Tuesday, July 8, 2008

My Zomer Camp 2008: Maastricht, Netherland














Pada hari Jumaat(4/7/08)-->Ahad(6/7/08)yang lepas, kami sekeluarga telah pergi ber'camping' di sebuah camping area di Maastricht. Program ini telah dianjurkan oleh PIP PKS Belanda. Ianya adalah program tahunan yang sering dijalankan.

Saya telah berkesempatan bertemu dengan ramai warga indonesia yang telah pun bermastautin di Belanda ini. Terdapat juga 3 orang warga belanda yang turut menyertai camping ini, kerana isteri mereka adalah warga indonesia. Juga seorang warga Morocco, kerana suaminya adalah warga indonesia. Terdapat juga peserta yang datang dari Belgium dan Itali. Saya juga telah dipertemukan dengan sebuah keluarga dari Malaysia: Azizi & Syahila yang tinggal di Utrecht. Luqman telahpun berkawan baik dengan anak-anak mereka:Along, Angah dan Wafi.

Peserta yang datang adalah dari serata ceruk Netherland dan Belgium, seperti dari Den Haag, Delft, Rotterdam, Utrecht, Nijmegen dan Groningen. Kebanyakan peserta sudah pun berkeluarga, tetapi ada juga beberapa orang peserta yang masih single seperti para mahasiswa degree programme.

Alhamdulillah, banyak perkara baru yang didapati. Suatu perkongsian ilmu, pengalaman dan ukhuwwah yang cukup bermanfaat. Semoga segala yang didapati dapat diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.Teringat ketika camping semasa zaman universiti, tetapi kini dalam suasana yang berlainan, kerana telahpun berkeluarga..

Program camping ini bertema 'santai keluarga'. Jadi, acaranya juga adalah santai dan tidak terlalu lasak seperti acara camping biasa.

Antara perkara yang saya paling terkesan adalah doa ketika acara pembukaan majlis:
Antara petikan doa yang saya masih ingat:
Terima kasih, Ya Allah..Kerana mempertemukan kami di sini
Terima kasih..di atas hembusan angin yang maha dingin ini
Sesungguhnya banyak lagi pengharapan-pengharapan kami yang tidak termampu diucap oleh bibir kami..
Dari itu, Kau perkenankanlah setiap degupan harapan kami..
Ameen

Foto keluarga..Luqman missing in the picture..masa ni dia da di atas bas..tak sabar sangat nak naik bas double-decker tu


OK..nak bertolak pulang dah..Iqbal melekat dengan waleed


Kanak-kanak riang setelah mendapat hadiah.Luqman missing in the picture seperti biase.Terus lari balik kat ummi lepas ambil hadiah die


Gambar candid sedang suapkan Iqbal..tak sempat senyum pun..


Para ibu di hari terakhir


Volley lagi..


Giliran ummi pula menunjukkan kejaguhannya bermain volley:)


Waleed menunjukkan ke'hero'annya di padang


Persembahan anak-anak. Tapi Luqman tak join, biaselah..dia dengan perangai anti-sosialnya tu:)


Bahagian sisi camping site


Senam PKS


Tempat Penginapan kaum ibu dan anak-anak semasa camping..Kaum Bapa tidur dalam khemah sudeyy:)

Sedang serve volleyball-senaman pagi!

Subhanallah!Pemandangan di waktu pagi:Hari ke2 Summer Camp


Peserta bapak-bapak sedang tekun mendengar. Cuba cari di mana Abu Luqman?


Acara pembukaan


Dewan makan.Cuba cari di mana saya?..hehe..Saya sedang mendukung Iqbal dengan bag kangaroo sambil mengambil makanan


Khemah siap dipasang


Proses memasang khemah


Peserta bapak-bapak~ada juga mat saleh belanda 2 orang, kerana isterinya orang indonesia


Baru tiba dengan menaiki bus Double-Decker


The Camping Site:T'zinkvioltje, Maastrich, Netherland




Selamat Datang Peserta Summer Camp 2008:Mari Rajut Persaudaraan Menyatukan Visi
~Bangkit Negeriku, Harapan itu Masih Ada~

Sunday, June 29, 2008

The Key To A Man's Heart?





















Salam

"The key to a man's heart is through his stomach"
Ever heard about this?

