Salam
Autumn semakin menemui penghujungnya, sementara winter kian menghampiri.
Asar, Maghrib dan Isya' semakin awal..seawal 14.30-Asar, 17.30-Maghrib, 1900-Isya'. Maka ramailah yang mengambil peluang ini untuk mengganti puasa yang tertinggal tempoh hari..:)
Last week, kami sekeluarga ke Antwerp dan Brussels yang terletak di Belgium. Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam menaiki train. Suasana negaranya lebih kurang sama macam di Holland, cuma di sana lebih banyak terdapat bangunan yang diukir dan dibina dengan hasil seni yang halus. More artistics and u can feel the sense of aristocrates there. Masih terdapat bangunan2 seperti castle dan dungeons di tengah2 bandar. And sometime u feel scary too..especially if u're passing by the dungeons during midnight. Banyak terdapat patung2 ukiran, seperti zaman Julius Caesar dahulu.
Belgium terkenal dengan berliannya yang murah..(murahla..kalau menurut pandangan orang europe). But for me..kalau kat malaysia pun tak mampu nak beli..apetah lagi di europe..:)
Terima kasih buat keluarga Abang Mazli & Kak Balqis, juga Saiful Fitri yang sudi menjemput kami sekeluarga dan menumpangkan kami di rumah mereka. Masakan enak semasa open house adalah soto, ayam 'claypot', ditambah dengan 5 pastries dari malaysian chef yang dah 7 tahun menetap di Belgium, Aji. Banyak belajar pasal masakan dari Aji nih.
Terjumpa juga dengan Dr Ashraf, Surgeon yang pernah keje di HKL, sedang further study di Belgium selama 7 bulan.
Secara keseluruhannya, Belgium ni less developed dan less organized compared to Holland. Menurut suami, semakin negara tu terletak di selatan europe, dia akan semakin less developed and less organized (betul ke?:). Tapi cost of living is lower in Belgium. Kalau di Holland, sewa rumah rata-rata 750 euro, tu pun dapat rumah apartmen yg sgt kecil, tapi di Belgium, sewa rumah rata-rata 450 euro untuk rumah 2-3 tingkat yang besar..
Minggu depan, kami akan ke Dusseldorf, Germany pula..
Semakin nak dekat exam, semakin rajin pulakla..husband nak bawa pegi jalan-jalan..sabar jelah. Nak buat camana, pegi jalan pun sebab dia ada symposium dan course di sana, so, alang-alang ke sana, pegi tourla terus..hopefully bolehla study jugak..Alhamdulillah 'ala kulli hal..
3 comments:
i like......
How long did it take to get in Belgium and how much did it cost and was it an exciting experience.
Very good......
Post a Comment