Wednesday, March 5, 2008

Hari Sukaneka di tadika






























Hari ini adalah hari sukaneka Tadika Nurul Iman, iaitu tadika di mana anak sulong saya, Syed Luqman bersekolah. Kami tiba agak lewat pagi tadi, namun Luqman masih sempat menyertai acara yang dirancangkan untuknya. Luqman mengambil bahagian di dalam acara 'lompat dalam gelung'. walaupun dia tidak berapa mahir dalam acara tersebut, namun dengan bantuan guru kelasnya, dapat juga dia menyudahkan permainan tersebut.

Selaian itu, dia turut mengambil bahagian di dalam acara lumba lari. Pada awalnya, dia agak keberatan untuk menyertai semua acara-acara tersebut, kerana mahu duduk bersama saya. Namun, setelah saya berjanji untuk mengambil gambar-gambarnya ketika beraksi, maka dia pun bersetuju untuk menyertai semua acara-acara yang telah disusun untuknya. Di pertengahan permainannya, tiba-tiba dia keluar secara mengejut dari padang kerana tidak mahu bermain. Saya berasa sangat pelik dengan kelakuannya itu. Pada mulanya saya menyangka bahawa dia sekadar mengada-ngada sahaja. Namun, kedatangan sepupunya, Aiman Hakimi menjelaskan segala-galanya.

Aiman Hakimi: Maklong, Luqman buang air besar

Saya: Ooo..patutla..

Luqman: Ummi..nak cuci..

Saya: Ok..jom

Maka, setelah menyelesaikan urusan peribadinya itu, Luqman kembali bermain dengan riang. Pada akhir sesi sukaneka tersebut, kesemua peserta mendapat hadiah yang sama, tanpa mengira menang atau kalah. Kegembiraan jelas terbayang di wajah masing-masing. Kalah atau menang tidak penting bagi mereka. Yang penting adalah mendapat hadiah. Itulah keindahan menjadi kanak-kanak. Tiada rasa dengki atau iri hati, dan tidak wujud perasaan untuk cuba menjatuhkan antara satu sama lain. Di saat itu, saya juga terasa seperti ingin menjadi kanak-kanak semula. Indahnya menjadi kanak-kanak, kerana tidak perlu risau tentang permasalahan-permasalahan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Juga tidak perlu membuat sebarang keputusan yang mempunyai implikasi yang besardalam hidup. Namun, apabila mengingatkan peperiksaan-peperiksaan yang perlu saya lalui semula nanti, maka dengan sendirinya hasrat itu mati di situ juga.

Syed Iqbal juga tidak meragam, malah menyaksikan permainan abangnya dengan penuh konsentrasi. Mungkin ingin belajar teknik-teknik permainan tersebut, bagi persiapan dirinya pada masa hadapan. Hanya 2 orang ibu dan 2 orang bibik yang turut hadir menyaksikan sukaneka tersebut. Kemungkinan ramai ibu-ibu murid-murid tadika ini bekerja.

Setelah itu, kami dijamu dengan hidangan yang lazat, iaitu Nasi Lemak dan Mee Goreng. Luqman makan dengan berselera sekali, sambil disuap oleh guru kelasnya 'Teacher Norina'.

Setelah selesai menjamu selera, Syed Iqbal mula menuntut haknya. Dia mula meragam walaupun sedang didokong dan dipeluk oleh saya. Setelah menyusukannya, dia pun tidur dengan lenanya.

'Teacher Norina' ada bertanya saya tentang rawatan untuk 'Impaired Glucose Tolerance' (IGT), iaitu suatu keadaan yang cenderung untuk mendapat Diabetes Mellitus (DM), tetapi belum sampai ke tahap itu lagi. Fasting Blood Sugarnya(FBS) adalah 5.6, sementara 2HPP (Hours Post Prandial) adalah 8. Jadi, menurut Clinical Guideline, dia perlu mengawal pemakanannya, bersenam dan mengamalkan cara hidup sihat. Sekiranya setelah 3 bulan, keadaannya tidak berubah, ditambah pula dengan risk factors yang lain seperti Hypertension dan Hypercholesterolemia dan family history of Diabetes, maka barulah dimulakan rawatan ubat-ubatan ke atasnya.

Well, a doctor is still a doctor, eventhough she's on her leave. Keadaan seperti ini juga akan berlaku jika saya pulang bercuti di kampung, terutamanya pada hari raya, di mana semua orang akan berkumpul. Pada masa itulah, saya seperti sedang membuka klinik OPD (Out Patient Department). Ramai sanak saudara akan bertanyakan tentang penyakit masing-masing.
Pakcik Mat: Kak Yong, nak tanya sikitlah. Pakcik mat baru-baru ni ada makan ubat untuk turunkan kolesterol. Tapi lepas tu badan pakcik jadi sakit-sakitlah. Kenapa ye?

Saya: Oh..pakcik, antara side effects ubat anti kolesterol tu memang sakit-sakit badan. Ia dipanggil myalgia. Tapi kalau dah sampai peringkat yang teruk, iaitu Rhabdomyolysis, suatu proses di mana muscle kita dimusnahkan. Maka ubat tu perlu diganti dengan ubat anti-kolesterol jenis lain.
Mak Ngah: Kakyong, mak ngah punya penyakit DM ni, doktor kata dah kene start insulin dah. perlu ke start insulin, kakyong rasa? Makngah takutla inject-inject ni.
Saya: Mak ngah, kalau doktor mak ngah kata dah kene start insulin tu ,maknanya memang kena pakai insulin dah mak ngah, sebab kandungan insulin dalam badan mak ngah dah tak mencukupi untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Kalau mak ngah tak ambil insulin, tak dapat nak control gula dalam darah, dan akan menyebabkan berbagai-bagai lagi komplikasi yang bahaya. Sekarang ni, kita dah ada jarum injection untuk insulin yang sangat halus dan tak sakit. Ia juga mudah dibawa ke mana-mana dan senang untuk adjust dose insulin dia.

