Wednesday, September 3, 2008

Luqman's birthday bash & Tarhib Ramadhan

Salam

It's already 3rd day of Ramadhan. Cepatnye mase berlalu

Moga2 ramadhan ini dapat dilalui dengan 'Imanan wahtisaban'= Penuh keimanan dan mengharapkan redha Allah..moga2..

Moga2 tercapai objektif ramadhan: 'La'allakum tattaqun'=agar kamu menjadi orang yang bertaqwa..moga2..

Last saturday was Luqman's birthday bash day & Majlis Tarhib Ramadhan (Majlis Menyambut ramadhan)

Majlis dimulai dengan solat Zuhr berjamaah, diikuti dengan sedikit tazkirah dari waleed tentang Ramadhan, dan doa syukur, lalu diakhiri dengan makan2..

Menu Utama (dimasak sendiri oleh tuan rumah tau:)= Nasi Minyak, Ayam Masak Tomato, Acar Timun, Pizza, Puding Cocktail, Cup cakes, Strawberry Shortcakes
Menu tambahan=Mee Goreng mamak (Yan's), Bubur Kacang Merah (Sarah's), Agar2 lapis berwarna-warni (Fiza's), Puding strawberry (Azra's), Murtabak (Zahira's), Chocolate Moist Cake (Yani), Chocolate Cake & Potato Chips (Salmah's), Tembikai (Maryam's), Agar2 sarsi (Aizan's) and others..

Semoga dengan bertambahnya usia Syed Luqman, akan bertambahlah kematangannya dan kesolehannya..insyaAllah..ameen

Gambar2 di bawah adalah gambar2 sekitar majlis birthday & Tarhib Ramadhan itu
Luqman mendapat hadiah yang sangat banyak..nampaknye bertambahlah barang2 yg perlu dikemas oleh umminya..setiap hari..:)

Terima kasih kepada yang sudi datang, yang dekat, mahupun yang jauh..dan membelikan bermacam2 hadiah yang berharga..

















Sedikit celoteh Luqman:

Kisah 1

Pada suatu hari, Luqman baru bangun dari tidur..
Luqman: Ummi...nak tidur atas aeroplane..
Ummi:mane ade aeroplane kat sini..
Luqman: nak tidur atas aeroplane..
Ummi: Ha..tidurlah atas aeroplane tu..
Luqman:Ummi..kita nak naik aeroplane ke?
Ummi: Tak..Luqman saja
Luqman: Luqman naik aeroplane dengan waleed ke?
Ummi:Tak..Luqman saja..

Kisah 2

Pada suatu hari, Luqman mendapati bahawa sarung tilamnya telah ditukar oleh ummi..
Luqman:Ummi, kenape tukar sarung tilam ni?
Ummi:Sebab abang Luqman selalu kencing malam, kenela ummi tukar..
Luqman:Ooh..

Keesokan harinya, Luqman mendapati sarung tilam waleednya pula telah ditukar oleh ummi..
Luqman:Ummi..kenape tukar sarung tilam ni?..waleed kencing malam ke?
Ummi: Taak..ummi tukar sebab sarung ni dah kotor..(sambil menahan gelak)
Luqman:Ooh..

Kisah 3
Pada suatu hari, Luqman sedang asyik bermain dengan helikopter yang dihadiahkan sempena birthdaynya itu..
Luqman:Ummi..Helikopter ni terbang macam 'Housefly' dengan 'Grasshopper' lah ummi..
Ummi:OOh..ye ke..(sedikit kagum..Luqman dah pandai membuat perumpamaan..!!)

Kisah 4
Selepas mandi..
Luqman:Ummi..nak pakai baju baru
Ummi:Kita bukannya nak pergi jalan..tak payahlah pakai baju abru
Luqman:Nak pakai baju baru..nak pakai baju baru..
Ummi:Ha..pakailah..pakai..baju baru tu..
Luqman:Ummi, kita nak pergi jalan ke?
Ummi:Taak..Luqman pakai baju baru saja..tapi kita tak pergi jalan.. (pandai je taktik..nak suh ummi gi jalan dgn die..sabar je lah)

Sekian,
Wassalam

3 comments:

diyanatahir said...

tergelak dengar celoteh si luqman..bijak betul dia, Alhamdulillah....

Aisy Faris & Aisy Fitri said...

happy birhday luqman,,, hope u jadi anak yang soleh , inyaallah

Anonymous said...

salam dr nurul yaqeen...
saya search2 di google, terus bertemu blog ni...

saja nak lepak2 baca kat sini. ;-)

salam dari saya