Sunday, July 27, 2008
Sunday's outing:Wilhelmina Park
Last sunday, we and Amat~Kak Ju's family went out ~cycling~ of course to Wilhelmina Park at Rijswijk, Netherlands
Budak-budak seronok dapat bermain di padang..para ibu dan bapa seronok dapat relax, santai-santai, menenangkan fikiran sambil berbual
Walaupun terdapat juga beberapa mat & minah saleh yang 'berjemur'..namun mereka terletak agak jauh dari 'port' kami
Terdapat ramai juga keluarga-keluarga muslim yang tampak menutup aurat di taman tersebut
Adanya tasik yang sangat luas..menambahkan keindahan taman tersebut. Ditambah dengan kehadiran seorang penjual aiskrim..menambahkan lagi kegembiraan kanak-kanak di situ
Kami pergi dengan menaiki 'gondola'/kereta kecil yang ditarik oleh basikal
A good tadabbur alam activity indeed. Berjalan, melihat dan mentafsir...sounds familiar?
For more pics, click here
Saturday, July 26, 2008
Time to heal
salam
It's already day 7 since luqman had his chicken pox. Alhamdulillah..the rashes are drying up now. kat sini, kalau kene chicken pox, tak semestinya akan demam. Dan budak-budak yg kene chicken pox tak dikuarantin malah digalakkan untuk bercampur dengan budak-budak lain, agar budak2 lain turut mendapat virus ini ketika masih kecil. Kerana, chicken pox yang dihidapi oleh orang dewasa adalah lebih parah dan banyak komplikasinya. Maka, lebih baiklah membiarkan kanak-kanak ini mendapat chicken pox ketika kecil
Luqman merenung refleksi wajahnya di cermin...sambil berkata:"ummi..chicen pots abang luqman ada banyak kat hidung kan"!
walaupun diserang chicken pox, luqman tetap rajin menolong ummi mengemas rumah..hehe..calon menantu yang rajin kan?..huhu..
but..bukan mengemas rumah actually, cume menambah mengotorkan rumah..dan menambahkan kerja-kerja ummi..takpelah..asalkan kamu gembira wahai luqmanku:)
Iqbal hanya memerhati gelagat abangnya, sambil mempelajari tingkah laku si abang..
Tuesday, July 22, 2008
Luqman & chicken pox
salam
Isnin 21/7 :Luqman diserang chicken pox!!
~Sila lihat close up picture yang diambil ketika dia sedang tidur. Being sick, he's so irritable, so tak nak tangkap gambar, sume..asyik nangis2...
~Pagi tadi, bila Luqman bangun dari tidur, die terus lari-lari kat ummi dengan ceria, sambil berkata:"Ummi, chichen pots abang luqman da sembuh!"...sabarlah ye luqman..sabarlah untuk 7-10 hari lagi..moga Allah mengurniakan syifa'Nya kepadamu duhai puteraku..
~kami terpaksa cancel/postpone die punye birthday bash yang supposedly to be done this coming weekend, sebab die perlu dikuarantin..untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain..hopefully, Iqbal is strong enough to resists this virus..
~Kalau sebelum ni, die selalu mandi-manda dengan Iqbal, mulai semalam, dah tak boleh mandi sama-sama dah..
Luqman:Ummi, kenapa abang luqman dah tak boleh mandi dengan Iqbal?
Ummi:Sebab abang Luqman dah kene chicken pox, Iqbal tak kene lagi, jadi kene mandi asing-asing ya..
Luqman:Abang Luqman kene 'chichen pots' ke?
Ummi: Ya
Luqman:Iqbal tak kene 'chichen pots' ke?
Ummi:Ya..
Luqman: Alaa..Abang Luqman nak mandi dengan Iqbal..
(Pastu die nangis-nangis...sian..luqman..kecik2 lagi dah kene menghadapi realiti hidup sebagai seorang pesakit infectious disease yang contagious..)
~Mula-mula kami sangkakan bahawa bintik2 yang timbul pada wajahnya itu adalah kerana gigitan nyamuk..namun begitu, sangkaan kami ternyata meleset apabila keesokan harinya seluruh badannya dipenuhi bintik2 merah..well..eventhough i'm a doctor..paediatrics is not my area..and to err is human, right?
Ahad 20/7:Kami sekeluarga dan juga warga malaysian delft pergi ke rumah Rozie Rotterdam untuk meraikan birthday bash anaknya, Aiman Erasmus Iskandar yang 1st
~Lihatlah 2 sample cupcakes, pertama chocolate muffin yang pahit dan tawar, 2nd, raisins butter muffin yang dibawa..finally..berjaya juga:)
~Gambar bersama di ambil di taman berhadapan rumah Rozie di Rotterdam
Gambar 2 budak memakai baju belang2..haritu juga kami ber'skype' dengan family dari malaysia, kata imang: Kakyong, kenapa derang pakai baju banduan..:)
Ada juga gambar waleed meng'homeschooling'kan Luqman dan Iqbal..gambatte kudasai..waleed!
Yep..Nikmat sihat hanya akan dirasai bila kita sakit
Ingat lagi hadis yang diubahsuai menjadi nasyid Raihan:Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara?