Pak Long: Kak Yong, Pak Long punya ibu jari kaki ni, selalu sakit-sakitla. Kalau makan daging, dia jadi lagi sakit, sebab apa ye?
Saya: Oo..mungkin Pak Long ada penyakit Gout ni. Pak long kene cuba elak/kurangkan makan yang ada banyak protein dan purines, seperti daging, hati, pedal, yis, cendawan, bayam, cauliflower dan banyakkan minum air, dan makanan yang sihat dan seimbang. Kurangkan berat badan dan bersenam pun boleh membantu. Tapi, kalau sakit macam ni berterusan jugak, kene start makan ubat untuk Gout.
Berbalik kepada topik hari ini, iaitu sukaneka. Saya ada membuat sedikit pembacaan di internet tentang kanak-kanak dan riadhah (exercise).

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga perlukan riadhah. Kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya sejam sehari untuk mereka melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Aktiviti riadhah yang konsisten akan membantu kanak-kanak:

- mengurangkan stress dan tekanan yang dihadapinya
- merasa senang dan gembira terhadap diri sendiri
- lebih bersedia untuk belajar di sekolah
- mencapai berat badan yang ideal dan sihat kerana riadhah membantu mengawal lemak dalam badan
- membina dan memelihara tulang, otot dan sendi yang sihat dan kuat
- tidur dengan lebih nyenyak pada waktu malam
- mengurangkan risiko untuk mendapat type 2 diabetes
- mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol yang tinggi
- mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap kehidupan

Kanak-kanak berumur antara 2 -3 tahun masih dalam proses mempelajari asas-asas pergerakan. Iaitu asas-asas seperti berjalan, berlari, menendang, dan membaling. Kanak-kanak pada usia ini, secara semulajadinya adalah sangat aktif. Maka, berilah peluang untuk anak anda berlatih dan membina kemahiran pergerakan mereka. Dengan menggalakkan anak anda bermain, anda sebenarnya sedang membantu anak anda untuk menjadi seorang yang sihatdan cerdas pada masa sekarang dan juga akan datang.
Berapakah masa riadhah yang mereka perlukan?
Menurut 'National Association of Sports and Physical Education' di US, setiap hari, kanak-kanak (2-3 tahun) ini perlukan:
- 30 minit aktiviti fizikal yang tersusun (diawasi oleh orang dewasa)
- 60 minit aktiviti fizikal bebas (permainan bebas)
- masa ketidak- aktifan yang sebentar iaitu tidak lebih dari sejam(kecuali untuk tidur)
Perkara yang paling penting ialah untuk anda menggalakkan anak anda menjadi aktif dengan menyediakan sebanyak ruang yang mungkin untuk anak anda membina kemahiran-kemahiran pergerakannya, di dalam persekitaran yang selamat.

Tips Riadhah yang Sihat & Menyeronokkan untuk Keluarga

1. Berjalan, bermain, mengembara di kawasan belakang rumah, atau pun menggunakan kemudahan-kemudahan permainan dan riadhah di taman permainan yang berdekatan
2. Berjalan seperti penguin, melompat seperti katak, atau meniru pergerakan haiwan-haiwan yang lain
3. Duduk berhadapan antara satu sama lain. Kemudian, gerakkan badan ke hadapan dan ke belakang sambil menyanyi "Row, row, row your boat."
4. Bongkokkan badan sambil menyentuh tanah. Gunakan tangan anda untuk berjalan ke hadapan, seperti ulat bulu.
5. Jadikan diri anda seperti jambatan dan suruhlah anak anda merangkak di bawahnya
6. Permainan 'Ikut arahan ketua'
7. Mendengar muzik dan menari bersama
Bnayak lagi permainan-permainan lain yang anda boleh reka sendiri ataupun biarkan anak anda yang menciptanya.
Kanak-kanak yang aktif cenderung untuk terus aktif sepanjang hayat mereka. Badan yang sihat akan meninggikan jati diri (self-esteem), membantu mendapatkan berat badan yang sihat dan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit serius seperti, Tekanan Darah Tinggi (Hypertension : HPT), Kencing Manis: DM dan serangan jantung.
Selamat beriadhah bersama anak-anak anda!
___________________________________________________________
Rujukan:

Anak-anak adalah cahaya mata


Anak ke-2 saya, Syed Iqbal, kini berusia 4 bulan. Alhamdulillah, dia semakin membesar dengan sihat. Walaupun kadangkala dibuli oleh abangnya yang 'overprotective', namun dia tetap ceria. Kadangkala sahaja perangainya menjadi over manja, iaitu apabila lapar, mengantuk, lampin basah, tidak sedap badan dan keseorangan. Melihatkan wajah comelnya sahaja membuatkan hati saya terasa tenang, damai dan bahagia.

Anak-anak adalah Qurratu a'yun iaitu penyejuk mata (dalam bahasa arab). Ketika saya sedang dalam keadaan tertekan, contohnya ketika berada di dalam dewan peperiksaan baru-baru ini, menduduki peperiksaan MRCP UK ( Ia adalah suatu peperiksaan standard yang berpusat di UK, untuk menilai samada seseorang doktor itu layak menjadi doktor pakar atau tidak). Pada saat yang sungguh getir itu, ketika sedang menunggu kertas soalan diserahkan kepada para calon, peluh sejuk mula memercik keluar dari tubuh.

