Monday, April 21, 2008

Gambar-gambar sahaja

Salam

ketiadaan idea untuk menulis. sekadar upload gambar sahaja ya

Request dari mama = gambar-gambar cucu











Luqman beri makan kpd burung


Monday, April 14, 2008

Ladang musim bunga terindah di dunia

Assalamualaikum

Ahad lepas, saya telah berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat lama yang telah 8 tahun tidak bertemu. Mohd Nazim Mokhtar (ex-IIUM Medic 2nd batch) dan keluarganya telah melawat kami ketika mereka dalam perjalanan melancong ke Keukenhof untuk melihat bunga-bunga Tulip yang berkembang. Anaknya, Harith Athazaz berusia sebaya dengan Syed Luqman, iaitu 2 tahun setengah. Sungguh unik namanya. Athazaz bermaksud misteri. Its good to see old friend, to reminisce old memories and to trace down the memory lane. A memorable rendezvous indeed.


Gambar dari kiri: Nazim, Harith Athazaz, Amal Hayati (isteri Nazim), Saya memangku Syed Iqbal, Syed Luqman dan Syed Noh (Suami saya)

Keukenhof adalah tempat yang memang terkenal sebagai ladang tulip di Holland. Seperti mana Cameron Highland terkenal dengan ladang 'Strawberry'nya di Malaysia, seperti itulah Keukenhof terkenal dengan ladang Tulipnya di Holland.

Keukenhof mendapat julukan 'Ladang musim bunga terindah di dunia', atau 'The most beautiful spring garden in the world'. Boleh lihat di sini--> http://www.keukenhof.nl/nm/english.html



Nowhere else
in the world are the flowers and colours of the spring as glorious as at Keukenhof. Here you can find endless inspiration while you relax in the beautiful surroundings of the park. Keukenhof offers you the opportunity to see millions of bulbs in flower, fantastic flower shows and the largest sculpture park in the Netherlands and is the most photographed place in the world. Enjoy the spring!


Saya akan cuba meletakkan gambar-gambarnya dengan lebih banyak, setelah kami melawat tempat tersebut, insyaAllah. (Buat alak & imang, sila control kejealousan anda:)

Selasa dan Khamis lepas, kami sekeluarga menguruskan perihal 'Health check-ups' di Pejabat Kesihatan Delft. Saya dan Syed Luqman telah menjalani X-Ray dada, tetapi syed iqbal terlalu kecil untuk di X-ray kan. Di sana, kami telah berkesempatan bertemu dengan sebuah lagi keluarga yang juga baru sahaja tiba di Holland, kerana bekerja dengan Shell.

Sepanjang minggu lepas, kami cuba mengurangkan kekerapan kami untuk keluar rumah, kerana suami saya telah dilanda demam yang sangat teruk. 2 minggu lepas, anak kedua saya, Syed Iqbal dijangkiti demam panas, dan minggu sebelumnya, anak sulong saya, Syed Luqman dilanda demam panas, batuk dan selsema. Mungkin demam untuk menyesuaikan diri di tempat baru.

Doktor di Holland, tidak seperti doktor di Malaysia. Apabila saya melihat keadaan anak sulong saya, Syed Luqman yang dijangkiti demam batuk selsema berterusan selama 5 hari, ditambah dengan keadaannya yang sering muntah-muntah, membuatkan saya mula risau. Keadaannya yang tidak lalu makan dan minum, serta dirinya yang tidak aktif seperti biasa, membuatkan saya mengambil keputusan untuk memberinya antibiotik. Di sini, untuk mendapatkan antibiotik, ianya memerlukan preskripsi dari doktor.

Kami lalu membawa Syed Luqman ke sebuah klinik swasta. Sesampainya di sana, lebih kurang pukul 11 pagi, kami diberi waktu temujanji untuk datang semula pada pukul 4 petang. "Wah, sungguh leceh. Nak jumpa doktor pun susah. Kalau di Malaysia, pergi saja ke klinik swasta, terus boleh berjumpa dengan doktor, tak payah buat appointment", bisik hati saya.

Kemudian, ketika berjumpa doktor..,

Doktor: Keadaan anak encik ni OK lagi. Nampaknya macam demam virus biasa je. Walaupun tak lalu makan, selagi dia boleh minum susu, tidak perlu risau. Manusia boleh hidup tanpa makan dan minum selama 14 hari. Demam dia ni pun tidak tinggi sangat. Sekiranya suhu badannya belum mencapai 41 darjah Celcius, tidak perlu risau lagi. Demamnya ni baru 4 hari sahaja. Hari pertama demam, dikira sebagai hari 0. Sekiranya pada hari ke5, iaitu esok, dia masih demam, sila datang semula untuk membuat ujian air kencing

Suami: Jadi, tak perlu bagi apa-apa ubat?

