Pada hari sabtu yang lepas, saya telah berpeluang mengikuti suatu seminar kefahaman Islam (Daurah), anjuran PKS (Partai Keadilan Sejahtera) cawangan Netherland. Program ini bertempat di Nijmegen (sebut 'Neymekhen'), yang terletak sejauh 2 jam perjalanan dari Delft. Nijmegen juga terletak bersempadan dengan negara Jerman.
Keesokan harinya, Ahad, saya berpeluang pula mengikuti aktiviti rehlah (outdoor program) yang dianjurkan oleh grup usrah baru saya. Rehlah ini diadakan di Wunderland yang terletak di bandar Kalkar, Jerman. Pada mulanya saya agak risau kerana tidak membawa 'Residen Permit' bersama saya. Tetapi alhamdulillah, saya melepasi sempadan Netherland-Germany dengan mudah tanpa melalui sebarang pemeriksaan sekalipun. Melepasi sempadan itu seakan-akan melepasi sempadan antara Selangor dan Pahang.
Ini kerana, Germany juga termasuk dalam negara eropah yang telah membuat persetujuan - European Union (EU). Oleh itu, mereka yang telah mendapatkan visa memasuki Netherland, dianggap sudah mempunyai visa untuk memasuki negara-negara yang dikategorikan termasuk dalam negara EU. 27 anggota EU adalah Austria, Belgium, Bulgaria, Cyprus, the Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, the Netherlands, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden, and the United Kingdom. Ianya diasaskan pada tahun 1993 melalui Perjanjian Maastricht - Treaty of Maastricht
Ini bermakna, mudahlah untuk saya mengunjungi 27 negara-negara di atas tanpa membuat sebarang visa lain..insyaAllah
Wunderland adalah sebuah taman rekreasi untuk keluarga yang mengandungi 40 jenis permainan. Yuran masuk ialah sebanyak 19.50 Euro seorang termasuk makan dan minum percuma untuk sepanjang hari di sana. Makananya adalah potato chips, air coklat/coke/air suam dan aiskrim yang boleh diambil sebanyak mana yang di mahukan. Saya mendapat diskaun untuk masuk dengan hanya membayar 5 Euro, kerana rakan usrah telah membeli kupon diskaunnya melalui internet.
Iqbal: Assalamualaikum. Saya Iqbal, Syed Iqbal (ala-ala "I'm Bond, James Bond", sambil control hensem)
Nazifah: Saya Nazifah. Bestnya berkenalan dengan awak yang macho ni..huhu
Nazifah: Saya Nazifah. Bestnya berkenalan dengan awak yang macho ni..huhu
Iqbal: Nazifah, maaf ye, saya ada mission yang perlu diselesaikan
Nazifah: Huh, awak nak pergi dah ke?
Nazifah: Saya nak makan jari awakla..nampak macam sedap
Iqbal:Ha..makanla..memang sedap pun jari saya ni..saya dah rasa banyak kali dah
Iqbal:Ha..makanla..memang sedap pun jari saya ni..saya dah rasa banyak kali dah
Iqbal yang tiudur selesa di atas stroller, selama 5 jam, dari pukul 12tgh hingga 5 petang, membolehkan umminya bermain sepuas hati
Grup usrah saya, dari kiri, Ibu Mira, Ibu Diah, Ibu Nona, Ibu Nurul (Saya).
Depan dari kiri: Ibu Evi dan Ibu Fadhilah
Selamat tinggal, Jerman!
********
Happy Belated Birthday Mama!
Selamat menyambut hari ulang tahun ke 52
Semoga panjang umur, murah rezeki
Semoga lebih bahagia, lebih ceria di samping papa tersayang
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya
Terima kasih
kerana telah mengandungkanku
kemudiannya melahirkanku
dan telah bertahan dengan karenahku selama 29 tahun ini
Terima kasih
kerana telah menasihatkanku
di sepanjang kehidupanku ini
kemudiannya mendidikku tanpa mengenal erti jemu
Masih kuingat saat-saat ketika mama mengajarkanku mengaji al-qur'an,
aku menangis kerana tidak mampu membaca Qur'an dengan lancar
tapi alhamdulillah, berkat kesabarannya, aku telah berjaya menghafaz 5 juz dari al-Qur'an
Masih kuingat saat-saat ketika mama menyuapkanku bubur nasi ketika aku demam panas hari sebelum exam PMR. Alhamdulillah, berkat doanya, aku berjaya memperolehi 8A dalam exam PMR tsersebut
Mamaku,
Seorang yang sangat tegas ketika zaman kanak-kanakku
Seorang yang sangat penyayang di zaman remajaku
Seorang yang sangat memahami di zaman dewasaku
Terima kasih mama, atas segalanya
Hanya Allah yang mampu membalas budi dan kasihmu
Buat mama tersayang, terimalah..
There are times only when a Mother's love
Can understand our tears,
Can soothe our disappointments
And calm all our fears.
There are times when only a Mother's Love
Can share the joy we feel
When something we've dreamed about
Quite suddenly is real.
There are times when only a Mother's faith
Can help on life's way
And inspire in us the confidence
We need from day to day.
For a Mother's heart and a Mother's faith
And a Mother's steadfast love
Were fashioned by the Angels
And sent from God above...