Pada ketika itulah saya memejamkan mata dan membayangkan wajah-wajah comel mereka. Terngiang-ngiang di telinga saya, suara manja mereka memanggil : "Ummi! Ummi!". Sungguh indah dan tidak tergambar rasanya perasaan saya pada waktu itu. Lebih indah daripada suasana ketika melihat matahari terbenam di ufuk timur. Lebih nyaman daripada hembusan semilir bayu timur laut. Alhamdulillah, ketenangan yang dikecapi itu membolehkan saya menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan lulus dalam peperiksaan tersebut.

Begitulah anugerah dari Allah Ar-Rahman, Yang Maha Pengasih. Dengan sifat pengasihnya itu, Dia menganugerahkan perasaan rahman ini kepada semua ibu. Sebab itulah kita sering mendengar ungkapan: "Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak tidak boleh menjaga seorang ibu".

Doa kita pada hari ini:
"Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina, qurrata a'yunin, waj'alna lilmuttaqina imama"
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami, pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata, dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang-orang bertaqwa

Mesej untuk dibawa pulang pada hari ini:
Sayangi anak anda & Kasihi ibu anda

Selamat berkasih sayang!


Tuesday, March 4, 2008

Televisyen & kanak-kanak


Tabiat buruk anak sulung saya, Syed Luqman yang berusia 2 tahun 9 bulan yang masih tidak dapat dibendung ialah kegemarannya menonton televisyen secara berlebihan.

Kadangkala kelihatan seperti dia sudah ketagihan dengan televisyen, terutamanya dengan rancangan-rancangan kegemarannya di siaran PHDC (Playhouse Disney Channel). Antara kartun kegemarannya adalah 'Thomas & his friends', 'Clifford' dan 'Make Way For Noddy'.

Waktu menonton televisyennya akan bermula dari pukul:

9.30 malam: Thomas & his friends
10.00 malam: Sagwa The Cat
10.30 malam: Make Way For Noddy
11.00 malam: Clifford

Saya: Luqman, jom masuk tidur, sayang dah pukul 11 malam ni, dah lewat dah
Luqman: Sekejapla, nak tengok cerita anjing dulu..
Saya: Luqman kan dah tengok TV lama dah, jomlah tidur pulak
Luqman: Nak tengok cerita anjinglah..tak mahu tidur
Beginilah dialog antara saya dan anak saya setiap hari

Jadi, hari ini saya ada membuat sedikit bacaan tentang kesan televisyen terhadap kanak-kanak.

Menurut kajian yang dibuat oleh American Academy of Pediatrics (AAP), kanak-kanak di US (United States) menonton televisyen sebanyak 4 jam sehari - walaupun menurut Buku Panduan AAP (AAP guidelines), kanak-kanak berumur melebihi 2 tahun tidak boleh menonton televisyen lebih dari 1 hingga 2 jam sehari

Menurut buku panduan itu juga, kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun tidak boleh menonton skrin langsung (TV, DVD atau videotapes, computers, dan video games) . Ini kerana, tempoh 2 tahun pertama, adalah tempoh yang paling kritikal dalam perkembangan otak kanak-kanak.
TV boleh mengganggu proses pembelajaran, masa bermain dan masa untuk mereka berinteraksi dengan ibu bapa serta persekitarannya. Sedangkan pada masa bermain itulah, kanak-kanak mengembangkan kemahiran dan pengetahuannya untuk membesar secara sihat dari segi kognitif(pemikiran), fizikal, sosial dan emosi.

Menonton televisyen dengan kadar yang sederhana adalah baik. Kanak-kanak peringkat tadika boleh belajar mengenal huruf-huruf alphabet , kanak-kanak sekolah rendah boleh belajar mengenai hidupan liar dalam rancangan bercorak dokumentari, ibu bapa boleh mengikuti perkembangan semasa melalui rancangan berita.
TV merupakan alat yang boleh mendidik dan menghiburkan, tiada keraguan tentang itu. Namun begitu, menonton TV secara berlebihan boleh memudaratkan.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menonton TV lebih dari 4 jam sehari lebih cenderung untuk mendapat masalah berat badan yang berlebihan (overweight)

Kanak-kanak yang menonton rancangan-rancangan bercorak ganas, seperti penculikan, pembunuhan atau pembunuhan, cenderung untuk mempercayai bahawa dunia ini adalah suatu tempat yang menakutkan, dan sesuatu yang buruk akan menimpa diri mereka.

Kajian juga menunjukkan bahawa TV seringkali menekankan tentang peranan jantina dan ciri stereotype perkauman.

Oleh itu, sangat penting bagi para ibu bapa untuk mengawasi kandungan program TV dan menghadkan jangkamasa yang tertentu untuk menonton TV. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa anak-anak mempunyai masa untuk membuat aktiviti lain seperti bermain bersama rakan-rakan, bersenam dan membaca

Tips Tabiat Menonton TV Yang Sihat Bersama Anak-anak

1. Hadkan masa menonton TV

2. Penuhkan ruang menonton TV dengan bahan-bahan seperti buku, majalah kanak-kanak, permainan, puzzles, board games, dan sebagainya. Ini akan menggalakkan anak anda melakukan sesuatu yang lain selain daripada menonton TV

3. Pastikan TV tidak berada di dalam bilik anak anda

4. Pastikan TV ditutup ketika waktu makan

5. Jangan membenarkan anak menonton TV ketika melakukan kerja rumah

6. Jadikan TV sebagai suatu ganjaran yang perlu diperolehi-bukan sebagai hak yang berhak untuk didapati. Beritahu anak anda bahawa mereka boleh menonton TV hanya setelah semua kerja rumah dan kewajipan yang lainnya disiapkan dan dilaksanakan.