Bahkan pula, di antara hak-hak seorang isteri terhadap suaminya itu adalah: "Membahagiakan suaminya"

Maka, disebabkan itulah maka, hari ini merupakan hari memasak makanan special

Pagi: Parata's strawberry bun
Lunch: Pizza (Tq to MamaFami's recipe)
Tea Break:Homemade strawberry ice cream
Dinner:Ikan Salmon's soup

Ikan salmon ini sangat sedap rasanya, seperti ikan terubuk rasa 'lemak'nya itu, malah lebih lemak dan lembut lagi, bahkan tulangnya juga sedikit..sedap banget deh..

Pagi semalam, kami sekeluarga pergi membeli barangan dapur di pasar Den Haag, lalu membeli beberapa kilo ikan Salmon dan Mackerel. So, Dinner semalam dah masak ikan Salmon masak kari..sangaaat sedap..so, malam ni ikan salmon masak soup pula..nyummy..nyummy..

Alhamdulillah..di atas segala nikmat dan kurniaanNya yang tidak mampu dihitung

Disertakan resepi pizza dan home made ice cream..untuk dicuba oleh 2 adik perempuan tersayangku yang 'cute'.. Alak & Imang di KL:)..dengan ucapan.."alang2 menganggur tu..bawak2la belajar masak makcik oii..huhu"

Resepi Homemade Ice Cream

Thanx to Yan (http://azreeany.fotopages.com/), sebab sudi ajar buat aiskrim nih..:)
(dapat dalam satu tupperware jugak ni)

Bahan:
2 1/2 cup coffemate creamer
2 cup chocolate milk/strawberry milk (depends nak buat aiskrim perisa apa)
1/2 cup sugar

cara:
mix suma sampai kembang dengan mixer, then masukkan dalam peti ais. Bila dah setengah beku, keluarkan dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu bolehlah tambah apa yang patut, macam syrup strawberry ker, kacang tanah ker... Biarkan sampai beku then makan......yum... yum...

Kat Holland ni, aiskrim..kami tak berani beli, sebab kebanyakan emulsifiernya diperbuat dari bahan-bahan yang mengandungi unsur khinzir.Maka, homemade icecream sajalah pilihan yang ada, kalau tak..kene tunggu lagi 2/3 tahun lagi baru boleh makan ice- cream

Resepi Pizza, saya ambil dari sini:http://mamafami.fotopages.com/?entry=738503

Oh ya, gambar-gambar Iqbal di atas tu, menunjukkan kebolehan Iqbal yang terbaru iaitu, memanjat stroller.Dia sudah mula tidak mahu duduk diam di dalam strollernya itu. Kalau di rumah, habis meja, kerusi mula dipanjatnya, lepas tu nangis-nangis..sebab tak tau nak turunkan diri sendiri lepas tu..

Perasan tak..2 batang gigi kecil Iqbal di gusi depan bawah die..hehe..comel kan..tapi..kalo menggigit masa tengah menyusu tu..tahan je la..kan..:)

Luqman da mula homeschooling. Nampak tak 'My Counting Book' die tu..hehe..moga-moga bila besar nanti..bertukar jadi.."My Accounting Book"..huhu

Ada juga diselitkan gambar doughnut yang telah dibuat..tapi agak 'padat' rasanya..hehe..maybe tepung gandum kat sini lain sikit kot..cewah..salahkan tepung gandum lak..

Ada juga gambar Pizza masa lunch tadi..saya membuat dua tray Pizza, satu dah licin, tinggal lagu 3/4 untuk dihabiskan..boleh makan masa tea break lak

Lagi satu, Luqman da mula terikut-ikut dan meniru kata si Upin-Ipin, antaranya:
~Ni aku punye..
~Ummi, esok puase ke? nak puase..
~Ala..kenapa tak boleh..
~Eh..atok tak puase ke?..ayo..dosa..

Cepat je dapatnye..kalau bende-bende yang kurang berfaedah tu..

OK..sekian sahaja.. laporan dari saya
Till then,
Wassalam

From Delft with Love..
ky

Sunday, June 22, 2008

Luqman & Gigi & Euro-Cup

Salam

2 hari lepas, saya menyedari bahawa Iqbal sudah mula mempunyai gigi depannya..(adakah ianya disebut anak gigi?)

Saya: Abang, Iqbal dah ada gigila kat depan ni
Waleed:Oh ye ke..patutla dia suke sangat gigit-gigit barang

Tiba-tiba Luqman menyampuk perbualan kami..