Iqbal juga semakin chubby dan kuat makan. Mengunyah dan menelan apa sahaja yang disuapkan umminya.Dah laju merangkak, sedang giat berdiri dan tengah praktis bertatih dengan memanjat meja makan dan kerusi. Semoga cepat berjalan dan berlari, lalu boleh bermain dan bergumpal dengan abangnya..chaiyyok..Iqbal:)
Haritu, pergi bershopping sambil membawa troli yang diletakkan car seat Iqbal, supaya Iqbal dan Luqman boleh duduk dalam troli shopping tu bersama-sama..akhirnya, tak tau nak letak barang-barang shopping kat mana..
Kini, saya meletakkan banyak gambar-gambar di flickr.com kerana lebih cepat dan senang mengupload banyak-banyak gambar sekaligus..happy viewing!
http://www.flickr.com/photos/22192649@N06/
From Delft, Netherland....with love
-Teru Teru Bozu?..huhu
ps: i'm starting to have 'home sickness' already..kapankah baru bisa kupulang?
Tuesday, July 8, 2008
My Zomer Camp 2008: Maastricht, Netherland
Pada hari Jumaat(4/7/08)-->Ahad(6/7/08)yang lepas, kami sekeluarga telah pergi ber'camping' di sebuah camping area di Maastricht. Program ini telah dianjurkan oleh PIP PKS Belanda. Ianya adalah program tahunan yang sering dijalankan.
Saya telah berkesempatan bertemu dengan ramai warga indonesia yang telah pun bermastautin di Belanda ini. Terdapat juga 3 orang warga belanda yang turut menyertai camping ini, kerana isteri mereka adalah warga indonesia. Juga seorang warga Morocco, kerana suaminya adalah warga indonesia. Terdapat juga peserta yang datang dari Belgium dan Itali. Saya juga telah dipertemukan dengan sebuah keluarga dari Malaysia: Azizi & Syahila yang tinggal di Utrecht. Luqman telahpun berkawan baik dengan anak-anak mereka:Along, Angah dan Wafi.
Peserta yang datang adalah dari serata ceruk Netherland dan Belgium, seperti dari Den Haag, Delft, Rotterdam, Utrecht, Nijmegen dan Groningen. Kebanyakan peserta sudah pun berkeluarga, tetapi ada juga beberapa orang peserta yang masih single seperti para mahasiswa degree programme.
Alhamdulillah, banyak perkara baru yang didapati. Suatu perkongsian ilmu, pengalaman dan ukhuwwah yang cukup bermanfaat. Semoga segala yang didapati dapat diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.Teringat ketika camping semasa zaman universiti, tetapi kini dalam suasana yang berlainan, kerana telahpun berkeluarga..
Program camping ini bertema 'santai keluarga'. Jadi, acaranya juga adalah santai dan tidak terlalu lasak seperti acara camping biasa.
Antara perkara yang saya paling terkesan adalah doa ketika acara pembukaan majlis:
Antara petikan doa yang saya masih ingat:
Terima kasih, Ya Allah..Kerana mempertemukan kami di sini
Terima kasih..di atas hembusan angin yang maha dingin ini
Sesungguhnya banyak lagi pengharapan-pengharapan kami yang tidak termampu diucap oleh bibir kami..
Dari itu, Kau perkenankanlah setiap degupan harapan kami..
Ameen
Foto keluarga..Luqman missing in the picture..masa ni dia da di atas bas..tak sabar sangat nak naik bas double-decker tu
OK..nak bertolak pulang dah..Iqbal melekat dengan waleed
Kanak-kanak riang setelah mendapat hadiah.Luqman missing in the picture seperti biase.Terus lari balik kat ummi lepas ambil hadiah die
Gambar candid sedang suapkan Iqbal..tak sempat senyum pun..
Para ibu di hari terakhir
Volley lagi..
Giliran ummi pula menunjukkan kejaguhannya bermain volley:)
Waleed menunjukkan ke'hero'annya di padang
Persembahan anak-anak. Tapi Luqman tak join, biaselah..dia dengan perangai anti-sosialnya tu:)
Bahagian sisi camping site
Senam PKS
Tempat Penginapan kaum ibu dan anak-anak semasa camping..Kaum Bapa tidur dalam khemah sudeyy:)
Sedang serve volleyball-senaman pagi!
Subhanallah!Pemandangan di waktu pagi:Hari ke2 Summer Camp
Peserta bapak-bapak sedang tekun mendengar. Cuba cari di mana Abu Luqman?
Acara pembukaan
Dewan makan.Cuba cari di mana saya?..hehe..Saya sedang mendukung Iqbal dengan bag kangaroo sambil mengambil makanan
Khemah siap dipasang
Proses memasang khemah
Peserta bapak-bapak~ada juga mat saleh belanda 2 orang, kerana isterinya orang indonesia
Baru tiba dengan menaiki bus Double-Decker
The Camping Site:T'zinkvioltje, Maastrich, Netherland
Selamat Datang Peserta Summer Camp 2008:Mari Rajut Persaudaraan Menyatukan Visi
~Bangkit Negeriku, Harapan itu Masih Ada~
Subscribe to:
Posts (Atom)