7. Cubalah mengharamkan TV pada hari-hari biasa. Kerja sekolah, aktiviti bersukan dan tanggungjawab kerja menjadikan waktu bersama keluarga sukar untuk ditemui. Rekodkan rancangan TV yang disiarkan pada hari-hari biasa untuk ditonton semula pada hujung minggu. Atau jadikanlah agenda menonton TV sebagai agenda di hari minggu sahaja. Anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga seperti ketika makan, melakukan aktiviti-aktiviti fizikal atau membaca di sepanjang minggu.

8. Tunjukkanlah contoh yang baik, dengan menghadkan masa anda sendiri menonton TV

9. Periksalah senarai rancangan TV dan kandungan programnya sebelum anda sekeluarga menonton rancangan tersebut. Pilihlah rancangan yang sesuai untuk perkembangan anak-anak dan rancangan yang tidak berunsur ganas yang menekankan tentang isu dan nilai kekeluargaan. Rancangan yang menimbulkan minat untuk belajar, yang mencungkil hobi/bakat seperti membaca, sains, dan lain-lain juga amat bagus untuk ditonton bersama

10. Periksa dahulu program yang akan ditonton oleh anak anda sebelum mereka menontonnya.

11. Buatlah satu jadual menonton TV yang dipersetujui oleh semua, pada setiap minggu. Kemudian, tampalkan jadual tersebut di tempat yang mudah dilihat seperti di pintu peti sejuk ataupun tempat-tempat lain di dalam rumah, supaya semua orang mengetahui apakah rancangan-rancangan TV yang boleh dilihat dan masa yang dibenarkan untuk menontonnya. Pastikan TV ditutup setelah rancangan yang ingin ditonton tamat. Elakkan daripada mencari-cari siaran sehingga menemui rancangan yang menepati selera anda atau anak anda.

12. Tontonlah TV bersama anak anda. Jika anda tidak boleh duduk bersama untuk keseluruhan program, duduklah sekurang-kurangnya untuk beberapa minit yang pertama untuk melihat kesesuaian program tersebut dan pantaulah dari jauh.

13. Bercakaplah dengan anak anda tentang apa yang dilihat di kaca TV dan berkongsilah dengannya mengenai nilai dan kepercayaan anda. Jika sesuatu yang anda tidak persetujui ditontonkan di kaca TV, anda boleh menutup TV tersebut dan gunakan peluang itu untuk bertanya anak anda soalan yang mencabar pemikirannya, seperti,

" Rasanya baik ke, bila orang-orang tu bergaduh? Apa lagi yang mereka harus buat? Apa yang kamu akan lakukan?". Atau,

"Apa pendapat kamu tentang remaja-remaja yang berkelakuan seperti itu ? Adakah kamu rasa mereka melakukan perkara yang salah?"

14. Jika terdapat karakter atau watak yang dibuli, atau menjadi mangsa diskriminasi, beritahulah padanya tentang pentingnya meleyan semua orang dengan sama rata dan tidak berat sebelah, walaupun mereka berbeza.

15. Anda juga boleh menggunakan TV untuk menjelaskan situasi yang mengelirukan atau kompleks, serta menerangkan pendirian anda terhadap isu-isu yang sukar seperti seks, cinta, dadah, alkohol, rokok, kerja, perlakuan manusia dan kekeluargaan

16. Ajar dan didiklah anak anda untuk bertanya dan belajar daripada apa yang mereka tonton di kaca TV

17. Berbincanglah dengan ibu bapa yang lain, doktor kepada anak anda dan guru kepada anak anda tentang polisi menonton TV anak-anak dan rancangan-rancangan TV yang disyorkan oleh mereka.

18. Tawarkanlah pilihan yang lebih menarik kepada anak anda daripada menonton TV. Ajaklah dia bermain board game, bermain sembunyi-sembunyi, bermain di luar rumah, membaca, membuat kraftangan, ataupun mendengar muzik dan menari.

Banyak lagi perkara-perkara menarik yang boleh dilakukan tanpa menonton TV. Oleh itu, tutuplah TV dan nikmatilah masa yang berharga dengan anak anda.


---------------------------------------------------------------------------------

Rujukan:

(1) How TV Affect Your Child, Oleh Mary L. Gavin, MD Steve Dowshen, MD (http://www.kidshealth.org/)

Friday, February 29, 2008

usrah290208


Last night's usrah was mainly on:

1. surah al-asr
2. hadith 19

Surah al-asr

asiah: saya ade terbaca satu artikel tu, ttg, ape akan jadi kalau masa kita ditambah sebanyak 2 jam sehari...so, ade komen yg kata saya nak tambahkan waktu tidur saya. ade jugak yg kata, saya nak kalau boleh, study 2 jam boleh jadi mcm 10 jam, tapi takde pun yg kata, nak tambahkan ibadah kite ke, baca qur'an ke..

