjanji untuk mengambil gambar-gambarnya ketika beraksi, maka dia pun bersetuju untuk menyertai semua acara-acara yang telah disusun untuknya. Di pertengahan permainannya, tiba-tiba dia keluar secara mengejut dari padang kerana tidak mahu bermain. Saya berasa sangat pelik dengan kelakuannya itu. Pada mulanya saya menyangka bahawa dia sekadar mengada-ngada sahaja. Namun, kedatangan sepupunya, Aiman Hakimi menjelaskan segala-galanya.

Aiman Hakimi: Maklong, Luqman buang air besar

Saya: Ooo..patutla..

Luqman: Ummi..nak cuci..

Saya: Ok..jom

Maka, setelah menyelesaikan urusan peribadinya itu, Luqman kembali bermain dengan riang. Pada akhir sesi sukaneka tersebut, kesemua peserta mendapat hadiah yang sama, tanpa mengira menang atau kalah. Kegembiraan jelas terbayang di wajah masing-masing. Kalah atau menang tidak penting bagi mereka. Yang penting adalah mendapat hadiah. Itulah keindahan menjadi kanak-kanak. Tiada rasa dengki atau iri hati, dan tidak wujud perasaan untuk cuba menjatuhkan antara satu sama lain. Di saat itu, saya juga terasa seperti ingin menjadi kanak-kanak semula. Indahnya menjadi kanak-kanak, kerana tidak perlu risau tentang permasalahan-permasalahan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Juga tidak perlu membuat sebarang keputusan yang mempunyai implikasi yang besardalam hidup. Namun, apabila mengingatkan peperiksaan-peperiksaan yang perlu saya lalui semula nanti, maka dengan sendirinya hasrat itu mati di situ juga.

Syed Iqbal juga tidak meragam, malah menyaksikan permainan abangnya dengan penuh konsentrasi. Mungkin ingin belajar teknik-teknik permainan tersebut, bagi persiapan dirinya pada masa hadapan. Hanya 2 orang ibu dan 2 orang bibik yang turut hadir menyaksikan sukaneka tersebut. Kemungkinan ramai ibu-ibu murid-murid tadika ini bekerja.

Setelah itu, kami dijamu dengan hidangan yang lazat, iaitu Nasi Lemak dan Mee Goreng. Luqman makan dengan berselera sekali, sambil disuap oleh guru kelasnya 'Teacher Norina'.

Setelah selesai menjamu selera, Syed Iqbal mula menuntut haknya. Dia mula meragam walaupun sedang didokong dan dipeluk oleh saya. Setelah menyusukannya, dia pun tidur dengan lenanya.

'Teacher Norina' ada bertanya saya tentang rawatan untuk 'Impaired Glucose Tolerance' (IGT), iaitu suatu keadaan yang cenderung untuk mendapat Diabetes Mellitus (DM), tetapi belum sampai ke tahap itu lagi. Fasting Blood Sugarnya(FBS) adalah 5.6, sementara 2HPP (Hours Post Prandial) adalah 8. Jadi, menurut Clinical Guideline, dia perlu mengawal pemakanannya, bersenam dan mengamalkan cara hidup sihat. Sekiranya setelah 3 bulan, keadaannya tidak berubah, ditambah pula dengan risk factors yang lain seperti Hypertension dan Hypercholesterolemia dan family history of Diabetes, maka barulah dimulakan rawatan ubat-ubatan ke atasnya.

Well, a doctor is still a doctor, eventhough she's on her leave. Keadaan seperti ini juga akan berlaku jika saya pulang bercuti di kampung, terutamanya pada hari raya, di mana semua orang akan berkumpul. Pada masa itulah, saya seperti sedang membuka klinik OPD (Out Patient Department). Ramai sanak saudara akan bertanyakan tentang penyakit masing-masing.
Pakcik Mat: Kak Yong, nak tanya sikitlah. Pakcik mat baru-baru ni ada makan ubat untuk turunkan kolesterol. Tapi lepas tu badan pakcik jadi sakit-sakitlah. Kenapa ye?