Luqman:Abang Luqman ada banyak gigi..Allah yang bagi
Saya & Waleed:ooh..ye ke..(shock!!)..alhamdulillah..(relief:)

Dalam hati saya:Alhamdulillah..sejuk hati ummi mendengarnya. Moga berkekalan hingga dewasa

*****
78.Yang telah menciptakanku, maka Dia yang memberi petunjuk padaku
79.dan Yang memberi makan dan minum kepadaku
80.Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku
81.dan Yang mematikan aku,kemudian akan menghidupkan aku (kembali)
81.dan Yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat
82.Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh
(Asy-Syuara':78-82)

*****
Demam Euro-Cup sangat terasa di persekitaran kawasan perumahan saya ini. Kebanyakan jiran-jiran saya terdiri dari orang-orang Turki. Maka pada 2 malam yang lepas, ketika pasukan bola sepak Turki mengalahkan pasukan Croatia, suasana menjadi amat bingit dan 'havoc'. Keret-kereta di jalanraya bermain hon tanpa henti. Jiran-jiran keluar rumah lalu bersorak dan berarak di jalan-jalan sambil melaungkan: "Turkiye! Turkiye!". Mereka meniup ?'sangkakala kecil' menunjukkan kegembiraan mereka.

Iqbal dan Luqman yang sedang tidur turut terkejut dari tidur mereka.
Luqman:Ummi, bunyi apa tu?
Saya: Bunyi hon

(10 minit kemudian..iaitu pukul 10.15pm)
Luqman:Ummi, bunyi apa tu?
Saya:Bunyi orang bersorak

(5 minit kemudian)
Luqman:Ummi, bunyi apa tu?
Saya:Bunyi orang main wisel

(Dalam hati:Bilakah anak-anakku ini bisa tidur dgn aman?)

Di luar bilik, waleed sedang asyik menonton perlawanan bola
Saya:Abang, bisingla jiran-jiran ni.Macammana Luqman dan Iqbal nak tidur.Diorang ni fanatik tak bertempatla.Bukannya diorang yang mainpun..dah tu kalaupun Turki menang, bukannye diorang dapat hadiah pun..

Waleed:Eish..banggalah..jadi warga Turki..kalau Malaysia main pastu menang..abangpun nak pasang bendera kat depan rumah kita ni..hoho..Turkiye! Turkiye!

Saya:Dahla..tak payahla abang pulak nak buat bising kat dalam rumah ni.Lagila Luqman dan Iqbal tu tak boleh tidur

Saya dalam hati:Begini rupanya perasaan penyokong bola fanatik..

Wednesday, June 18, 2008

we're just friends?

salam

nice vids.got this from: http://hairilabubakar.blogspot.com/

about coupling le..of course:)

enjoy!

Tag:Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim


salam

Being tagged by zackyun for the 2nd time..
~Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim (^_^)~

Moga-moga tag ini dapat memberi pencerahan berkenaan usrah, dan lebih ramai yang dapat mengecapi nikmatnya usrah!

Jawab lima soalan mudah (tak payah goreng panjang-panjang);

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
sejak darjah 6..umur 11 tahun..so, dah..18 tahun???
eh..ke sejak baby..sebab selalu ikut mama dan papa pegi usrah derang?..huhu

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
sebab sekolah al-amin kan..so memangla wajib pegi usrah, kalo tak, nanti pengawas catit nama..

tapi..usrah yg betul2 ikut sbb kesedaran sendiri, sejak 1st yr matrik, lepas pegi tamrin 'Kursus Kepimpinan dan Pembangunan Nuqaba' anjuran JIM IPT.Mase tu KARISMA takde lagi

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
panjang jawapan untuk soalan ni
secara ringkasnya, untuk mencari MARDHATILLAH

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
1.Tenang
2.Lebih bersemangat
3.Yakin dengan Islam

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
1.Kesegaran iman
2.Keindahan Islam
3.Kenikmatan ukhuwwah
4.Istiqamah di atas jalan dakwah
5.Perkongsian ilmu dan pengalaman

Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

sape yang saya nak tag eh?
1.imang
2.alak
3.mama
4.tame
5.dr ina (u must do this, regardless the TIME that u have, okay:)
6.uswah kd
7.auntie dayat
8.maimunah kd
9.najah farahin(raiyanz:)-my penpal since standard 6
10.kak najat (ucuu najat)-my mirc chat pal since matric years:)
11.my mysterious but friendly GUEST in my shoutbox:)
12.all those silent readers yang nak buat tag ini