pooh: Rasulullah yg sgt sibuk, fikir ttg banyak perkara, ttg ummah, ttg negara, tapi kita yg walaupun tak bnyk fikir ttg negara, etc, tapi still rasa mcm takde masa, so, kene pandai prioritize, guna masa

nurul: kita tau ttg kepentingan jaga masa, tapi selalu je terleka membuang masa tanpa disedari, cthnye, kalau nak study tu bukala sekejap YM, mcm utk bagi semangat study, tapi tibe2 tak sedar..surf net, then tibe2 da sampai masa utk tidur..tak sempat nak study

decklah:dlm buku 'Jgn Bersedih' kata, jgn bersedih kerana mengenangkan perkarayg tlh berlalu. sedangkan air mengalir ke hadapan, udara menghembus ke depan, so kita mesti selalu pandang ke depan, usah membuang masa bersedih ttg perkara yg sudah berlalu, yg tak dpt diubah

syikin:kita selalu membuang masa memikirkan perkara utk tidak membuang masa, contohnye, mcm masa posting a&e, ade supervisor yg sgt strict, nak jugak suruh clerk caseDVT,PE, walhal sepatutnye, a&e, kene concentrate on trauma & ortho case, so, kite pun selalula bising, tak patutla, taknak buatla,etc, but then, finally, kene jugak buat bende2 tu.so, banyak masa dihabiskan krn complaint psl bende2 yg mmg perlu dibuat

kak yaqeen:mcm cth akak & keluarga nak ke Holland, tapi visa si Iqbal tak siap2, so akak tanyela husband akak..bilela visa iqbal nak siap ye bang, so, husband reply:kenapala nak risaukan pasal bende yg kita tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa2 ttg tu. it's up to embassy.so, what we can do is just wait & see& du'a.kalau ckp macam mana pun, visa si iqbal tu bukannye boleh siap lebih cepat pun.,.yeah.we always worry about something that we have no power to change it/do something about it

Rosma: Selalu terpedaya dgn banyak masa yg kite ade. kene selalu ingatkan diri.
azma:kesimpulan:) Time management mmg penting & sgt selalu ada dlm slot motivasi, tapi nak melaksanakannya tu yg selalu susah
comel:masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnye, dia akan memotong kamu

Hadith 19:

12. Jika kami meminta pertolongan daripada selain Allah, kamu akan mendapat kehinaan
-cth org yg minta dijauhkan dari musibah dgn memakai tangkal, etc.
-org mukmin tidak dibenarkan menggunakan perantara utk menyampaikan hajatnya kpd Allah, kecyali amal soleh

13. Jika kamu beriman dgn qadha' & qadar, kamu akan mendapat ketenangan
-bandingkan bagaimana org kafir menerima menerima musibah spt kematian/kekecewaan, ramai yg end up bunuh diri, depressed,jadi gile, meraung2 mcm tak ingat dunia
-lihat pula bagaimana org beriman menerima berita kematian, kekecewaan, kebanyakannya lebih tenang, pasrah & redha, krn hasil iman dgn qadha' & qadar

14. Jika kamu beriman dgn qadha' & qadar, kamu akan menjadi org yg berani
-Kisah Tariq bin Ziyad yg menemui selat Gibraltar.
-->kata2nya yg masyhur: "Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian mahu lari? Demi Allah, apa yg kalian miliki hanya kejujuran & kesabaran"
-Kisah Khalid al-Walid, seorang pahlawan handal yg tidak pernah kalah di medan perang, sgt menginginkan syahid,sgt gagah berani di medan jihad,but then, finally end up meninggal di atas katil.Keberaniannya di medan perang adalah hasil daripada iman yg mendalam terhadap qadha' qadar
-bandingkan dgn kebanyakan askar musyriq yg tidak beriman dgn qadha qadar, takut kpd mati, maka mrk kalah dgn org Islam, walaupun mrk sgt hebat dari sudut tentera, alatan perang, etc

Azma, Rosma, Decklah, Syikin terperangkap dlm traffic jam di jln ampang
Nurul, Pooh & Asiah sampai lebih awal walaupun menaiki LRT

alhamdulillah
finally, another successful usrah

May Allah bless

munajatku



Bismillahirrahmanirrahim..

Wahai Allah Al-Ghaffar, Yang Maha Pengampun,
ampunilah segala dosa-dosaku,
samada yg sengaja atau yg tidak sengaja kulakukan

Wahai Allah Al-fattah, Yang Maha Pembuka,
bukakanlah pintu hatiku untuk menerima hidayahMu,
ilmuMu, cahayaMu dan petunjuk Mu

Wahai Allah, Al-Basiith, Yang Maha Melapangkan,
lapangkanlah hatiku, lepaskanlah ia dari segala belenggu..

belenggu kesedihan
belenggu dosa
belenggu dunia
belenggu kekecewaan
belenggu kelemahan
belenggu kekalahan

Wahai Allah Al-Badi', Yang Maha Pencipta keindahan,
ciptakanlah keindahan di dlm hidupku,
agar bisa kumerasakan indahnya segala ciptaanmu,
indahnya segala ketentuanMu,
indahnya segala qadha' & qadarMu,
indahnya sususan hidupku yg telah Kau aturkan buatku selama ini

Wahai Allah Asy-Syakuur, Yang Maha Mensyukuri,
bantuku untuk sentiasa mensyukuri nikmat hidup ini,
bantuku utk sentiasa mensyukuri nikmat iman & Islam ini,
bantuku utk sentiasa mensyukuri nikmat keluarga bahagia ini,
bantuku utk sentiasa mensyukuri ketenteraman hidup yg telah kukecapi selama ini,
agar bisa ku digolongkan di kalangan hambaMu yg bersyukur

Wahai Allah Ar-Rahman, Yang Maha Pengasih,
kasihi aku..,
golongkan aku di kalangan hamba-hambaMu yang Engkau cintai,
yang menyintaiMu dgn sepenuh hati

Wahai Allah Al-Quddus, Yang Maha Suci,
sucikan hatiku dari segala penyakit2 hati,
sifat2 mazmumah,
agar hidayahMu mudah menyinari hati ini

Wahai Allah As-Salam, Yang Maha sejahtera,
selamatkan aku dari azab siksa api neraka ,
selamatkan aku dari bala bencana dunia,
selamatkanlah aku dari terjebak dgn sifat2 munafiq..

