Thursday, October 30, 2008

My autumn in Belgium

Salam

Autumn semakin menemui penghujungnya, sementara winter kian menghampiri.
Asar, Maghrib dan Isya' semakin awal..seawal 14.30-Asar, 17.30-Maghrib, 1900-Isya'. Maka ramailah yang mengambil peluang ini untuk mengganti puasa yang tertinggal tempoh hari..:)

Last week, kami sekeluarga ke Antwerp dan Brussels yang terletak di Belgium. Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam menaiki train. Suasana negaranya lebih kurang sama macam di Holland, cuma di sana lebih banyak terdapat bangunan yang diukir dan dibina dengan hasil seni yang halus. More artistics and u can feel the sense of aristocrates there. Masih terdapat bangunan2 seperti castle dan dungeons di tengah2 bandar. And sometime u feel scary too..especially if u're passing by the dungeons during midnight. Banyak terdapat patung2 ukiran, seperti zaman Julius Caesar dahulu.

Belgium terkenal dengan berliannya yang murah..(murahla..kalau menurut pandangan orang europe). But for me..kalau kat malaysia pun tak mampu nak beli..apetah lagi di europe..:)

Terima kasih buat keluarga Abang Mazli & Kak Balqis, juga Saiful Fitri yang sudi menjemput kami sekeluarga dan menumpangkan kami di rumah mereka. Masakan enak semasa open house adalah soto, ayam 'claypot', ditambah dengan 5 pastries dari malaysian chef yang dah 7 tahun menetap di Belgium, Aji. Banyak belajar pasal masakan dari Aji nih.

Terjumpa juga dengan Dr Ashraf, Surgeon yang pernah keje di HKL, sedang further study di Belgium selama 7 bulan.

Secara keseluruhannya, Belgium ni less developed dan less organized compared to Holland. Menurut suami, semakin negara tu terletak di selatan europe, dia akan semakin less developed and less organized (betul ke?:). Tapi cost of living is lower in Belgium. Kalau di Holland, sewa rumah rata-rata 750 euro, tu pun dapat rumah apartmen yg sgt kecil, tapi di Belgium, sewa rumah rata-rata 450 euro untuk rumah 2-3 tingkat yang besar..

Minggu depan, kami akan ke Dusseldorf, Germany pula..
Semakin nak dekat exam, semakin rajin pulakla..husband nak bawa pegi jalan-jalan..sabar jelah. Nak buat camana, pegi jalan pun sebab dia ada symposium dan course di sana, so, alang-alang ke sana, pegi tourla terus..hopefully bolehla study jugak..Alhamdulillah 'ala kulli hal..

Tuhan Beri Aku Cinta(Live) - Ayushita















Wednesday, October 29, 2008

Ya Allah, kurniakanlah shifa'Mu buat mama

salam

syawal telahpun berakhir..
alhamdulillah..sempat juga menghabiskan puasa 6, walaupun termengah2 & last minutes

weekend lepas kami sekeluarga ke belgium kerana ada jemputan open house di sana
(insyaAllah gambar akan menyusul nanti)

sesampainya di Belgium, dapat sms dari tame mengatakan mama masuk ward kerana serangan asthma..hp low battery, credit pun takde..tak dapat nak call/sms masa tu..afwan mama..

alhamdulillah, sekembalinya kami ke holland, dapat message mengatakan mama sedang dalam recovery..bile call rumah, bibik angkat telefon dan mengatakan mama tak boleh nak bercakap sebab sedang rehat..

alhamdulillah..'ala kulli hal..

moga Allah mengurniakan shifa'Nya buat mama
moga serangan asthma kali ini menjadi kaffarah buat mama
agar di akhirat kelak, lebih ringan hisabnya
agar di akhirat kelak, lebih tinggi darjatnya
agar di akhirat kelak, lebih berat timbangan pahalanya

moga kesakitan mama kali ini menjadikan mama seorang yang lebih berjiwa kental
moga kesenangan yang bakal datang nanti menjanjikan 1000 kebahagiaan buat mama