Doktor: Ya. Hanya galakkan dia minum susu dengan banyak. Jika suhu badannya mencapai 41 darjah celcius, dan dia tidak mampu untuk menggerakkan tangannya, maka datanglah lagi ke mari.

Saya (Dalam hati) : Mak ai..kalau tangan pun dah tak boleh nak gerak, memang aku terus bawa dia ke jabatan kecemasan di hospital..ok..

Di bandar Delft ini, suasana pada waktu malam, seawal 9 malam, keadaan sudah menjadi senyap sunyi. Pada hujung minggu pula, bandar ini bertukar seperti sebuah bandar mati, kerana ramai orang lebih gemar duduk di rumah.

Masuknya kami ke bulan April, menandakan kedatangan waktu siang yang akan menjadi semakin panjang. Matahari akan terbit seawal 5 pagi, tetapi akan hanya terbenam pada pukul 9 malam. Pukul 9 malam kelihatan seperti pukul 7 mlm. Waktu di jam juga terpaksa diawalkan sebanyak sejam. Syed Luqman pula semakin lewat tidurnya kerana keadaan yang masih 'terang'. Subuh menjadi seawal 5.15 pagi, Zuhur menjadi 1.45petang, Asar menjadi selewat 5.30 petang, Maghrib selewat 8.20 malam, dan Isya' selewat 10.15 malam.

"Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian pendengaran, penglihatan, dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur. Dan Dialah yang menciptakan dan mengembang biakkan kamu di bumi ini dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang mengatur pertukaran malam dan siang. Maka apakah kamu tidak memahaminya?" (Al-Mukminun: 78-80)


Iqbal tersenyum riang di atas 'bouncer' barunya. Bouncer ini boleh 'vibrate' dan mengeluarkan bunyi muzik menggunakan kuasa bateri, sekaligus memudahkan Iqbal untuk tidur, tanpa perlu menggoyang bouncer ini dengan tangan secara manually

Luqman yang tidur kekenyangan setelah puas memakan segala jenis makanan di rumah, seperti wafer coklat, roti, kacang, jemput-jemput dan menghabiskan 3 botol susu dalam masa kurang dari 5 jam. Perhatikan pipinya yang semakin 'chubby'. Mungkin cuaca sejuk menyebabkannya selalu lapar dan berselera untuk makan



'Sesame Street', bertukar menjadi 'Sesamstraat' di Holland

Luqman terpegun melihat kartun kegemarannya turut berada di Holland

Mercedes pun boleh menjadi teksi di sini

Tulip yang masih belum berkembang di jambangan bunga

Jambangan bunga di hadapan Stesen tren di Delft

Bergambar bersama Mdm Dorina. Setelah puas memperkenalkan diri dan asal dari mana, barulah Mdm Dorina ini mengatakan: "I'm no english"...boleh tak begitu..tak faham english rupanya, makcik ni

Iqbal sedang nyenyak tidur dalam stroller

Stroller baru Iqbal

Stesen tren Delft



Tuesday, April 8, 2008

Tentang FITNA di Holland


Salam

Posting ini ditulis bagi memenuhi permintaan ramai. Ramai yang ingin mengetahui tentang kesan filem FITNA ini di Holland, kerana salah seorang ahli parlimennya, Geert Wilders (sila lihat gambarnya di atas) yang menjadi dalang utama kepada penayangan filem pendek ini. Filem ini telah diedarkan di internet pada March 27, 2008 melalui Youtube.

Secara ringkasnya, Perdana Menteri Holland dan kebanyakan masyarakat di sini tidak bersetuju & menentang penayangan filem tersebut. Malah, ada demonstrasi yang dilakukan oleh orang bukan Islam kerana menentang penayangan filem tersebut. Mereka berdemo kerana tidak mahu melihat perpecahan/rusushan/kekacauan yang bakal timbul natijah dari filem ini.

Geert Wilders adalah salah seorang ahli parlimen Holland yang tidak begitu menonjol dari segi bakat dan ketrampilannya. Maka ramai yang membuat spekulasi bahawa tindakannya meluluskan penayangan filem ini adalah sekadar untuk meraih populariti. Seperti mana yang biasa dilakukan oleh orang-orang bermotifkan anti-Islam seperti Salman Rushdie, Amina wadud, dan lain-lain.

Setakat ini, ketika saya berjalan-jalan di sekitar bandar Delft, saya tidak pernah pula terserempak dengan apa-apa demonstrasi atau rusuhan kaum. Masyarakat di sini pun tidaklah menunjukkan aura-aura anti-Islam. Akhbar di Holland pula, saya masih belum mampu untuk membacanya lagi, kerana masih belum menguasai bahasa Dutch.

