Tuesday, June 10, 2008

Luqman & Buku

Salam

Hari ini, saya terdengar Syed Luqman membaca buku seorang diri. Kebiasaannya, saya yang akan membaca buku dengannya. Tetapi, hari ini, dia dengan sendirinya mencapai buku ceritanya, dan membaca buku itu (baca:mereka cerita sendiri) seorang diri.

Syed Luqman: Pada suatu hari, ada seekor burung,..dia da terbang. (Sambil tangan menunjuk ke gambar burung). Ada seekor pakcik..dia pegi jalan (sambil tangan menunjuk ke gambar orang). Ada seekor rumah..die da roboh (sambil tangan menunjuk ke gambar rumah). Ada seekor kereta..die da langgar lori (sambil tangan menunjuk ke gambar kereta)

Saya hanya tersenyum mendengar penjodoh bilangannya itu..:)
Tidak mengapalah..dia baru berusia 3 tahun..

Hari ini juga, saya telah berjaya menunggang basikal sambil mengendong syed Iqbal dalam 'kanggaroo'..jadi, lebih panjanglah langkah perjalanan selepas ini..insyaAllah

Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

Salam Dr Nurul Yaqeen,
Terima kasih berkongsi info di website yg cantik ini. Terutama cerita anak2 Dr.
Here just some sharing kalau Dr berminat, saya terbaca di satu article, before age 2 or 3 years old, the child see "total words". They do not see "components". Therefore, showing "full words" fits the way the baby's brain sees and learns things.
By the way kalau Dr nak boleh cuba activities melukis, menulis atau belajar buat origami. Tapi dgn syarat anak2 mesti enjoy. Bersila posisi yg terbaik bila melukis dan menulis. Baik itu saja, terima kasih share banyak info disini. Semoga Dr sekeluarga berbahagia selalu disana.
~r/~

Dr Nurul Yaqeen said...

Thanx, anonymous..semoga kita lebih banyak berkongsi kisah dan pengalaman di masa hadapan:)