Sunday, November 2, 2008

Halal Bi Halal, Schiedam

Salam

Just back from Halal Bi Halal event which was held in Schiedam, Netherland, organized by PIP (Pusat Informasi & Pelayanan) PKS (Partai Keadilan Sejahtera)- Netherland.
It's a yearly event that consists of Talkshow and food-fest. Ada juga seorang wakil Dewan Parlimen PKS dijemput menjadi salah seorang ahli panel talkshow itu, Ustaz Hilman Rasyad LC (Dalam gambar, 2 dari kiri).

Antara kata-kata ustaz Hilman yang menarik perhatian saya:

1. PKS adalah sebuah parti yg terdiri dari kelompok manusia yang punya kelemahan dan kekuatan. Ia pasti akan melakukan kesalahan, kerana ianya bukan kelompok para malaikat, tetapi bukanlah kesalahan besar yang berterusan, kerana ianya juga bukan kelompok syaitan. Selagi unsur malaikat lebih banyak dari unsur syaitan, maka selagi itulah PKS akan tetap menjadi sejahtera. Sama-samalah kita berdoa agar unsur malaikat akan sentiasa melebihi unsur syaitan di dalam diri para kader dan pendukung PKS.

2. Lebih baik menyalakan lilin dari menyalahkan kegelapan

3. Proses tarbiyyah harus melahirkan kader yang memenuhi muwassofatnya. Selagi muwassofat itu belum tercapai selagi itulah matlamat tarbiyyah belum tercapai.

"Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah"

~Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya~

Shoutul Harokah










1 comment:

Witty Angel said...

eeee comelnyeeeeeeee!!!!