Monday, September 15, 2008

Mencari semangat yang hilang

Salam perantau buat semua

Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah lembayung Ramadhan yang mulia ini

Hari ini sudahpun masuk ke hari yang ke-15 ramadhan..sekejap je masa berlalu. Tup tap tup tap..dah nak abes Ramadhan..pastu..tup tap tup ..dah nak raya pulak..

Tilawah kita camane?ramadhan lak camane?dah mencapai ke objektifnya? tepuk dada..dan tanyalah diri masing-masing...semoga Allah menguatkan kita untuk terus beramal dengan amal-amal soleh, insyaAllah

Baiklah sedikit penerangan tentang gambar-gambar di bawah..
Juadah berbuka puasa pada hari puasa yang ke3..agak grand jugela bagi saya, kerana mahu meraikan kedatangan 2 org tetamu, adik ain & maisarah yg baru sampai ke Holland dari Malaysia. Menu:nasi ayam, kuih puding karamel (maisarah buat), kuih agar2 santan. Pada hari berikutnya, saya mencuba resepi strawberry shortcake (1/2) sebab nak bagi die 2 lapis, so, kek tu dipotong 2..lagipun..sebab takut tak habis..kek ni pun mengambil masa 3 hari untuk menghabiskannya..sebab banyak..

Gambar-gambar lain adalah mengisahkan aktiviti seharian Luqman dan Iqbal di rumah yang cuba bermain hula hup (gelung) dan Iqbal yang sibuk berlatih berjalan dengan menolak kereta permainan itu. Kelihatan abangnya hanya mengawasi latihan adiknya dari jauh. It's time already for Iqbal to walk..since he is already 11 months old..ok Iqbal..cepat2 berjalan, so Ummi tak payah nak dukung awak lagi..ye:)

Oh ya..semalam, saya telah pun menonton filem Sang Murobbi-Mencari Spirit yang hilang, sebuah filem biography mengenai Ustaz K.A Rahmat Abdullah (Syeikh tarbiyah Partai Keadilan Sejahtera). Dilahirkan pada 1953 dan wafat pada 2005, kerana serangan jantung. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Beliau adalah seorang da'ie yang banyak menulis buku-buku dakwah dan menyumbang kepada kepesatan perkembangan dakwah di Indonesia. Buat para dai'e yang sedang mengalami futur, yang ingin mencari semangat yang hilang, amatlah digalakkan menonton filem ini bagi menemukan semula semangat itu..insyaAllah anda pasti menemukannya di dalam filem ini.

Antara mutiara kata yang sempat saya kutip ketika menonton filem ini adalah:
2 perkara yang harus kita ingat adalah:
1. Kebaikan orang lain pada kita
2. Keburukan kita pada orang lain

2 perkara yang harus kita lupakan adalah:
1. Kebaikan kita pada orang lain
2. Keburukan orang lain pada kita

Baiklah, sekian dulu dari saya
Live a meaningful life!

Salam Ramadhan
Wassalam



















2 comments:

Mama said...

kami dirumah dah tengok juga beberapa minggu yang lalu, memang menghiris hati, mama teringat kat kata2nya:
KIta bukan hanya berdakwah tetapi mesti CINTA dakwah, pabila kita cinta dakwah maka kita akan cinta senua orang dan kita akan cinta senua kerja. Lagi satu pesanan kpd isterinya yg sungguh mengesankan mama ialah apabila tanah telah terlalu gersang maknanya hujan akan turun...waduhhhh cucu mama iqbal dah pandai jalan!

Aliya Khair said...

waaah.. napela kak yong slalu ltk gmba2 mknn yg mengiurkn.. sedapnye lahai.. xpe2.. xsmpi sejam lg nk buke.. huhuh..
oh, kite pon dah tgk jugak cite sang murobbi waktu kat sekolah hari tu. tapi tak sempat habeskan plak.. uhuk3.. xpe r. ade mase nnt sambong la tgk..

kirim salam kat luqman ngan iqbal! (heheh,, wlpn derang xkenal kite kan.. xpela, redha je.. ;p)