Tuesday, July 8, 2008

My Zomer Camp 2008: Maastricht, Netherland














Pada hari Jumaat(4/7/08)-->Ahad(6/7/08)yang lepas, kami sekeluarga telah pergi ber'camping' di sebuah camping area di Maastricht. Program ini telah dianjurkan oleh PIP PKS Belanda. Ianya adalah program tahunan yang sering dijalankan.

Saya telah berkesempatan bertemu dengan ramai warga indonesia yang telah pun bermastautin di Belanda ini. Terdapat juga 3 orang warga belanda yang turut menyertai camping ini, kerana isteri mereka adalah warga indonesia. Juga seorang warga Morocco, kerana suaminya adalah warga indonesia. Terdapat juga peserta yang datang dari Belgium dan Itali. Saya juga telah dipertemukan dengan sebuah keluarga dari Malaysia: Azizi & Syahila yang tinggal di Utrecht. Luqman telahpun berkawan baik dengan anak-anak mereka:Along, Angah dan Wafi.

Peserta yang datang adalah dari serata ceruk Netherland dan Belgium, seperti dari Den Haag, Delft, Rotterdam, Utrecht, Nijmegen dan Groningen. Kebanyakan peserta sudah pun berkeluarga, tetapi ada juga beberapa orang peserta yang masih single seperti para mahasiswa degree programme.

Alhamdulillah, banyak perkara baru yang didapati. Suatu perkongsian ilmu, pengalaman dan ukhuwwah yang cukup bermanfaat. Semoga segala yang didapati dapat diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.Teringat ketika camping semasa zaman universiti, tetapi kini dalam suasana yang berlainan, kerana telahpun berkeluarga..

Program camping ini bertema 'santai keluarga'. Jadi, acaranya juga adalah santai dan tidak terlalu lasak seperti acara camping biasa.

Antara perkara yang saya paling terkesan adalah doa ketika acara pembukaan majlis:
Antara petikan doa yang saya masih ingat:
Terima kasih, Ya Allah..Kerana mempertemukan kami di sini
Terima kasih..di atas hembusan angin yang maha dingin ini
Sesungguhnya banyak lagi pengharapan-pengharapan kami yang tidak termampu diucap oleh bibir kami..
Dari itu, Kau perkenankanlah setiap degupan harapan kami..
Ameen

Foto keluarga..Luqman missing in the picture..masa ni dia da di atas bas..tak sabar sangat nak naik bas double-decker tu


OK..nak bertolak pulang dah..Iqbal melekat dengan waleed


Kanak-kanak riang setelah mendapat hadiah.Luqman missing in the picture seperti biase.Terus lari balik kat ummi lepas ambil hadiah die


Gambar candid sedang suapkan Iqbal..tak sempat senyum pun..


Para ibu di hari terakhir


Volley lagi..


Giliran ummi pula menunjukkan kejaguhannya bermain volley:)


Waleed menunjukkan ke'hero'annya di padang


Persembahan anak-anak. Tapi Luqman tak join, biaselah..dia dengan perangai anti-sosialnya tu:)


Bahagian sisi camping site


Senam PKS


Tempat Penginapan kaum ibu dan anak-anak semasa camping..Kaum Bapa tidur dalam khemah sudeyy:)

Sedang serve volleyball-senaman pagi!

Subhanallah!Pemandangan di waktu pagi:Hari ke2 Summer Camp


Peserta bapak-bapak sedang tekun mendengar. Cuba cari di mana Abu Luqman?


Acara pembukaan


Dewan makan.Cuba cari di mana saya?..hehe..Saya sedang mendukung Iqbal dengan bag kangaroo sambil mengambil makanan


Khemah siap dipasang


Proses memasang khemah


Peserta bapak-bapak~ada juga mat saleh belanda 2 orang, kerana isterinya orang indonesia


Baru tiba dengan menaiki bus Double-Decker


The Camping Site:T'zinkvioltje, Maastrich, Netherland




Selamat Datang Peserta Summer Camp 2008:Mari Rajut Persaudaraan Menyatukan Visi
~Bangkit Negeriku, Harapan itu Masih Ada~

2 comments:

aniisma said...

Salam Dr,

Sungguh seronok kelihatannya...Semoga Dr sekeluarga sihat sejahtera di sana. Semoga ukhwah sesama Muslim terus terjalin kuat...

"Berpeganglah kamu di tali Allah..."

Salam perkenalan

Syamil Esa said...

salam ky, mantap nye program.. summer camp ktorg lebih kpd pembnaan ukhuwwah.. ni pun umum nye prog.. nnt tame update insyaAllah.. hehe.
oke2 salam.