Wahai Allah Al-Hayyu, Yang maha Hidup,
hidupkanlah aku dlm iman,
dan matikanlah aku dalam iman,
hidupkan lah aku dgn menghayati erti kehidupan yg sebenar-benar2nya,..

Wahai Allah yang Baik..terimalah doa2 ku ini, dan permudahkanlah segala urusanku..

Wahai Allah Al-'Alim Yang Maha Mengetahui,
hanya Engkaulah Yang mengetahui segala kekusutanku,
permasalahanku, kekecewaanku, kegelisahanku, kesedihanku, kegembiraanku,harapanku..

maka sembuhkanlah ia, leraikanlah ia, tenangkanlah ia, huraikanlah segala kekusutannya..

Wahai Allah..seboleh mungkin, inginku teruskan munajat ini buat selama-lamanya hingga ke akhir hayatku..bagi membasuh segala dosa2..& menyembuh segala luka..

Hanya Engkau..ya Allah..yang aku ada utk mencurahkan segalanya..
Hanya Engkau..tiada yang lain..

Dari itu, bantulah aku, tolonglah aku..
Kerana tidak ada tempat lain lagi utk aku memohon pertolongan..
kerana Engkaulah pemilik segala kekuasaan & kerajaan langit & bumi..

Dan aku..hanyalah seorang hamba kerdil yang hina, yang tidak tahu malu, yg sombong, angkuh, bongkak, dan penuh dgn penyakit2 hati, penuh dgn noda & dosa..dan tidak mempunyai apa-apa

Tanpa segan silu..ingin memohon keampunanMu, memohon pertolonganMu..

Ilahi..Anta maqsudi wa ridhaka matlubi..

Allah..
betapa telah lamanya..daku meninggalkan..munajat ini
Allah..
betapa jauhnya aku dari diriMu selama ini..
Allah....
betapa tak mampunya utk aku mengungkapkan segalanya dgn perkataan..
Allah...
betapa lamanya aku dgn jarak waktu itu..

Aku tidak lagi spt aku yg dulu..
Jauhnya aku dariMu..
Hinanya aku di mataMu..

Allah..ampunkan aku...
berikanku petunjuk..utk terus istiqamah di jalanMu..
berikanku kekuatan..utk terus tabah ..menjalani hidup berlandaskan syariatMu..

Allah..walau berjurai2 air mata ini jatuh pada tika ini..
ianya tidakkan mampu menandingi segala dosa2 dan kelalaianku selama ini..

Apakah yang mampu ku lakukan utk menebus dosa2 & kelalaian ini..?
apa yg boleh kulakukan..dgn diri yg amat kerdil ini
utk menebus kesombongan & keingkaranku selama ini..

Allah...tolonglah aku..
Sesungguhnya aku benar2 tidak mampu..
untuk melakukan semua ini..
menjunjung amanah khilafahMu dan ubudiyahMu..

Allahu rabbi.....
tolonglah aku.....
ampuni aku..
tunjukkan aku ke jlnMu..
Bantulah aku menemukan ketenanganMu yg abadi
Bantulah aku menemukan kecintaanMu yg hakiki

Amiin ya Rabbal 'alamin

1 Mac 2008 12.42 am
taman Keramat, KL

Thursday, February 21, 2008

congrates hikmat


salam

so, hikmat tlh berjaya memenangi tempat ke3 pertandingan musabaqah huffaz di kuala selangor semlm.sebenarnye die tak berpuas hati krn sgt confident utk mendpt tempt pertama or ke2..biasela anak2 lelaki papa. semuanya sgt confident spt papa..haha

anyways..hikmatnye markah=71, pemenangke2 nye markah=72, pemenang pertama=80+. so itu yg hikmat terkilan sgt..so..die bertekad utk masuk pertandingan musabaqah bhg KL or wilayah utk menebus kekecewaannya itu..way to go, hikmat

utk pengetahuan, gambar itu diambil dr blog hikmat tanpa keizinan..takpe kan hikmat..:)

oklah.itu saja coretan utk kali ini.gambatte hikmat..teruskan usaha anda..demi menjaga nama baik keluarga mohd esa (dgn nada ala-ala penyiasat remaja)

wassalam

Wednesday, February 13, 2008

Happy belated Birthday, Auntie Dayat!


Salam

This posting is specially dedicated to my beloved auntie, Auntie Dayat


Auntie dayat is my beloved auntie yg telah menjaga ku semasa kecil di UK. mule2 auntie dayat sampai ke UK & stay with our family utk further her study in A levels(b4 that,she was in STF-very bright student i can say:)) but then, due to severe migraine, tak dpt further study, so end up sbg baby sitter ku

then, die berkahwin dgn her beloved husband - pakcik khairuddin-which is also my papa's adik usrah..a sweet marriage arrangement(read uswah's blog about their love story)

so,mase awal perkahwinan derang, i was so jealous, coz auntie dayat da tak fulltime taking care of me anymore..so sibuk nak gaduh2 dgn pakcik khairuddin..sibuk nak ceroboh masuk bilik diorang..mase mrk baru berkahwin..haha..sgt kacau daun..so funny

ingat lg main skipping dgn auntie dayat..sbb mase tu auntie dayat nak kuruskan badan..sampai bergegar2 rumah 2 tingkat tu..huhu

then, cari kutu dgn auntie dayat..pastu end up..sume kawan2 papa tau..haha sungguh memalukan..can't believe it was me!