Saya: Oh..pakcik, antara side effects ubat anti kolesterol tu memang sakit-sakit badan. Ia dipanggil myalgia. Tapi kalau dah sampai peringkat yang teruk, iaitu Rhabdomyolysis, suatu proses di mana muscle kita dimusnahkan. Maka ubat tu perlu diganti dengan ubat anti-kolesterol jenis lain.
Mak Ngah: Kakyong, mak ngah punya penyakit DM ni, doktor kata dah kene start insulin dah. perlu ke start insulin, kakyong rasa? Makngah takutla inject-inject ni.
Saya: Mak ngah, kalau doktor mak ngah kata dah kene start insulin tu ,maknanya memang kena pakai insulin dah mak ngah, sebab kandungan insulin dalam badan mak ngah dah tak mencukupi untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Kalau mak ngah tak ambil insulin, tak dapat nak control gula dalam darah, dan akan menyebabkan berbagai-bagai lagi komplikasi yang bahaya. Sekarang ni, kita dah ada jarum injection untuk insulin yang sangat halus dan tak sakit. Ia juga mudah dibawa ke mana-mana dan senang untuk adjust dose insulin dia.

Pak Long: Kak Yong, Pak Long punya ibu jari kaki ni, selalu sakit-sakitla. Kalau makan daging, dia jadi lagi sakit, sebab apa ye?
Saya: Oo..mungkin Pak Long ada penyakit Gout ni. Pak long kene cuba elak/kurangkan makan yang ada banyak protein dan purines, seperti daging, hati, pedal, yis, cendawan, bayam, cauliflower dan banyakkan minum air, dan makanan yang sihat dan seimbang. Kurangkan berat badan dan bersenam pun boleh membantu. Tapi, kalau sakit macam ni berterusan jugak, kene start makan ubat untuk Gout.
Berbalik kepada topik hari ini, iaitu sukaneka. Saya ada membuat sedikit pembacaan di internet tentang kanak-kanak dan riadhah (exercise).

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga perlukan riadhah. Kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya sejam sehari untuk mereka melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Aktiviti riadhah yang konsisten akan membantu kanak-kanak:

- mengurangkan stress dan tekanan yang dihadapinya
- merasa senang dan gembira terhadap diri sendiri
- lebih bersedia untuk belajar di sekolah
- mencapai berat badan yang ideal dan sihat kerana riadhah membantu mengawal lemak dalam badan
- membina dan memelihara tulang, otot dan sendi yang sihat dan kuat
- tidur dengan lebih nyenyak pada waktu malam
- mengurangkan risiko untuk mendapat type 2 diabetes
- mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol yang tinggi
- mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap kehidupan

Kanak-kanak berumur antara 2 -3 tahun masih dalam proses mempelajari asas-asas pergerakan. Iaitu asas-asas seperti berjalan, berlari, menendang, dan membaling. Kanak-kanak pada usia ini, secara semulajadinya adalah sangat aktif. Maka, berilah peluang untuk anak anda berlatih dan membina kemahiran pergerakan mereka. Dengan menggalakkan anak anda bermain, anda sebenarnya sedang membantu anak anda untuk menjadi seorang yang sihatdan cerdas pada masa sekarang dan juga akan datang.
Berapakah masa riadhah yang mereka perlukan?
Menurut 'National Association of Sports and Physical Education' di US, setiap hari, kanak-kanak (2-3 tahun) ini perlukan:
- 30 minit aktiviti fizikal yang tersusun (diawasi oleh orang dewasa)
- 60 minit aktiviti fizikal bebas (permainan bebas)
- masa ketidak- aktifan yang sebentar iaitu tidak lebih dari sejam(kecuali untuk tidur)
Perkara yang paling penting ialah untuk anda menggalakkan anak anda menjadi aktif dengan menyediakan sebanyak ruang yang mungkin untuk anak anda membina kemahiran-kemahiran pergerakannya, di dalam persekitaran yang selamat.

