Salam
2 hari lepas, saya menyedari bahawa Iqbal sudah mula mempunyai gigi depannya..(adakah ianya disebut anak gigi?)
Saya: Abang, Iqbal dah ada gigila kat depan ni
Waleed:Oh ye ke..patutla dia suke sangat gigit-gigit barang
Tiba-tiba Luqman menyampuk perbualan kami..
Luqman:Abang Luqman ada banyak gigi..Allah yang bagi
Saya & Waleed:ooh..ye ke..(shock!!)..alhamdulillah..(relief:)
Dalam hati saya:Alhamdulillah..sejuk hati ummi mendengarnya. Moga berkekalan hingga dewasa
*****
78.Yang telah menciptakanku, maka Dia yang memberi petunjuk padaku
79.dan Yang memberi makan dan minum kepadaku
80.Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku
81.dan Yang mematikan aku,kemudian akan menghidupkan aku (kembali)
81.dan Yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat
82.Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh
(Asy-Syuara':78-82)
*****
Demam Euro-Cup sangat terasa di persekitaran kawasan perumahan saya ini. Kebanyakan jiran-jiran saya terdiri dari orang-orang Turki. Maka pada 2 malam yang lepas, ketika pasukan bola sepak Turki mengalahkan pasukan Croatia, suasana menjadi amat bingit dan 'havoc'. Keret-kereta di jalanraya bermain hon tanpa henti. Jiran-jiran keluar rumah lalu bersorak dan berarak di jalan-jalan sambil melaungkan: "Turkiye! Turkiye!". Mereka meniup ?'sangkakala kecil' menunjukkan kegembiraan mereka.
Iqbal dan Luqman yang sedang tidur turut terkejut dari tidur mereka.
Luqman:Ummi, bunyi apa tu?
Saya: Bunyi hon
(10 minit kemudian..iaitu pukul 10.15pm)
Luqman:Ummi, bunyi apa tu?
Saya:Bunyi orang bersorak
(5 minit kemudian)
Luqman:Ummi, bunyi apa tu?
Saya:Bunyi orang main wisel
(Dalam hati:Bilakah anak-anakku ini bisa tidur dgn aman?)
Di luar bilik, waleed sedang asyik menonton perlawanan bola
Saya:Abang, bisingla jiran-jiran ni.Macammana Luqman dan Iqbal nak tidur.Diorang ni fanatik tak bertempatla.Bukannya diorang yang mainpun..dah tu kalaupun Turki menang, bukannye diorang dapat hadiah pun..
Waleed:Eish..banggalah..jadi warga Turki..kalau Malaysia main pastu menang..abangpun nak pasang bendera kat depan rumah kita ni..hoho..Turkiye! Turkiye!
Saya:Dahla..tak payahla abang pulak nak buat bising kat dalam rumah ni.Lagila Luqman dan Iqbal tu tak boleh tidur
Saya dalam hati:Begini rupanya perasaan penyokong bola fanatik..
1 comment:
salam..
ade orang kate.. kalau fikiran selalu berlegar..semuanya dari ALLAH... namenye SKEMA.. tak pon.. ni bakal ustad ni..ataupun.. ataupun..
erm.. sungguh tipical mereka itu..
takut LUQMAN akan terjejas..
jadi.. untuk elak orang asek kate itu~ LUQMAN perlu jadi versatile!!!
hidup luqman..
p/s: baru selesai lawat makam luqman hakim di alex..sebelah je dengan makam nabi danial.. gambar saya selit..di www.myrespons.blogspot.com
Post a Comment