Friday, June 13, 2008

Luqman menasihati Iqbal

salam

Ketika saya sedang meng'iron' baju, Luqman telah bermain-main dengan alat penyembur air, sambil menyembur-nyemburkan airnya di merata-rata tempat. Habis basah sebahagian daripada 'ironing board' itu. Saya lalu mensihatinya:

Saya: Luqman, tak soleh main air macam tu. Nanti Allah marah, rasul marah, ummi marah, walid marah, semua orang marah nanti.

Luqman: Ooo..Nanti Allah marah ke?

Saya:Iye..

Luqman: Nanti Rasul marah ke?

Saya: Iye..

Luqman: Nanti Ummi marah ke?

Saya:Iye..(dah 3x cakap bende yg sama..ok..)

Luqman: Nanti Waleed marah ke?

Saya: Iye..

Luqman: Nanti semua orang marah ke?

Saya: Iye..(alhamdulillah..akhirnya da selesai)


10 minit kemudian, Syed Iqbal didapati sedang menggigit-gigit selimut di katil yang berdekatan. Lalu, berlakulah dialog antara Syed Luqman dan Syed Iqbal:

Luqman: Iqbal..tak soleh gigit-gigit selimut macam tu. Nanti Allah marah, Rasul marah, Ummi marah, Waleed marah..Abang Luqman marah..semua orang marah nanti.

Iqbal:Da..da..nyum..nyum..(sambil meneruskan aktivitinya menggigit selimut.

Saya hanya tersenyum mendengar perbualan mereka. Cepat sungguh kanak-kanak ini mempelajari sesuatu dan meniru perbuatan ibu bapanya. Yang paling tak tahan, adalah apabila Luqman turut menyelitkan namanya di dalam list 'orang yang akan marah' itu. Oh ya..Luqman telah mula menggunakan perkataan 'Abang' Luqman dan 'Adik' Iqbal sejak akhir-akhir ini..alhamdulillah..semakin matang nampaknya dia:)

5 comments:

Aliya Khair said...

sesungguhnya, luqman memang sangat pintar dan comel!! huahaha! :D

a passerby said...

kakyong, alang2 kat umah tu, try homeschooling ur kids based on htp://hyusof.com . (cara mak sufiah yusuf ajar anak2 jd genius. hehe die ajar anak die from birth till 5yrs old. peak timing la jugak tu) mane tau balik2 msia luqman n iqbal amik SPM terus ;)

Dr Nurul Yaqeen said...

aliya:adekah like mother like son?hoho

alak:takmolah anak jadi cam sufiah tu.jadi kanak2 normal sudeyy

btw luqman tu bukannye nak blaja dgn ummi die.baru je bukak buku iqra' tu 10 saat, dah sodaqollahul'azim..

Anonymous said...

hahaha cis luqman berani! padan la dok 'dal dal dal' je! hahaha.

ala kakyong tgk je website tuh, kire the true story behind la.. heheh

Anonymous said...

cutelah, anak-anak kak yaqeen tu.