Tips Riadhah yang Sihat & Menyeronokkan untuk Keluarga

1. Berjalan, bermain, mengembara di kawasan belakang rumah, atau pun menggunakan kemudahan-kemudahan permainan dan riadhah di taman permainan yang berdekatan
2. Berjalan seperti penguin, melompat seperti katak, atau meniru pergerakan haiwan-haiwan yang lain
3. Duduk berhadapan antara satu sama lain. Kemudian, gerakkan badan ke hadapan dan ke belakang sambil menyanyi "Row, row, row your boat."
4. Bongkokkan badan sambil menyentuh tanah. Gunakan tangan anda untuk berjalan ke hadapan, seperti ulat bulu.
5. Jadikan diri anda seperti jambatan dan suruhlah anak anda merangkak di bawahnya
6. Permainan 'Ikut arahan ketua'
7. Mendengar muzik dan menari bersama
Bnayak lagi permainan-permainan lain yang anda boleh reka sendiri ataupun biarkan anak anda yang menciptanya.
Kanak-kanak yang aktif cenderung untuk terus aktif sepanjang hayat mereka. Badan yang sihat akan meninggikan jati diri (self-esteem), membantu mendapatkan berat badan yang sihat dan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit serius seperti, Tekanan Darah Tinggi (Hypertension : HPT), Kencing Manis: DM dan serangan jantung.
Selamat beriadhah bersama anak-anak anda!
___________________________________________________________
Rujukan:

Anak-anak adalah cahaya mata


Anak ke-2 saya, Syed Iqbal, kini berusia 4 bulan. Alhamdulillah, dia semakin membesar dengan sihat. Walaupun kadangkala dibuli oleh abangnya yang 'overprotective', namun dia tetap ceria. Kadangkala sahaja perangainya menjadi over manja, iaitu apabila lapar, mengantuk, lampin basah, tidak sedap badan dan keseorangan. Melihatkan wajah comelnya sahaja membuatkan hati saya terasa tenang, damai dan bahagia.

Anak-anak adalah Qurratu a'yun iaitu penyejuk mata (dalam bahasa arab). Ketika saya sedang dalam keadaan tertekan, contohnya ketika berada di dalam dewan peperiksaan baru-baru ini, menduduki peperiksaan MRCP UK ( Ia adalah suatu peperiksaan standard yang berpusat di UK, untuk menilai samada seseorang doktor itu layak menjadi doktor pakar atau tidak). Pada saat yang sungguh getir itu, ketika sedang menunggu kertas soalan diserahkan kepada para calon, peluh sejuk mula memercik keluar dari tubuh.

Pada ketika itulah saya memejamkan mata dan membayangkan wajah-wajah comel mereka. Terngiang-ngiang di telinga saya, suara manja mereka memanggil : "Ummi! Ummi!". Sungguh indah dan tidak tergambar rasanya perasaan saya pada waktu itu. Lebih indah daripada suasana ketika melihat matahari terbenam di ufuk timur. Lebih nyaman daripada hembusan semilir bayu timur laut. Alhamdulillah, ketenangan yang dikecapi itu membolehkan saya menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan lulus dalam peperiksaan tersebut.

Begitulah anugerah dari Allah Ar-Rahman, Yang Maha Pengasih. Dengan sifat pengasihnya itu, Dia menganugerahkan perasaan rahman ini kepada semua ibu. Sebab itulah kita sering mendengar ungkapan: "Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak tidak boleh menjaga seorang ibu".

Doa kita pada hari ini:
"Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina, qurrata a'yunin, waj'alna lilmuttaqina imama"
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami, pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata, dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang-orang bertaqwa

Mesej untuk dibawa pulang pada hari ini:
Sayangi anak anda & Kasihi ibu anda

Selamat berkasih sayang!


Tuesday, March 4, 2008

Televisyen & kanak-kanak


Tabiat buruk anak sulung saya, Syed Luqman yang berusia 2 tahun 9 bulan yang masih tidak dapat dibendung ialah kegemarannya menonton televisyen secara berlebihan.

Kadangkala kelihatan seperti dia sudah ketagihan dengan televisyen, terutamanya dengan rancangan-rancangan kegemarannya di siaran PHDC (Playhouse Disney Channel). Antara kartun kegemarannya adalah 'Thomas & his friends', 'Clifford' dan 'Make Way For Noddy'.

