Wednesday, June 3, 2009
Hati yang lalai
Assalamualaikum wrt
Sedikit perkongsian pada hari ini
Baru selesai Discussion & Tilawah online bersama beberapa teman2 masdutch
Tilawah & Tadabbur: Al-Anbiya': 1-15
Ayat 1 dan 3, disebut ttg 'lalai'. Diulang 2 x, kalimat yg membawa maksud lalai
Ayat 1: Ghaflah=lalai
Ayat 3: Lahiyah=lalai
Di antara hakikat lalai yang paling membinasakan adalah lalai untuk meneliti hati sehingga hati yang segar bertukar menjadi gersang kemudian berpenyakit sehingga membawa kematian hati.
4 stages kehidupan hati:
1. Hati yg segar
2. Hati yg gersang
3. Hati yg berpenyakit
4. Hati yg mati
Seandainya hati kita mati lantaran kelalaian kita, Ibn Qayyim mengatakan “Anda adalah seorang pembunuh!” Anda telah membunuh hati anda sendiri.
Ibn Qayyim al Jauziyah telah menulis: “Sesungguhnya Allah menjadikan hati adalah untuk ma’rifatullah, mentaati-Nya dan mencintai-Nya. Sekiranya ketiga-tiga perkara ini tidak berlaku maka hati itu sebenarnya telah cacat”
3 Tanda2 hati yg hidup:
1. Ma'rifatullah
2. Mentaati Allah
3. Mencintai Allah
Kematian hati sememangnya biasanya tidak dirasai oleh pemilik hati kecuali mereka yang masih dikehendaki kebaikan oleh Allah SWT. Kematian hati tidak memberhentikan penambahan usia. Kehidupan zahir tetap berjalan cuma hati kita telah berhenti berfungsi. Inilah kematian sebelum ajalnya.
Takutilah hari di mana anda kematian hati tetapi anda tidak menyedarinya. Jasad anda hanya ‘kubur’ yang menyimpan ‘hati yang telah mati itu’
Ubat hati yg lalai:
Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
(Petikan nasyid)
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”
Selamat beramal!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment