Tuesday, May 27, 2008

Du'a in facing difficulties

salam

I hope everyone is in the best of health and in the state of ever increasing iman. The semester is coming to a close and exams are upon some of us. The question is what do we do. Watch the video below and you will see how to get on by exams, this method can be used in every sphere of life. Since many of us are students, this will be very beneficial Inshallah.

After the video is done make sure you memorize the dua. And always remember that Dua (prayer) is the weapon of the believer. The heart needs to beat…and so we stay alive.




Found this from: http://circleofikhlas.wordpress.com/

Wednesday, May 21, 2008

La Tahzan

Assalamualaikum

Beberapa peristiwa sedih telah menimpa beberapa insan yang sangat hampir dengan saya. Bahkan saya sendiri turut merasai kepahitan itu.

"Orang mukmin itu laksana suatu tubuh. Sekiranya salah satu anggota ditimpa penyakit, maka anggota yang lain akan turut berjaga malam kerana menahan sakitnya" (Hadith)

Beberapa petikan dari buku 'La Tahzan', karangan Dr 'Aidh al-Qarni. Moga ini dapat membantu menyembuhkan sedikit sebanyak luka itu

*******

# ##Yakinilah bahawa anda tetap mulia bersama para penerima cubaan!###

Sungguh, betapa banyaknya penderitaan yang terjadi, dan betapa banyak pula orang-orang yang sabar menghadapinya. Maka anda bukan hanya satu-satunya orang yang mendapat cubaan. Bahkan mungkin saja penderitaan atau cubaan anda tidak seberapa bila dibandingkan dengan cubaan orang lain.

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam dugaan)" Al-Baqarah:214

###Solat..solat....###

"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat"
Al-Baqarah:153

Jika anda diliputi ketakutan, dihimpit kesedihan, dan dicekik kerisauan, maka segeralah bangkit untuk melakukan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang. Sesungguhnya, solat itu-dengan izin Allah-sangatlah cukup untuk menyirnakan kesedihan dan kerisauan.


Setiap kali dirundung kesedihan dan kegelisahan, Rasulullah s.a.w selalu meminta kepada Bilal bin Rabbah: "Tenangkanlah kami dengan solat, wahai Bilal" (al-Hadith). Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah s.a.w


### Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung ###

Menyeragkan semua perkara kepada Allah, bertawakkal kepadaNya, percaya sepenuhnya terhadap janji-janjiNya, redha dengan ketentuanNya, berbaik sangka kepadaNya, dan menunggu dengan sabar akan pertolongan dariNya merupakan buah keimanan yang paling agung dan sifat paling mulia dari seorang mukmin.


Dan ketika seorang hamba tenang dan yakin bahawa apa yang terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya hanya kepada Rabbnya, maka ia akan mendapatkan pengawasan, perlindungan, pencukupan serta pertolongan dari Allah

Ketika Nabi Ibrahim a.s dilempar ke dalam kobaran api, baginda mengucapkan, "Hasbunallah wa ni'mal wakil", maka Allah pun menjadikan api yang panas itu dingin seketika.

"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar"
(Ali-Imran:173-174)


Manusia tidak akan pernah mampu melawan setiap bencana, menaklukkan setiap derita, dan mencegah setiap mala petaka dengan kekuatannya sendiri. Sebab, manusia adalah makhluk yang sangat lemah. Mereka akan mampu menghadapi semua itu dengan baik hanya bila bertawakkal kepada Rabbnya. Kerana, jika tidak demikian, jalan keluar mana lagi yang akan ditempuh manusia yang lemah tak berdaya ini saat menghadapi ujian dan cubaan?


Wahai orang yang ingin menyedarkan dirinya, bertawakallah kepada Yang Maha Kuat dan Maha Kaya yang kekuatan amat besar ada padaNya. Jadikanlah "Hasbunallah wa ni'mal wakil" sebagai zikir dan kata-kata yang tulus yang selalu menyelimuti langkah hidup Anda.

"Dan cukuplah RabbMu menjadi Pemberi Petunjuk dan Penolong" (Al-Furqan:31)

### Katakanlah: 'Berjalanlah di muka bumi!' ###

Di antara perkara yang dapat melapangkan dada dan melenyapkan awan kesedihan dan kesusahan adalah dengan berjalan menjelajah negeri dan membaca 'Buku Penciptaan' (Bumi) yang terbuka lebar ini untuk menyeksikan bagaimana pena-pena kekuasaan menuliskan tanda-tanda keindahan di atas lembaran-lembaran kehidupan. Betapa tidak, kerana anda akan banyak menyaksikan taman, kebun, sawah dan bukit-bukit hijau yang indah mempersona.

Keluarlah dari rumah, lalu perhatikan apa yang ada di sekitar anda, di depan mata anda, dan di belakang anda! Dakilah gunung-gunung, jamahlah tanah di lembah-lembah, panjatlah batang-batang pepohonan, teguklah air yang jernih, dan ciumkanlah hidungmu atas bunga mawar! Pada saat-saat yang demikian itu, anda akan menemukan jiwa anda yang benar-benar merdeka dan bebas seperti burung yang berkicau melafazkan tasbih di angkasa kebahagiaan. Keluarlah dari rumah anda, tutup kedua mata anda dengan kain hitam, kemudian berjalanlah di bumi Allah yang sangat luas ini dengan sentiasa berzikir dan bertasbih.

"Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka" (Ali-Imran:191)

### Sabar itu Indah.. ###

Bersabar merupakan ciri orang-orang yang menghadapi pelbagai kesulitan dengan lapang dada, kemahuan yang keras, serta ketabahan yang besar. Kerana itu, jika kita tidak bersabar, maka apa yang bisa kita lakukan?

Bersabarlah kerana Allah! Seberapa pun besar permasalahn yang anda hadapi, tetaplah bersabar. Kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran. Jalan keluar datang bersama kesulitan. Bukankah dalam setiap kesulitan itu ada kemudahan? (Surah Al-Insyirah)

*******

"Innallaha ma'as sabirin"
(Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar) (Al-Qur'an)

Tuesday, May 20, 2008

Petang yang nyaman

Assalamualaikum

Pada suatu petang yang nyaman, Syed Luqman dan Syed Iqbal merasa bosan di rumah, lalu mereka pergi berjalan-jalan di sebuah taman permainan yang berdekatan.

Luqman: Ummi, bosanlah duduk rumah je (Kata Luqman dengan muka yang masam)
Iqbal:Ha'ahla..jomla keluar.Bosanla..da habis satu rumah dah Iqbal explore. I want to surf into something new!

Ummi: OKlah. Jom kita pergi kat Taman Permainan depan rumah tu ye


Luqman: Yes! Boleh main basikal (Secara automatik, raut wajah bertukar menjadi ceria)
Iqbal: Basikal tu apa? (Sambil menunjukkan muka 'blur')


Luqman: Bestnya main bola dengan walid.GOOOOL!


Luqman: Hari ini, secara rasminya saya telah berjaya menunggang basikal tayar 3 dengan hebatnya!

Iqbal:Inilah peluang untuk bermanja-manja dengan walid!

Sekian
Wassalam

Friday, May 16, 2008

People

"If you are kind; people may accuse you of being selfish, having ulterior motives;
Be kind anyway.

People are often unreasonable; illogical and self-centered;
Forgive them anyway.

If you are successful; you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank; people may cheat you;
Be honest and frank anyway.

What you spend years building; someone could destroy them overnight;
Build anyway.

If you find serenity and happiness; they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today; people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have; and it may never be enough;
Give the world the best you've got anyway.

You see, in the final analysis, it is between you and God.
It was never between you and them anyway."

... People, Mother Theresa

*****

There is only one virtue
and one sin for a soul on the path:
virtue when he is conscious of God
and sin when he is not.

Monday, May 12, 2008

Tagged by Zack

salam

Being Tagged by Zack
Walaupun saya terasa agak 'tua' untuk terlibat dalam aktiviti tag-mentag ini, tetapi, disebabkan 'seseorang' telah men'tag' saya, maka saya membuang jauh-jauh perasaan itu..

Enuff about flowers..nanti ada orang bosan..eheh
Keukenhof Part 2..nantila..bile ade mood

Yeap, untuk menulis dalam blog ni, perlu ade T.I.M.E
T:Time
I:Idea
M:Mood
E:Energy

So, yeah.Walaupun malam ni ada usrah online, dan saya tidak hafal lagi hadis yang ke-21, tetapi..ya..saya di sini menghabiskan masa dengan blogging...ya..semoga ada pahalanya..insyaAllah.(Perhatikan saya banyak menggunakan kata 'ya' kerana telah terpengaruh dengan 'accent' indon:)

Malam tadi, Iqbal meragam sebab 'severe abdominal colic' (sakit perut pada bayi). Mungkin kerana tidak serasi dengan makanan nasi blend yang ada perasa cili sedikit..kesian Iqbal.Ummi terlupa blender tu telah digunakan untuk memblender cili pada minggu lepas..