then now, even though we're living our life separately,on our own.the memory will still be cherished,though,insyaAllah

She is sweet, simple, kind hearted
Hope to be like her

Happy belated birthday, Auntie Dayat


Dear Auntie Dayat,

another branch of year gone from the tree of life,another year closer to the earth and Him The Almighty.

moga amal berkadar langsung dengan usia =).be it a year wiser,richer with experience and good deeds.

dan doa kita tahun nie..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

selamatkan hari dan urusannya ya Salaam[memberi keselamatan]
dijauhkan dari musibah dan kesusahan,ya Muhaimin[pelindung]
lepaskan belenggunya ya Baari-u[melepaskan]

ampunkan dosa2nya yg lalu dan akan datang ya Ghaffar[pengampun]
murahkan rezekinya dengan barakah ya Razzaaq[pemberi rezeki],ya Fattaah[pembuka pintu rahmat].limpahkan rahmah dan kasih sayangMu ke atasnya,ya Wahhab[pemberi kurnia]

tinggikan darjatnya dengan iman ya Mudzillu[memuliakan]
tetapkan hatinya di jalanMu ya Hafiidhu[memelihara]
tambah indahkan peribadi dan akhlaknya ya Lathiifu[penyantun],ya Haliimu[penyabar]
permudahkan segala urusannya ya Allah
~ameen~

may the new day be another fresh start

may the new day bring all the hopes and dreams to be accomplished

may the new day be another cherished memories for tomorrow

may Allah bless

(Petikan dari blog Hlovate)
http://hlovatulis.blogdrive.com




Powerful sleep?

just finished reading an e-book:Powerful sleep by Kacper M. Postawski

4 components that govern our sleep:
1. Body temperature: body clock--jet lag=they're associated
2. Melatonin hormone level
3.Activity level
4. Natural sunlight--which affect melatonin level

Sleep stage:
1.Stage1--started to feel drowsy-still arousable
2.Stage2--heart rate started to slow,mind started to shut off
3.Stage3--Deep sleep
4.Stage4--Deep sleep
5.REM sleep--when u dream--brain wave=lengthened + active

today, i noticed that Iqbal have been infected by Tinea versicolor,so da sapu antifungal cream..sian iqbal

Tuesday, February 12, 2008

Luqman, bedak & coklat





Today,

Iqbal da pandai terbalikkan badan die, dari position meniarap ke position terlentang

Congrates, Iqbal!
a.k.a 'Iqbubbles' (called by his cik Alak) due to his ability to make lots of bubbles by his mouth

Luqman pulak da sgt mahir bermain dgn bedak. habis bedak ummi satu botol, then, bedak J&J die yg large bottle tu pon da tinggal suku, padahal baru saja dibuka..bedak itu..habis ruang depan tv jadi wangi dan putih.dan muka luqman pun da jadi mcm tepung gomak..

Hobinya still makan coklat & sweets, especially bila atok baru balik dr mesir & belikan sgt bnyk sweets, lagilah berkembang minatnya itu

Ummi: Luqman, tak elok makan coklat banyak2..
Luqman: nak makan coklat!

Tak lama kemudian,bila coklat tinggal separuh..dan die tak abes makan coklat..

Luqman: Ummi! coklat tak elok..coklat tak elok
Ummi:Ye..kalau tak abes,buang je coklat tu dlm tong sampah..(pandai pulak ckp coklat tak elok..ikut perangai siapekah?..)

Gong Xi Fa Cai's event






salam

just for the sake of photos uploading

last raya cina's event in our family:

-Rosma's wedding (Rosma=adik usrah UPMKL)
-Papa's friend's son's wedding at Putrajaya (wedding by the lake)

so,amik kesempatan round2 Putrajaya sekali

Quote of the day:

'You are never given a dream without also given the power to make it true' (Richard Bash)

So, dream on ..and make it comes true, insyaAllah

Sunday, February 3, 2008

a walk to remember



salam

YESTERDAY is the greatest usrah I ever had with my beloved adik2 usrah UPMKL

we did it at Tmn KLCC

it started with makan, then tadabbur surah an-Nasr, then jamie's presentation for Sirah prophet Muhammad s.a.w, then GAMES, then, photo session

i wish every usrah will give that 'refreshing' moment

alhamdulillah, Allah made it easy for us, to proceed with our usrah, even with our previous cancellations,postponement,difficulties, etc..

May Allah grant us with taqwa & istiqamah

TODAY

i went for JALUKH:MAP programme (Jalinan Ukhuwwah:Meet At Pool) with baby iqbal. It was organized by Beliawanis JIM AJ-where i learn to swim a bit..hope can find suitable time for intensive swimming class, and it is more of ukhuwwah & taaruf thingy

then, around 3.30pm

I went to '4 sisters' shoppe' for their opening ceremony. met makcik Roslaini, kak suliza, pakcik amin Toha there

ma, uswah,maimunah-went to ESQ programme at PWTC
papa-went to Abu dhabi, then heading to cairo to meet Tame

Iqbal da pandai gelak2 keluar suara dan makin manja sbb nak kene pegang je..walaupun da tido..bila letak atas katil..terus nangis..nangis pulak yg nangis nyaring dan suara kuat lak tu..sabarje la

Luqman pulak semakin mcm2..tapi die sgt sensitif..bile die tau ummi die da geram dgn die..die pandai je bawak diri sorang2..tgk TV.kesian la pulak..bile die berkeadaan begitu..