"fainna ma'al 'usri yusra. inna ma'al 'usri yusra"
~maka sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan~
(al-insyirah:5-6)

Semoga dengan datangnya satu kesakitan, bakal diiringi dengan lebih banyak kesenangan yang melimpah ruah

ky masih ingat bagaimana mama dulu pernah masuk wad sebab kene serang asthma, pastu bile keluar wad, mama berjaya siapkan cerpen bertajuk Wad 14..mungkin lepas ni..mama boleh buat satu cerpen atau buku baru pula..:)

InsyaAllah banyak hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian yang mendatang..

Blessings in disguise..

ky hanya mampu mengirim doa dari jauh..
moga mama kuat, redha dan sabar menerima ujian ini

Ya Allah Yang Maha Penyembuh
Kurniakanlah shifa'Mu buat mamaku
Jadikanlah jiwanya tabah menerima ujianMu ini
Jadikanlah hatinya redha menghadapi takdirMu ini
Jadikanlah dadanya pasrah meneruskan hari-harinya yang mendatang

Sebagaimana Engkau tabahkan jiwa Nabi Ayub yang tetap sabar ketika dilanda penyakit
Sebagaimana Engkau kuatkan hati Nabi Yusuf yang redha menerima ujiannya di penjara
Sebagaimana Engkau hiburkan hati Maryam yang pasrah ketika difitnah

Seperti itulah juga..Engkau kuatkan hati dan jiwa mamaku..

KepadaMu kami datang dan kepadaMu kami kembali
Tiada kekuatan melainkan kekuatan dariMu

Hanya kepadaMu tempat kami berharap
Hanya kepadaMu tempat pergantungan yang mutlaq
Wahai Allah yang Maha Agung

Ilahi..
anta maqsudi
wa ridhaka mathlubi
Engkaulah maksud hidup kami
RedhaMu harapan kami


Ameen ya rabbal 'alamin

****

KEMBALI

Munsyid: Tashiru

Kembali - Tashiru

Harapan dari setiap insan
Kesenangan serta ketenangan
Menjalani hidup ini
Tanpa ada cubaan

Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri
Dan ketaqwaan

Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan

Huuuuu…

Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri
Dan ketaqwaan

Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan
Dalam ujian

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongannya

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan
Dalam ujian...

Monday, October 20, 2008

My lil sis

Assalamualaikum

To all my blog readers, meet my lil sis: Aalaa' ..who turned 24 today..

HAPPY BIRTHDAY Aalaa' !!



Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..dan ditemukan dengan jodoh yang soleh..amiin!

About my lil sis..

She's the 4th of our magnificent 7 siblings
She's the lawyer of the family (Kalau die da berhujjah,silakan orang lain semua diam dan angkat bendera putih, ok..:)

She's the slimmest (ade ke perkataan nih?=yg paling kurus)among all the 3 girls of the family
She's the most creative and most artistic among us

We've 3 girls in our family
Me, Aalaa'& Naeemah

This is a story of Aalaa'..

Dialah yang paling ramai kawan di antara kami ber3
Dialah yang paling terer drive di antara kami ber3
Dialah yang 1st memperkenalkan puding karamel dalam keluarga
Dialah yang paling pandai bersosial di antara kami ber3
(Imang and I was like the ulat buku and she's the opposite of it:)
Dialah yang paling pandai bergaya di antara kami ber3
(Her outfit, shoes, handbags, etc..always in-trend and up to date, kalau kami nak bershopping, selalu kene amik advice die)

She's very unique in her very own way
She knows how to express herself properly
She understands other people's emotions perfectly, and knows how to react accordingly

Mase kecik, die pernah diserang oleh seekor lipas yang tibe2 terbang dan hinggap ke badannya ketika dalam bilik air..since then, she is so lipas-phobic

Pernah masuk pertandingan nasyid ketika kecil, dan dapat tempat ke3, ketika majlis penyampaian hadiah, namanya dipanggil: Jalak bt Mohd Esa

Sangat kuat menangis ketika kecil, sehingga dipanggil Alak si kuat melalak
tetapi bile besar..berubah menjadi seorang yang penyabar..:)

Sudah pandai membaca ketika berumur 4 tahun, (the earliest among our siblings)siap boleh baca novel Isabella lagi masa umur 4 thn..