Waktu menonton televisyennya akan bermula dari pukul:

9.30 malam: Thomas & his friends
10.00 malam: Sagwa The Cat
10.30 malam: Make Way For Noddy
11.00 malam: Clifford

Saya: Luqman, jom masuk tidur, sayang dah pukul 11 malam ni, dah lewat dah
Luqman: Sekejapla, nak tengok cerita anjing dulu..
Saya: Luqman kan dah tengok TV lama dah, jomlah tidur pulak
Luqman: Nak tengok cerita anjinglah..tak mahu tidur
Beginilah dialog antara saya dan anak saya setiap hari

Jadi, hari ini saya ada membuat sedikit bacaan tentang kesan televisyen terhadap kanak-kanak.

Menurut kajian yang dibuat oleh American Academy of Pediatrics (AAP), kanak-kanak di US (United States) menonton televisyen sebanyak 4 jam sehari - walaupun menurut Buku Panduan AAP (AAP guidelines), kanak-kanak berumur melebihi 2 tahun tidak boleh menonton televisyen lebih dari 1 hingga 2 jam sehari

Menurut buku panduan itu juga, kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun tidak boleh menonton skrin langsung (TV, DVD atau videotapes, computers, dan video games) . Ini kerana, tempoh 2 tahun pertama, adalah tempoh yang paling kritikal dalam perkembangan otak kanak-kanak.
TV boleh mengganggu proses pembelajaran, masa bermain dan masa untuk mereka berinteraksi dengan ibu bapa serta persekitarannya. Sedangkan pada masa bermain itulah, kanak-kanak mengembangkan kemahiran dan pengetahuannya untuk membesar secara sihat dari segi kognitif(pemikiran), fizikal, sosial dan emosi.

Menonton televisyen dengan kadar yang sederhana adalah baik. Kanak-kanak peringkat tadika boleh belajar mengenal huruf-huruf alphabet , kanak-kanak sekolah rendah boleh belajar mengenai hidupan liar dalam rancangan bercorak dokumentari, ibu bapa boleh mengikuti perkembangan semasa melalui rancangan berita.
TV merupakan alat yang boleh mendidik dan menghiburkan, tiada keraguan tentang itu. Namun begitu, menonton TV secara berlebihan boleh memudaratkan.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menonton TV lebih dari 4 jam sehari lebih cenderung untuk mendapat masalah berat badan yang berlebihan (overweight)

Kanak-kanak yang menonton rancangan-rancangan bercorak ganas, seperti penculikan, pembunuhan atau pembunuhan, cenderung untuk mempercayai bahawa dunia ini adalah suatu tempat yang menakutkan, dan sesuatu yang buruk akan menimpa diri mereka.

Kajian juga menunjukkan bahawa TV seringkali menekankan tentang peranan jantina dan ciri stereotype perkauman.

Oleh itu, sangat penting bagi para ibu bapa untuk mengawasi kandungan program TV dan menghadkan jangkamasa yang tertentu untuk menonton TV. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa anak-anak mempunyai masa untuk membuat aktiviti lain seperti bermain bersama rakan-rakan, bersenam dan membaca

Tips Tabiat Menonton TV Yang Sihat Bersama Anak-anak

1. Hadkan masa menonton TV

2. Penuhkan ruang menonton TV dengan bahan-bahan seperti buku, majalah kanak-kanak, permainan, puzzles, board games, dan sebagainya. Ini akan menggalakkan anak anda melakukan sesuatu yang lain selain daripada menonton TV

3. Pastikan TV tidak berada di dalam bilik anak anda

4. Pastikan TV ditutup ketika waktu makan

5. Jangan membenarkan anak menonton TV ketika melakukan kerja rumah

6. Jadikan TV sebagai suatu ganjaran yang perlu diperolehi-bukan sebagai hak yang berhak untuk didapati. Beritahu anak anda bahawa mereka boleh menonton TV hanya setelah semua kerja rumah dan kewajipan yang lainnya disiapkan dan dilaksanakan.