To my UPMKL usrah group: u're the best usrah group that i've ever had

~may Allah bless~

Homeschooling for the 2 boys


salam

thanx to our cunning lawyer..Alak, prince Luqman and prince Iqbal are now homeschooling. sekolah telahpun bermula semalam huhu..:)

Kurikulum semua diambil secara copy-paste-print dari website nih:
http://www.letteroftheweek.com/Preparatory.html

so, kepada sesiapa yang know nothing about child education and nak cepat mula dan jimat duit..hehe..blehle cube pakai info dari website nih..

tapi, adela yg diubahsuai sikit mengikut kesesuaian.tambah mata pelajaran huruf2 hijaiyah dengan hafal surah2 pendek, dan nursery rhyme ditukar kepada nasyid2 islami

setakat ni, luqman da belajar pasal Allah,cow,calf,huruf A, square, nasyid anak nabi kite ade 7 orang

Iqbal, baru diajar sign language tentang BATH, BED

alhamdulillah..nampaknye derang seronok belajar.sampai ummi yang penat..tak larat nak mengajar

Ummi:dahlah ye luqman..kite rehat pulak..
Luqman:Luqman nak laja..(belajar)

alhamdulillah..semoga semangat cintakan ilmu ini berkekalan hingga ke besar..
tapi, tataula..samada derang akan jadi 'prodigy' cam sufiah and her siblings tu kan..huhu
ape2hal pun..its a good exposure for them and for me..

~may Allah bless~

Friday, June 13, 2008

Luqman menasihati Iqbal

salam

Ketika saya sedang meng'iron' baju, Luqman telah bermain-main dengan alat penyembur air, sambil menyembur-nyemburkan airnya di merata-rata tempat. Habis basah sebahagian daripada 'ironing board' itu. Saya lalu mensihatinya:

Saya: Luqman, tak soleh main air macam tu. Nanti Allah marah, rasul marah, ummi marah, walid marah, semua orang marah nanti.

Luqman: Ooo..Nanti Allah marah ke?

Saya:Iye..

Luqman: Nanti Rasul marah ke?

Saya: Iye..

Luqman: Nanti Ummi marah ke?

Saya:Iye..(dah 3x cakap bende yg sama..ok..)

Luqman: Nanti Waleed marah ke?

Saya: Iye..

Luqman: Nanti semua orang marah ke?

Saya: Iye..(alhamdulillah..akhirnya da selesai)


10 minit kemudian, Syed Iqbal didapati sedang menggigit-gigit selimut di katil yang berdekatan. Lalu, berlakulah dialog antara Syed Luqman dan Syed Iqbal:

Luqman: Iqbal..tak soleh gigit-gigit selimut macam tu. Nanti Allah marah, Rasul marah, Ummi marah, Waleed marah..Abang Luqman marah..semua orang marah nanti.

Iqbal:Da..da..nyum..nyum..(sambil meneruskan aktivitinya menggigit selimut.

Saya hanya tersenyum mendengar perbualan mereka. Cepat sungguh kanak-kanak ini mempelajari sesuatu dan meniru perbuatan ibu bapanya. Yang paling tak tahan, adalah apabila Luqman turut menyelitkan namanya di dalam list 'orang yang akan marah' itu. Oh ya..Luqman telah mula menggunakan perkataan 'Abang' Luqman dan 'Adik' Iqbal sejak akhir-akhir ini..alhamdulillah..semakin matang nampaknya dia:)

Tuesday, June 10, 2008

Luqman & Buku

Salam

Hari ini, saya terdengar Syed Luqman membaca buku seorang diri. Kebiasaannya, saya yang akan membaca buku dengannya. Tetapi, hari ini, dia dengan sendirinya mencapai buku ceritanya, dan membaca buku itu (baca:mereka cerita sendiri) seorang diri.

Syed Luqman: Pada suatu hari, ada seekor burung,..dia da terbang. (Sambil tangan menunjuk ke gambar burung). Ada seekor pakcik..dia pegi jalan (sambil tangan menunjuk ke gambar orang). Ada seekor rumah..die da roboh (sambil tangan menunjuk ke gambar rumah). Ada seekor kereta..die da langgar lori (sambil tangan menunjuk ke gambar kereta)

Saya hanya tersenyum mendengar penjodoh bilangannya itu..:)
Tidak mengapalah..dia baru berusia 3 tahun..

Hari ini juga, saya telah berjaya menunggang basikal sambil mengendong syed Iqbal dalam 'kanggaroo'..jadi, lebih panjanglah langkah perjalanan selepas ini..insyaAllah

Wassalam