Sejak akhir-akhir ini, sudah rajin pegi usrah..alhamdulillah..:)

Recently graduated form her DSLP programme, and now, she's a lawyer and a peguam syar'ie too



Really really want to further her study overseas..so anyone who can help?

And in the end...she lives happily ever after..insyaAllah..Ameen

To Aalaa' dearie,

Hope your Birthday gently breezes into your life all the choicest of things and all that your heart holds

Semoga di setiap nafas dan detik jantungmu,berada di bawah redha Ilahi..



******

Don't count the days
By the leaves that fall
By the rain that drops
By the thunders that strike

Let's count life
By the rainbows
By the blooming flowers
By the singing birds

Cause life, is precious and meaningful
A gift of Allah, The almighty

G.E.N.E.R.A.T.I.O.N.S
Munsyid : Mirwana

******

And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years

Till death do us apart

Loves, hugs and kisses,

ky
Delft, Holland

Thursday, October 9, 2008

Eid Mubarak

Assalamualaikum

My 1st raya kat oversea. Sangat sedih tanpa keluarga dan sahabat handai di sisi. Pagi2 raya and the previous pagi b4 our raya, and the 2nd day of raya, and the 3rd day of raya try call umah (malaysia), tade org angkat, rupe2nye sume org da balik kg.

Ape-ape pun..alhamdulillah 'ala kulli hal..

Pagi raya, kami sekeluarga solat raya di gymnasium, bersama komuniti Malaysia and Indonesia delft. Sebab kalo solat kat masjid berdekatan, kitorang takkan faham khutbah raya die, sbb derang bg khutbah dalam bahasa turki or dutch

Lepas abes solat raye, kami makan2 di rumah 'penghulu' kami, Amad & Kak Ju. Kakju da prepare rendang daging dan nasi impit. Lepas tu, kami membuat kuih raya 'biskut corn flakes' beramai2 utk dibawa ke open house or 'open huis' di rumah Salmah/Azmi di Leiden

Raya di Holland jatuh pada hari selasa, walaupun kami semua menyangka ia akan disambut pada hari rabu. Even kedutaan besar malaysia dan inbdonesia pun da announce bahawa raya hari rabu. Nasib baik isnin tu, sempat keluar membeli sedikit baju raya dan tudung raya. Ingat nak sambung bershopping lagi keesokan harinya, apekan daya..esoknya da raye. Kami mengetahui berita hari raya itu setelah selesai solat Isya' hari isnin. So, kelam kabutla nak mengkhatamkan qur'an yg tinggal lagi sejuz itu..alhamdulillah dapat mencapai target tilawah qur'an 30 juz beserta terjemahannya.

Baiklah sedikit penerangan tentang gambar2 di bawah

Luqman & Iqbal
kami membuat kuih raya beramai2
kaum ibu malaysia di delft, holland
Bergambar bersama keluarga nazri/sarah
Gambar raya di hari pertama syawal
Gambar dalam train, dalam perjalanan ke open2 house
Gambar di depan shopping complex yang kebetulan sedang sale ketika kami sedang beraya
Di stesen keretapi ketika sedang menukar tren dalam perjalanan ke open house


Eid Mubarak everyone. Taqabbalallu minna wa minkum. Moga Allah menerima segala amal ibadah kita di sepanjang Ramadhan yang lalu. Maaf zahir batin

Wassalam