7. Cubalah mengharamkan TV pada hari-hari biasa. Kerja sekolah, aktiviti bersukan dan tanggungjawab kerja menjadikan waktu bersama keluarga sukar untuk ditemui. Rekodkan rancangan TV yang disiarkan pada hari-hari biasa untuk ditonton semula pada hujung minggu. Atau jadikanlah agenda menonton TV sebagai agenda di hari minggu sahaja. Anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga seperti ketika makan, melakukan aktiviti-aktiviti fizikal atau membaca di sepanjang minggu.

8. Tunjukkanlah contoh yang baik, dengan menghadkan masa anda sendiri menonton TV

9. Periksalah senarai rancangan TV dan kandungan programnya sebelum anda sekeluarga menonton rancangan tersebut. Pilihlah rancangan yang sesuai untuk perkembangan anak-anak dan rancangan yang tidak berunsur ganas yang menekankan tentang isu dan nilai kekeluargaan. Rancangan yang menimbulkan minat untuk belajar, yang mencungkil hobi/bakat seperti membaca, sains, dan lain-lain juga amat bagus untuk ditonton bersama

10. Periksa dahulu program yang akan ditonton oleh anak anda sebelum mereka menontonnya.

11. Buatlah satu jadual menonton TV yang dipersetujui oleh semua, pada setiap minggu. Kemudian, tampalkan jadual tersebut di tempat yang mudah dilihat seperti di pintu peti sejuk ataupun tempat-tempat lain di dalam rumah, supaya semua orang mengetahui apakah rancangan-rancangan TV yang boleh dilihat dan masa yang dibenarkan untuk menontonnya. Pastikan TV ditutup setelah rancangan yang ingin ditonton tamat. Elakkan daripada mencari-cari siaran sehingga menemui rancangan yang menepati selera anda atau anak anda.

12. Tontonlah TV bersama anak anda. Jika anda tidak boleh duduk bersama untuk keseluruhan program, duduklah sekurang-kurangnya untuk beberapa minit yang pertama untuk melihat kesesuaian program tersebut dan pantaulah dari jauh.

13. Bercakaplah dengan anak anda tentang apa yang dilihat di kaca TV dan berkongsilah dengannya mengenai nilai dan kepercayaan anda. Jika sesuatu yang anda tidak persetujui ditontonkan di kaca TV, anda boleh menutup TV tersebut dan gunakan peluang itu untuk bertanya anak anda soalan yang mencabar pemikirannya, seperti,

" Rasanya baik ke, bila orang-orang tu bergaduh? Apa lagi yang mereka harus buat? Apa yang kamu akan lakukan?". Atau,

"Apa pendapat kamu tentang remaja-remaja yang berkelakuan seperti itu ? Adakah kamu rasa mereka melakukan perkara yang salah?"

14. Jika terdapat karakter atau watak yang dibuli, atau menjadi mangsa diskriminasi, beritahulah padanya tentang pentingnya meleyan semua orang dengan sama rata dan tidak berat sebelah, walaupun mereka berbeza.

15. Anda juga boleh menggunakan TV untuk menjelaskan situasi yang mengelirukan atau kompleks, serta menerangkan pendirian anda terhadap isu-isu yang sukar seperti seks, cinta, dadah, alkohol, rokok, kerja, perlakuan manusia dan kekeluargaan

16. Ajar dan didiklah anak anda untuk bertanya dan belajar daripada apa yang mereka tonton di kaca TV

17. Berbincanglah dengan ibu bapa yang lain, doktor kepada anak anda dan guru kepada anak anda tentang polisi menonton TV anak-anak dan rancangan-rancangan TV yang disyorkan oleh mereka.

18. Tawarkanlah pilihan yang lebih menarik kepada anak anda daripada menonton TV. Ajaklah dia bermain board game, bermain sembunyi-sembunyi, bermain di luar rumah, membaca, membuat kraftangan, ataupun mendengar muzik dan menari.

Banyak lagi perkara-perkara menarik yang boleh dilakukan tanpa menonton TV. Oleh itu, tutuplah TV dan nikmatilah masa yang berharga dengan anak anda.


---------------------------------------------------------------------------------

Rujukan:

(1) How TV Affect Your Child, Oleh Mary L. Gavin, MD Steve Dowshen, MD (http://www.kidshealth.org/)