Alhamdulillah..dpt habiskan hafal juz 26 utk bln januari..tapi..dapatkah kuhafalkan juz 25 utk bln februari?Hanya Allah yg mampu memberikan kekuatan..

Thursday, January 17, 2008

great mind?


"Great minds think alike"

just finished reading 3 novels written by HLOVATE
for me,its inspiring
can't believe that she is a 3rd yr medical student, and already wrote 3 books!

to be a great person, u have to meet great people.get an aura from them,see how they talk,walk,react,do things and learn from them

u need a mentor too

u have to search for the plan/technique/strategies

u have to immerse in your dream/goal


babah & ummi called, ummi's headache is getting worst.they're gonna see the doctor tonight.probably related to her previous ear infection?hope everything will be fine,insyaAllah

terlalu sgt baca the novels..sampai x sempat buat new hafazan..hope will ganti/cover for them tomorrow

"Alif Laam Raa. A book which we have revealed to you (Muhammad) so that you may lead the people from out of the darknesses into the light by their Lord's leave to the path of the All-Mighty, the Praiseworthy." [Qur'an 14:1]

Sunday, January 13, 2008

motivation


Motivation is like food for your spirit
One of the way to lift up our motivation is by reading

Currently, reading: 'Growing Young'-by Dr Rene Cailliet & Leonard Gross
Just started.It stresses on the importance of exercise and eating the right food. Not over-exercised/under exercise.

Iqbal dah makin membesar dgn pantas.
Baju yg utk umur 6 bln da semakin sendat..padahal baru umur 2 bln setengah

Today, got a mail from Holland-saying that they've received our appeal letter..for iqbal's visa..
how many days more to wait?

bak kata Taqiudden,Abg nuh da boleh buat PHD kat malaysia dah..:)

yesterday, abg awie & family visited us.kak shahila will finish her study by mid of this year.then, abg awie will further his study for his PHD

Tuesday, January 8, 2008

personality test 3

You Are Noon

You are upbeat, ambitious, and never at loss for energy.
You have a lot that drives you in life. The desire to be the best, and a secret hope of fame and power.
And while you definitely have a Type A personality, you are still fun to be around.
You have a ton of charisma and a genuine interest in others. You are adored by many.

another personality test

Your Life Path Number is 4

Your purpose in life is to build your vision.

You are practical and responsible. You work hard, knowing that there are no shortcuts in life.
You work for a better life for yourself and those you love, but you are not an idealist.
Trustworthy and honest, you also demonstrate great courage. People can count on you.

In love, you are a loyal and committed partner. You are the ideal spouse.

You don't give up easily, and sometimes you can be too stubborn and unwilling to change.
You also can be too conservative at times. You sometime miss out on good opportunities.
Also remember that not everyone can work as hard as you, as disappointing as that is!

Sunday, January 6, 2008

a badger?


i took an online personality test today


The result is: a badger?
is the test really accurate?


Thursday, January 3, 2008

luqman's & iqbal's day out at zoo negara
















posting yg terlewat

last sunday bawa luqman & iqbal ke zoo negara
bosannye..tgk binatang2 tu
letih betul jln pusing serata zoo
tapi sbb luqman sgtla excited dgn binatang2 tu..so tahan jela..

just pics
happy viewing

Luqman's 1st day at school








it's 3rd january 2008 and it's luqman's 1st day at school

pagi2 bangun da bad mood sbb kene bangun awal
semlm excited sgt nak g tadika adak
harini..'tanak tadika adak'

pastu..slps dipujuk2 dan nampak ummi & walid da siap2, baru la nak ikut
dlm kete..da hepi2 ..'nak gi tadika adak..takyah gi giant'..
sampai di tadika adak..bertembung dgn hijjaz yg juga tgh nangis2 tanak masuk kelas

tibe2 nampak tv di tadika yg tgh tayang citer mengaji utk kanak2
terus nangis..sambil kata.."nak ketapi"...
pastu nak dokong..

naik ke tingkat atassambil didokong walid..ternampak lak aiman..'eh! aiman', pastu terus ikut aiman masuk kelas tahap 2..tapi sekejap je pastu lari kuar balik..
'walid..nak dukung;

ummi da x larat nak tunggu..so turun bawah dulu..
tinggallah walid je yg pujuk2 luqman masuk kelas

mule2 berdiri2 di depan kelas..
pastu masuk sikit dlm kelas..sebelah pintu..
pastu da nampak white board tu nak menulisla pulak..
pastu nampak kaler..nak mewarna pulak..
lame2 ajak naik duduk atas kerusi..dudukla atas kerusi
last2..kami berjaya meninggalkan luqman dlm kelas tahap pra ketika die sdg leka mewarna..

begitulah citer nye..

Wednesday, January 2, 2008

welcome 2008

salam

welcome 2008
i'm 1 year older
may I'll be a better me, insyaAllah

lame x update

recently..got hooked with this e-novel..huhu..
tajuk: Rooftop rant
sgt bagus utk dibaca. sila ke:http://hlovatulis.blogdrive.com/archive/1.html

from this e-novel, i found out that da'wah is not too difficult to do & i have to read all the Harun Yahya's books & i knew more about Khaulah al-Azur


last sunday-pegi zoo dgn luqman & iqbal & husband
gamba..to be uploaded later coz tgh charge battery digicam

auntie dayat & family came also last week..
hikmat da balik hira'semlm

mama still demam
i also got the demam & urti symptoms

currently, i'm typing while enjut2 iqbal on his bouncer

ok, till then

wassalam