Jadi, malam tadi saya dan suami bergilir-gilir 'stay up' untuk menenangkannya..
Sorry ina, sebab tak dapat buat study group MRCP on-line, maybe tomorrow, insyaAllah we can make it

So,this is it. Tag done by a full time housewife:)

5 presents for myself:

1) Pass MRCP 2a December 2008 (2nd attempt)
2) Pass MRCP PACES 2009
3) Back to Malaysia 2010
4) Ada rumah sendiri 2011
5) Pergi Haji 2012

5 reasons for the above:
1) Taknak jadi kronik MO
2) Nak jadi physician by the time balik Malaysia
3) Taknak duk Holland selama-lamanya, walaupun lifespan org kat sini sampai 82 tahun.Tapi kalo kuarge sume takde kat sini watpe an
4) Taknak duk umah sewa selama-lamanya
5) Nak cepat-cepat completekan Rukun Islam.Tak tau ajal bile kan?

5 impression to the ones that I admire:
1) Penyabar
2) Memahami
3) Beriman
4) Beramal
5) Handsome

Best thing he ever did for me:
Bring me along with him to Holland:)

5 greatest inventions:
1) Buai yang boleh berayun sendiri pakai tenaga elektrik, yang boleh tidurkan Iqbal
2) Bouncer yang ade lagu-lagu, yang boleh tidurkan Iqbal
3) Washing machine. Bayangkan kalo takde..penat deh..nak basuh berbakul2 baju
4) Computer. Takkan nak pakai type writer untuk tulis blog?
5) Internet. Kalo takde camane nak chat dengan kuarge yang jauh dengan harga murah?

So, sekarang tengah tunggu, bilela ade orang nak cipta machine untuk lipat baju, iron baju dan susun baju dalam almari?

5 most hated:
1) Iqbal menangis tak berhenti-henti
2) Iqbal sakit perut
3) Luqman takmo tidur, walaupun dah tengah malam
4) Walid balik keje lewat
5) Tak boleh nak study sebab anak-anak buat hal

Siapa yang saya nak tag?
1. Ina (Adlina)
2. Gadissurat
3. Tame
4. Hikmat
5. Blog readers

Sunday, May 4, 2008

Kenangan Terindah di Keukenhof - Part I
























Bapa mithali. Syed Nuh dan Amad (Jiran)

















OK..ade lagi 100+ gambar untuk diupload. Nak tidur dulu.InsyaAllah akan disambung esok. Ke.. elok letak dalam Facebook je?haha..tapi pakai Facebook pun tak berapa pandai lagi

Friday, May 2, 2008

The Best Hitz of OPICK

Assalamualaikum

Memperkenalkan... 'The Best Hitz of OPICK' - my version :)

Sekarang ini, saya sedang asyik mendengar lagu-lagu nyanyian OPICK
Bagi saya, lagu-lagunya banyak memberi keinsafan dan peringatan buat diri saya

Jadi, untuk memudahkan saya mendengarnya pada bila-bila masa, maka saya pun membuat post ini

Sebelum itu, saya ingin berkongsi satu video istimewa: Untukmu Palestin-Dealova





Menonton video ini, menitiskan air mata saya
Betapa indahnya syahid..
Betapa rindunya kita pada syahid
Betapa mudahnya sahabat-sahabat kita di Palestin mendapatkan syahid
Tetapi kita....layakkah untuk mendapatkan syahid..

Buat sesiapa yang turut berkongsi minat dengan saya, terimalah..

1. Takdir



2. Rapuh



3. Kembali pada Allah



4. Bola Waktu Telah Berakhir



5. Astaghfirullah



6. Taubat



7. Irhamna



8. Alhamdulillah



9. Allahuakbar



10. Kesaksian Diri



11. Ya Rabbana



12. Cukup bagiku



13. Tombo Ati



14. Shalawat Nabi



15. Yang Terindah



16. Nyanyian waktu