Pada saya, tidak usahlah kita membuang masa menonton filem FITNA itu, kerana kita sudahpun tahu bahawa motifnya adalah untuk mempersenda-sendakan dan memburuk-burukkan Islam. Tumpukanlah usaha dan pemikiran kita kepada tugas dan tanggungjawab yang lebih besar dan lebih utama, iaitu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Islam.

Menurut seorang sahabat saya yang telahpun menonton separuh daripada filem tersebut, kandungannya adalah ayat-ayat Qur'an yang diputarbelit, dan kebanyakannya adalah mengenai JIHAD yang disalah anggapkan sebagai 'terrorism'.

Daripada menonton filem FITNA tu, baiklah tengok filem ni: http://www.youtube.com/watch?v=hSvyOpk-bIw

dan baca ni:
http://saifulislam.com/?p=1684#more-1684

Sekian. Wassalam

Thursday, April 3, 2008

Hari pertama menjejakkan kaki di Rotterdam



Hari sabtu lepas, kami sekeluarga telah pergi ke bandar Rotterdam. Ia terletak bersebelahan dengan bandar Delft. Di situ terdapat banyak pusat membeli-belah yang menawarkan barangan dengan harga yang murah.

Negara Holland adalah sebuah negara bebas yang membenarkan rakyatnya menagih dadah. Pelik bukan? Terdapat 'starter kit' untuk menjadi seorang penagih dadah yang terancang. Ianya mudah didapati dan dijual dengan harga yang murah.

Kebanyakan penduduk di Holland ini bersifat terbuka tentang Islam. Terdapat seorang rakan saya, melayu muslim dari Malaysia yang sedang menghabiskan pengajian 'master'nya di Holland. Menurut rakan-rakan sekelasnya, inilah kali pertama mereka bertemu dengan seorang muslim. Agak sukar dipercayai, bukan? Namun mereka amat menghormati rakan saya tadi. Ketika mereka ingin mengadakan jamuan, mereka akan bertanyakan pendapat rakan saya tadi dahulu tentang makanan yang ingin mereka hidangkan.

Anak sulong saya, Syed Luqman, semakin petah berkata-kata. Ada suatu ketika, saya amat geram dengan karenah anak kedua saya, Syed Iqbal, lalu memarahinya. Tiba-tiba S.Luqman menegur saya:

S. Luqman: Ummi, jangan marah tau. Ummi baik kan. Ummi jangan marah tau. Nanti walid rotan nanti.

Pada suatu ketika yang lain, ketika memandikannya, S. Luqman menegur walidnya: "walid, mandikanlah elok-elok". Terkedu sebentar suami saya dibuatnya. Agak sukar untuk dipercayai bahawa usianya baru sahaja menginjak 2 tahun setengah.

Syed Iqbal pula sudah mula memakan makanan bayi. Alhamdulillah, seleranya amat baik.

Alhamdulillah, malam tadi kami telah mengadakan majlis 'Housewarming' & baca yasin di rumah baru kami dengan jayanya. Pertama kali saya memasak lauk ayam masak kurma untuk 20 orang. Syukurlah kerana saya turut mendapat bantuan daripada kakak-kakak yang lebih senior. Terima kasih buat kak zura & kak Ju, serta para tetamu yang telah menghadirkan diri ke majlis kami.



Gambar comel Syed Iqbal senyum





Syed Luqman & Syed Iqbal naik motor bersama


S.Luqman & S.Iqbal naik kereta pula


Bergambar di depan sebuah gereja baru


Di depan kedai aiskrim


Di depan gereja lama yang turut merupakan makan William of Orange. Kelihatan gereja lama yang seakan-akan menara yang mempunyai jam di bahagian belakang gambar. Menara yang sudah agak condong itu, tidak lagi digunakan sebagai gereja kerana keadaannya yang sudah semakin condong.


Sedang menunggu giliran di 'gemente'=pejabat imigresen di delft, Holland


Luqman terpegun dengan permainan yang disediakan di tempat menunggu

Gambar terusan di sekitar delft. Kelihatan banyak bot-bot peribadi milik penduduk tempatan. Perhatikan gambar kincir angin di bahagian belakang gambar


Di hadapan World Trade Centre Beurs di Rotterdam



Sedang menunggu makanan untuk lunch di kedai Kebab Turki


Luqman ceria di atas helikopter


di atas tren dalam perjalanan ke Rotterdam


gambar graffitti di stesen tren Rotterdam. Setiap minggu gambar-gambar ini akan bertukar wajah


Luqman di stesen tren Rotterdam



Tram = bas yang bergerak menggunakan tenaga elektrik. Merupakan medium pengangkutan utama di Delft selain basikal


Di stesen tram


Lapisan baju yang pertama sebelum keluar rumah. Pakaian ini dipanggil 'long john'. Memerlukan sekurang-kurangnya 3 lapis baju, untuk Luqman keluar rumah dengan selesa dan selamat