Thursday, September 18, 2008

2 nice, recommended vids

Salam

2 nice, recommended vids, worth your time watching them:

1. Secret Language of babies (Thanx Najah!)



2. Kun Fayakun (Indonesian Film)



Kun fayakun
www.iLuvislam.com
oleh: lailatulema

'Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.' (Al-Baqarah:117)

Sebuah filem yang penuh dengan pengajaran dan mampu menyentuh hati setiap hamba-hambaNYA yang menginginkan redha dan ampunan rahmat NYA. Ucapan terima kasih pada kak Balqis yang memberikan pautan filem ini, sungguh pada bahagian pertama air mata telah mula bercucuran, melihat kepada zuhudnya keluarga ini lebih-lebih lagi ketua keluarganya,si suami yang memainkan peranan penting membimbing isteri dan anak-anak agar sentiasa berada dalam syariatnya.

Sungguh tiadalah dunia ini bererti tanpa kasih dan redha NYA, lihatlah kembali lampiran perjalanan hidup kekasih kita, baginda Rasulullah s.a.w menolak tawaran malaikat untuk menjadikan bukit sebagai emas begitu juga ketika peristiwa di Thaif kerana hanya mengharapkan redha Allah swt tiada melainkannya,walau betapa lapar mahupun susah hidup baginda tidak sekali baginda berkeluh kesah.

Doa baginda ketika peristiwa Thaif:

'Ya Allah! KepadaMU daku mengadu kelemahan daya upayaku dan kekurangan kekuatanku dan aku diperlakukan sesukanya oleh manusia wahai yang Maha Pengasih Dari Segala Yang Pengasih, Engkau Tuhan bagi mereka yang lemah dan Engkau sahajalah Tuhanku, kepada siapakah Engkau campakkan daku;kepada orang asing yang akan berlaku biadab kepadaku atau kepada musuh yang akan mengawal urusanku? Jika Engkau tidak murka kepadaku maka janganlah Engkau membiarkan daku kerana daku tidak hiraukan apa yang menimpa daku tetapi keafiatanMU ia adalah lebih luas bagiku. Daku berlindung dengan Nur wajah MU yang membawa cahaya dari kegelapan dan mengubah kerja di dunia dan akhirat supaya janganlah kiranya diturunkan kemurkaan dan kehinaanMU kepada daku. Engkaulah yang mempunyai hak untuk mencela atau mencerca daku hingga Engkau redha, tiada adanya dan kekuatanku melainkan denganMU.'

Moga filem ini dimanfaatkan sebagai bahan muhasabah diri terutamnya di bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan yang penuh keampunan dan rahmat dari Ilahi, ayuh sahabat iLuvislam sama-sama kita berikan yang terbaik dan moga istiqamah sehingga bertemu Ramadhan yang seterusnya.

Enjoy!

Salam Ramadhan,
Ky

No comments: